Isnin, 2 November 2009

MP Sri Gading Tok Mat Aziz Tak Nak Minta Maaf!!! Gerakan Nak Buat Apa???

(Dipetik dari http://politikputramerdeka.blogspot.com)

Kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading YB Datuk Haji Mohamad Haji Aziz di Dewan Rakyat yang mendesak Presiden Gerakan meletakkan jawatan kerana GAGAL dalam menjalankan tugas beliau sebagai Menteri yang menjaga KPI khamis lalu mengundang kemarahan dan kecaman dari ahli terutama Pemuda dan Wanita Gerakan dalam perhimpunan khas parti itu petang tadi.

Tak heran! kerana dalam politik tentunya ada kuda belang yang taksub akan cuba menunjukkan ketaatan dan kesetiaan kepada 'bos' nya dalam menghadapi masa-masa suram. Malah penulis percaya YB Tok Mat Aziz juga sudah menjangka dan bersedia akan 'reaksi' dari ahli Gerakan tersebut.

Sebagai orang yang mennyelusuri perkembangan politik semasa dan mengikuti rapat akan perjalanan tokoh-tokoh politik tanah air, penulis dan ramai lagi rakyat Malaysia yang mengenali Tok Mat sejak dari tahun 1999 dimana beliau menjadi Ahli Parlimen bagi penggal yang pertama tentunya sedar akan kelantangan beliau dalam menjuarai isu-isu semasa terutama isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Itu sebab beliau antara 2 Ahli Parlimen Kerajaan selain dari YB Kinabatangan yang di berikan 'lesen' oleh Tun Dr Mahathir waktu itu untuk menegur pihak kerajaan. Kelantangan beliau dalam menempelak Amerika dan Yahudi dalam isu Palestin, Penghapusan yuran sekolah-sekolah, Membela pasukan beruniform terutama polis dalam isu IPCMC, Kesaksamaan dalam peruntukan pendidikan semua kaum, dan banyak lagi selain menjadi benteng dalam mempertahankan pemimpin, parti dan kerajaan dalam mendepani kerenah pembangkang.

Penulis ada membaca akan hujah beliau yang pedas dan kritis pada tahun 2007 di Parlimen bahawa kerajaan WAJIB memenuhi 7 perkara dalam membela rakyat walau berapa jua kos yang terpaksa di tanggung, - Keselamatan, Sumber Makanan, Kesihatan, Pendidikan, Air, Elektrik dan Kemudahan Jalan, itu asas dan pihak kerajaan mesti memenuhinya terutama bagi rakyat di luar bandar, Sabah dan Sarawak.

So Koon dan Tee Keat bukan yang pertama, malah penulis percaya mereka juga bukannya yang terakhir jika ada mana-mana Menteri, Timbalan Menteri dan kakitangan Kerajaan yang GAGAL dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Persoalannya sejauh mana Koh So Koon dan ahli Gerakan menerima kritikan ini secara positif, kalau melihat kepada kecaman dan demonstrasi ( 30 orang ) yang ditunjukkan petang tadi jelas bahawa mereka GAGAL dalam menilai dan bermuhasabah.

Tok Mat bukan menyerang Gerakan, beliau menegur batang tubuh So Koon, Khabarnya taklimat yang diberikan oleh So Koon kepada Ahli Parlimen sebelum itu hanya dihadiri oleh beberapa kerat Ahli Parlimen, soalnya kenapa? Ini kerana sebahagian besar Ahli Parlimen 'bosan' dan 'meluat' dengan gaya dan cara So Koon yang merasa dirinya tahu serba serbi dan meninggi diri. Koh So Koon kena berubah! Beliau buka lagi CM, dan kalau begitu caranya benarlah bahawa sikap angkuh dan sombong yang menjadi pakaian beliau telah memakan diri dan Gerakan lantas meletakkan beliau 'nobody' jika tidak dilantik sebagai Menteri. Menjadi Presiden kepada parti yang ditolak oleh rakyat tidak akan membawa So Koon kemana-mana. Gerakan kena menerima hakikat itu!!!

Gerakan tidak harus 'kurang ajar' kepada Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia itu kerana tindakan mereka hanya akan menyebabkan suara marah dan kecewa UMNO dan orang melayu kepada Gerakan muncul dan kembali hangat. Orang UMNO/Melayu tidak akan lupa bagaimana Lian How Ketua Wanita Gerakan menyatakan bahawa bangsa melayu merupakan bangsa pendatang. Sebagai Ahli Parlimen yang mendapat 'nyawa' di Gerik yang majoritinya orang melayu beliau tidak langsung sensitif malah tidak sekali memohon maaf atas kelancangan dan keceluparan beliau itu.

Gerakan juga tidak harus mengenepikan akan tergurisnya perasaan orang Melayu apabila Mah Siew Keong bekas Ketua Pemuda Gerakan menyeru agar dibubarkan sahaja semua parti dengan mewujudkan hanya 1 parti dalam BN, apa maknanya? maknanya ialah membubarkan UMNO, membubarkan UMNO maka tiada lagi isu ketuanan melayu yang diperjuangkan dan dengan sendiri akan mempersoalkan perlembagaan yang menjaga hak keistimewaan melayu dan bumiputera, Institusi Raja-Raja, Islam sebagai Agama Rasmi, Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, Biasiswa dll. Ini masih lagi dilagukan dalam cadangan Si Pin Ketua Pemudanya petang tadi selain penghapusan ISA...

UMNO mangambil tindakan menggantung keahlian parti kepada Dato Ahmad Ismail kerana dituduh rasis, hanya kerana mempunyai semangat kemelayuan yang begitu tebal, tapi apakah Gerakan malah MCA dan MIC ada mengambil tindakan serupa apabila ada pemimpin dan ahli nya yang terang-terang biadap dan kurang ajar mensensasikan isu-isu sensitif? bagi mereka boleh! tapi bila orang melayu dan UMNO ianya RASIS!!! Ada batas brother dalam apa jua perkara!!! Sendiri Mau Ingat!

Hari ini Tok Mat Aziz sudah memberikan jawapan untuk tidak menarik balik kata-kata beliau malah jauh sekali meminta maaf, itu hak beliau dan penulis percaya orang melayu dan ahli UMNO bersetuju dengan tindakan Tok Mat. Gerakan kena kenal siapa Tok Mat! Gerakan kena tahu bahawa dikalangan ahli UMNO dan orang Melayu Tok Mat terkenal sebagai Pahlawan dan Panglima kepada Bangsanya yang sentiasa menjunjung kesucian Agamanya dan Kedaulatan Negaranya.

Sebagai Pendekar beliau tentunya sedar akan langkah yang dijuruskan, 'Lagi kan Bah kapal tak hanyut, ini kan pula kemarau panjang', Kalau pembangkang pun dia boleh 'pukul' tergolek-golek ini kan pula So Koon, pakai mulut boleh, pakai tangan pun boleh...

Lu fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan: