Isnin, 16 November 2009

Buku Politik Terbaru


BUKU Kemelut Politik Terengganu tulisan Zainal Yusof yang dikatakan akan beredar di pasaran dalam masa terdekat dipercayai menarik minat peminat politk tempatan dan mahasiswa universiti.
Buku terbitan Penerbitan Ceria Kuala Lumpur dijual dengan harga RM20 dan mengandungi 369 muka surat dengan gambar Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohd Zuber ketika dihadapkan ke mahkamah.
Menurut jurucakap Penerbitan Ceria, mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan buku ini diminta menghantar permohonan masing-masing melalui email citra_bangsa@yahoo.com dengan menyertakan nama dan alamat lengkap untuk urusan pengeposan.- Redaksi

Tiada ulasan: