Jumaat, 2 Julai 2010

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Datuk Nasir Safar

Friday, February 5, 2010

PARIT BUNTAR: Kenyataan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang menghina bangsa India dan Cina dengan melebelkannya sebagai pendatang disifatkan sebagai ucapan yang berbaur perkauman, kerana itu Adun Titi Serong telah membuat satu laporan polis hari ini di Balai Polis Parit Buntar.

Menurutnya sebagai seorang warga negara Malaysia yang cintakan keamanan dan kemamuran hidup masyarakat berbilang kaum, beliau membuat laporan polis ke atas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Nasir Safar dsebabkan kebiadapannya yang menganggap orang Cina dan India sebagai pendatang dan ucapan yang sangat bebaur perkauman yang sempit serta menimbulkan keresahan masyarakat.

"Keputusan yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak telah mengarahkan semua ADUN dan kesemua 24 Sekretariat Parlimen Pakatan Rakyat di negeri ini membuat laporan polis terhadap kenyataan yang tidak bertanggung jawab itu, jesteru itu saya bertindak untuk membuat laporan polis'" katanya.

Dalam laporan polis yang dibuat oleh beliau itu memyebut pada pagi Rabu 3 Februari 2010 bertempat di rumahnya sekitar jam 9 pagi beliau membaca satu berita di Malaysiakini.com dengan tajuk “India pelampau', 'Cina jual tubuh” - 1Malaysia dipulau” iaitu berita mengenai satu kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka ,

Berita itu juga menyatakan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan kerana memprotes ucapan yang bersifat perkauman itu.

Pegawai khas Najib, kenyataan Datuk Nasir Safar ternyata telah menimbulkan kemarahan apabila beliau melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang. Selain itu sehingga kelmarin seperti yang dilaporkan dalam banyak media bahawa kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan banyak laporan polis telah dilakukan diseluruh negara.

Selain itu Nasir juga dalam ucapannya dikatakan mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Oleh itu sebagai seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina yang cintakan keamanan dan kemakkmuran hidup dalam suasana negara Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, beliau mendesak pihak polis untuk melakukan penyiasatan terperinci serta mengambil tindakan yang tegas kepada Nasir Safar kerana ucapannya yang menimbulkan keresahan masyarakat sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia.


(Dipetik dari http://joharapat.blogspot.com/2010/02/ambil-tindakan-tegas-terhadap-datuk.html)

Tiada ulasan: