Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
KHABARNYA Mursyidul Am Pas mempertahankan tulisannya yang tersiar dalam blog tokguru, menyifatkan Pas perlu membersihkan parti itu dari beberapa kerat pemimpinnya yang bermasalah ketika Mesyuarat Khas Dewan Tertinggi Pas di Kuala Lumpur, 28 Oktober lalu.
Ketika banyak pihak menyerang Dr. Hassan yang merupakan Pesuruhjaya Pas Selangor, Presidennya, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankannya. Katanya, menurut satu sumber, jika ada tuduhan, siasatan perlu dilakukan dan keadilan kepada pihak yang dituduh hendaklah diberikan sewajarnya.
Tuduhan kononnya Dr. Hassan ada membuat perkiraan dengan Umno (BN) untuk menubuhkan kerajaan campuran selepas keputusan PRU 12, 2008 yang lalu diungkit sedangkan ketika itu, tiada keputusan atau mandat dari mana-mana muktamar yang melarang sesiapa dari kalangan pimpinan Pas untuk mengadakan perundingan.
Disebabkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dikatakan tidak suka dengan fiil Dr. Hassan, maka segala kesalahan di masa lampau dikorek untuk menghalalkan Dr. Hassan dipecat dari jawatannya, Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Satu sumber lain pula memberitahu, Dr. Hassan dikatakan terlalu rapat dengan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang menyebabkan Nik Aziz tidak mudah untuk menerimanya duduk dalam kepimpinan tertinggi Pas.
Hari ini, kita semua boleh melihat, Pas sudah mula berantakan. Rumahtangga Pas sudah kucar-kacir. Walaupun mereka berhempas pulas menafikan ketegangan yang berlaku tetapi, mereka tidak akan dapat lepas dari kemelut.
Dr. Hassan yang didakwa rapat dengan Timbalan Presiden, mendapat jawatan Pesuruhajaya kerana dilantik Presiden. Maka, usaha membuangnya adalah usaha untuk mencalarkan imej Presiden dan jika ia benar-benar berlaku, apa yang sudah terjadi dalam MCA, ketika kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden ditolak EGM mereka, kini nampaknya mahu dilaksanakan juga dalam Pas.
Nik Aziz ketika mencadangkan supaya diadakan EGM nampaknya ‘berkempen’ supaya tiga nama diketepikan dari saf kepimpinan. Pertama, Nasharuddin, kedua, Mustapa Ali dan ketiga, Dr. Hassan Ali. Jika Nasharuddin berjaya diketepikan, Nik Aziz tentunya mengharapkan ‘seorang anak Kelantan’ dapat mebgisi tempat itu, jika pun bukan anak saudaranya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Satu ketika, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’ Lo’ Datuk Ghazali menyebarkan sms berbunyi, ‘pecah belahkanlah Umno, berbalah sama sendirilah pemimpin mereka…’ tetapi sms doa itu kini sudah terbalik mengena kepada pucuk pimpinan Pas.
Nik Aziz kelihatan mahu berkuasa, melebihi dari kuasa Presiden. Nasib baiklah Abdul Hadi cekap mentadbir Pas menyebabkan Hadi tidak mudah ditundukkan oleh kehendak Nik Aziz yang semakin hari semakin ‘nyanyuk’ seperti kata Tun Dr. Mahathir.
Bila Nik Aziz mahu berundur dari jawatannya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Menteri Besar Kelantan tidak siapa mengetahuinya kecuali Husam Musa yang dikatakan bakal menjadi pengganti Nik Aziz. Malangnya, Husam tidak diterima perwakilan muktamar Pas menyebabkan Nik Aziz benar-benar kecewa apabila Husam tewas.
Nik Aziz juga dikatakan tidak dapat menerima tuduhan mengatakan ada calon-calon yang mahu bertanding jawatan tertinggi dalam Pas menggunakan wang hingga memaksa bekas Ketua Dewan Ulama Pas, Mat Iraqi hampir-hampir dikenakan tindakan disiplin kerana membuat dakwaan tersebut.
Hakikat sebenarnya, memang apa yang didakwa Mat Iraqi itu betul tetapi dalam Pas, jika ada isu seperti ini, mereka akan menyembunyikannya!
Sama-samalah kita lihat, sejauh mana Jawatankuasa Disiplin Pas dapat mengambil tindakan terhadap Dr. Hassan Ali dan seluruh AJK Pas Negeri Selangor.
Kemungkin Dr. Hassan Ali dipecat dari jawatan Exco Kerajaan Negeri juga tidak boleh ditolak ketepi kerana DAP memang kurang menyenangi ketegasan Dr. Hassan di Selangor. Hari ini, Nik Aziz terlalu sayangkan DAP hingga dia tidak mahu mendekati Umno dan kini, demi DAP, Dr. Hassan Ali akan menerima akibatnya.
.
Sabtu, 31 Oktober 2009
Dr. Hassan Ali : Pas cuba mencari salah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Hamba berpendapat kesalahan apa pun yang dikaitkan; umum tetap tahu dan faham bahawa sebab sebenar Dr. Hassan Ali mahu disingkir ialah kerana ketegasannya dengan pendirian mengenai beberapa kekecohan termasuk isu penjualan arak.
Jika kata kata ini benar maka jelaslah apa yang tuan katakan bahawa Dr. Hassan harus dipecat "kerana DAP memang kurang menyenangi ketegasan Dr. Hassan di Selangor." adalah tepat dan benar.
Ini sekaligus merupakan bukti nyata membenarkan apa yang seterusnya tuan katakan "...demi DAP Dr. Hassan Ali akan menerima akibatnya"
Dengan itu tiada lain lagi yang dapat dikatakan; melainkan beristighaffarlah sahaja. ASTAGHAFIRULLAHHILAZIM.
Catat Ulasan