Jumaat, 4 September 2009

ROSOL BARU SEDAR

( Dipetik dari http://memobelakang.blogspot.com/)



Saya sudah biasa dengan suasana Kuala Berang kerana ayah saya, aruah Haji Saidi bin Abdul Latif bekerja di FELCRA Kuala Embong, Sekayu dan FELCRA Kg. Nibong dari tahun 1975 hingga 1993. Jadi saya selalu berulang alik dari rumah nenek saya di Pasir Gajah, Kemaman ke Kuala Berang rumah ayah dan ibu saya. Sejak kecil saya duduk dengan datuk dan nenek saya di Kemaman.




Pada tahun 1996, Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang ketika itu Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu menawarkan saya menulis buku HULU TERENGGANU MENUJU KEEMASAN. Saya tinggal di Kuala Berang selama empat bulan untuk menyiapkan buku tersebut yang dilancarkan oleh Exco Kerajaan negeri, Datuk Abdul Rashid Ngah.




Ketika itu Datuk Rosol Wahid belum aktif dalam politik. Jadi ketika saya berada di Kuala Berang pada tahun 1996, saya tidak kenali Rosol. Pada tahun 1999 sewaktu PAS menang di Terengganu, beliau baru aktif dalam politik dan menang di DUN Ajil bersama Tengku Putera yang mengekalkan kerusi DUN Telemong.




Pada tahun 2004 Tengku Putera berpindah ke parlimen Hulu terengganu maka Rosol menjadi Exco memenuhi kuota UMNO Bahagian Hulu terengganu. Beliau menjadi semakin gagah apabila Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh melantiknya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO terengganu.




Sepatutnya beliau berterima kasih kepada Tengku Putera yang mempromosi dirinya untuk masuk politik menggantikan tempat bekas Exco, Othman Daud yang tidak ngam dengan Tengku Putera. Bila dah jadi wakil rakyat dan Exco, Rosol mula gong dan tak nak terima Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar kerana dahulu Ahmad setaraf dengannya sesama Exco dari tahun 2004-2008.




Tapi sebenarnya Rosol lupa bahawa Ahmad Said lebih senior darinya kerana Ahmad jadi ADUN sejak pilihanraya kecil 1990 dan jadi Exco dari tahun 1995-1999 tetapi tewas di Kijal pada tahun 1999.


Inilah bahananya bila Rosol tak nak terima Ahmad sebagai Menteri besar baru.




Saya ingin ulas tulisan Rosol dalam blognya pada 20 Ogos lalu. Saya tertarik dengan tulisannya seperti berikut:- Bercakap tentang harapan, kita di Terengganu Darul Iman juga mempunyai harapan yang menggunung agar UMNO terus perkasa. Terutama di bawah kepimpinan mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Harapan kita agar diadakan program-program memperkasakan UMNO dan BN.


Saya katakan demikian kerana masa telah terlalu suntuk untuk pilihanraya akan datang. Sehingga kini saya tidak melihat satu usaha ke arah itu...Mungkin saya tidak terlihat atau tersalah pandang barangkali. Kalu begitu maaflah.


Kedatangan Pengerusi ke Terengganu beberapa hari yang lalu dengan kehadiran begitu ramai orang pada saya buka indikator kekuatan UMNO dan BN Terengganu. Strategi sekarang ialah menjaga setiap individu...atau 'head count'...ini lebih penting. Peranan ketua lima perlu diaktifkan semula. Malangnya kita hanya sibuk berpolitik sesama kita.




Rosol menulis kita hanya sibuk berpolitik sesama sendiri. Siapa yang sibuk berpolitik? Bukankah dia yang tak nak terima Menteri Besar baru dengan geng sembilan? Kalau dia terima Ahmad Said, kekecohan yang ada sampai sekarang tidak timbul.


Khabarnya Najib dan Hisshamuddin menghadap Sultan Mizan secara berasingan mengadu hal politik Terengganu. Sultan Mizan bertitah yang lain boleh sentuh tapi jangan sentuh hal Ahmad Said. Sultan Mizan yamg melantik Ahmad Said, kecuali Ahmad Said buat salah dengan Sultan Mizan, baru Sultan Mizan tukar Menteri Besar.


Rosol tak sedar ke mempertikai Ahmad Said maknanya mempertikai Sultan Mizan. Kalau tak nak dengar titah Sultan Mizan, lebih baik pindah ke negeri lain. Jangan duduk di Ajil lagi. Jangan cakap merapu. Dulu nak letak jawatan tapi sampai sekarang tak letak jawatan ADUN pasal Rosol tak tahu bila letak ADUN tak boleh tanding selama lima tahun.


UMNO Pusat sepatutnya ambil tindakan disiplin kepada sembilan ADUN yang bertemu dengan Anwar Ibrahim. Bila Setiausaha Agung UMNO mahu bertindak?

1 ulasan:

zul berkata...

Assalamualaikum,
Saya sangat setuju bahawa Rosol dan geng dia menjijikkan dan memporakperandakan keamanan politik UMNO Terengganu...paling teruk Rosol mungkin akan "mengkerandakan" UMNO. Saya amat menyanjung ketokohan DAS... Dia buat kerja wp ada tekanan dari puak2 ni. Paling penting DAS taat dan tunduk kepada AL-Sultan. Pada saya kalau tak taat pada Sultan, maka tak bergunalah jadi pemimpin di negeri Terengganu. Sultan Mizan, Tuanku Permaisuri dan seluruh usrah keluarga baginda adalah sebaik2 raja di negara ini. Celakalah kamu Rosol dan binasalah politik mu. Tahniah kepada penulis dan saya kagum denga tulisan anda.