oleh Abdul Rahim Sabri
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan  bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana  parti politik. 
"Saya mengharapkan semua pihak tidak  membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak  mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.
|  | 
Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.
Menulis dalam blognya, Dr Mohd  Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan  diadakan. 
"Sebarang kenyataan kepada media tidak  akan dibuat setakat ini.
"Saya berdoa kepada Allah  agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang  ikhlas," tambahnya.
Dalam laporan tersebut, Ab Rauf  yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu  akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan  seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”
Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang  merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang  untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu.
Ketika  dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, Dr Mohd Asri enggan mengulas  lanjut berhubung laporan yang beliau akan menyertai Umno.
Sebaliknya beliau, meminta merujuk kepada tulisan di dalam blognya  itu.        
--malaysiakini
 
1 ulasan:
Gamaknya kena ada seseorang menulis mengenai jelojoh dalam memimpin. Hamba perhatikan dah banyak perkara yang hampir berlaku akhirnya tidak berlaku kerana ghairah untuk membuat pengistiharan. Takut sempat dapat kat orang lain kot. Keikhlasannya untuk apa. Parti ka aku ka ?
Catat Ulasan