Jumaat, 25 Jun 2010

Khairy: Ibrahim Ali 'jaguh kampung'

Perang mulut antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) , Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini berlarutan di Twitter dengan Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.

"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.

Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mengecam Wee berhubung pernyataannya minggu lalu yang menggesa kerajaan supaya mengekalkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kh
airy mempertahankan rakannya itu dengan berkata Wee tidak mempersoalkan hak oang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan, dan menegaskan bahawa Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Sebaliknya, dalam kenyataannya menerusi sms semalam, Ibrahim mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kal
au nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim.

Beliau kemudiannya menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

Tak ada masalah

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.

Dalam pada itu, Ibrahim dalam reaksinya berkata beliau tidak ada masalah dilabelkan sebagai 'jaguh kampung' yang lazimnya mempunyai konotasi negatif.

"Saya bangga dilabel sebagai jaguh kampung...sekurang-kurangnya saya dekat dengan kampung yang bererti barang 'asli'. Sebab itu saya boleh menghayati perjuangan nenek moyang dulu dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah.

"Ja

guh bandar atau Oxford tidak bermakna kepada saya, kalau naik dan kaya pada permulaan kerana bapa mentuanya PM ataupun (terlibat dengan) politik wang?” katanya.

Ahli parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada Khairy yang lulusan Oxford dan bapa mentuanya adalah bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta pembabitannya dengan politik wang dalam Umno tetapi dilepaskan dengan hanya amaran.

"Saya jaguh kampung seperti orang berlawan dengan lembu jantan...apa di depan saya sondol, kalau tak betul, saya rembat,” kata Ibrahim.


--malaysiakini

1 ulasan:

airman_1 berkata...

salam,
liabiliti umno sebenarnya ialah kj, bukan ibrahim beliau melayu bebas yg di sukai olih ahli umno dan ornag melayu bukan umno, kj sepatutnya jadi ahli bebas itu adalah lebih baik tak kan tak faham2 lagi..