Rabu, 25 November 2009

KHALID BEBAL MENGENAI DOKUMEN RAHSIA RASMI

Apabila Khalid tidak tahu prosedur, semuanya nampak mudah baginya. Lebih malang dia hanya mahu bercakap walaupun di atas sesuatu perkara yang belum pasti.

Beginilah jadinya apabila seorang Menteri Besar yang hanya tahu mengumumkan, tetapi tidak tahu prosedur.

Pada 18 November lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan siasatan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa yang mengorbankan lima nyawa pada 6 Disember lepas akan didedahkan kepada umum mulai semalam.

Beliau yang mengubah status klasifikasi dokumen itu dengan menggunakan haknya sebagai Menteri Besar mengikut Seksyen 2c, Akta Rahsia Rasmi, berkata orang ramai boleh memperoleh kandungan laporan berkenaan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), dengan kos yang agak berpatutan.

Katanya, laporan rasmi itu, yang disediakan Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya, dikemukakan kepada MPAJ dan seterusnya dihantar kepada kerajaan negeri.

“Kita juga akan memberi ringkasan laporan siasatan itu secara percuma kepada umum yang ingin mengetahui punca sebenar tragedi tanah runtuh itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, kebocoran paip air dari saluran paip yang aktif di sepanjang jajaran rumah terbengkalai dikenalpasti punca utama tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, yang turut memusnahkan 14 rumah banglo.

Dan hari ini, Khalid berkata Kerajaan Selangor tidak boleh mengumumkan perincian laporan siasatan tanah runtuh Bukit Antarabangsa seperti yang dijanjikan sebelum ini setelah gagal mengubah status laporan itu yang diklasifikasikan sebagai 'rahsia' oleh Kementerian Kerja Raya.

Kementerian Kerja Raya hari ini memaklumkan tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana dokumen itu telah diklasifikasi 'rahsia' oleh Jemaah Kabinet.

"Oleh yang demikian Kerajaan Negeri tidak boleh meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut," kata Khalid dalam kenyataan media.

Beliau terus menggesa Kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penyiaran laporan tersebut kerana kandungannya penting diketahui oleh orang ramai bagi perbincangan dalam usaha mempercepatkan proses pengeluaran peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah tinggi lainnya di Selangor.

"Setelah membaca laporan tersebut, Kerajaan Negeri percaya ia tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara. Sebaliknya pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai," katanya.

Buku laporan itu diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan akan dijual dengan harga RM80.

Tinjauan Bernama di MPAJ hari ini mendapati buku laporan itu belum lagi dapat dijual kepada orang ramai seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sebaliknya orang ramai dan pihak media yang mahu membeli buku itu hanya diminta meninggalkan nama dan nombor telefon di kaunter yang disediakan.

Difahamkan pihak MPAJ akan menghubungi mereka yang sudah mendaftar nama untuk memiliki buku berkenaan bagi mengambilnya kelak.

Ternyata buku laporan mengenai siasatan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa itu belum lagi dapat dijual kepada orang ramai seperti yang dilaporkan sebelum ini.
(Dipetik dari http://ohsedapnya.blogspot.com/)

Tiada ulasan: