Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)
BERULANG-ULANG kali bekas Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap soal calon Barisan Nasional (BN) di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan – supaya tidak meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Kononnya, imej Umno akan terjejas jika BN meletakkan Mohd Isa yang pernah dikenakan hukuman gantung keahlian parti selama tiga tahun, 2005-2008 kerana didapati bersalah terlibat dengan politik wang dalam kempen pemilihan Umno tahun 2004.
Ketika ini, orang yang paling gembira mungkin Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan – kerana kehadiran semula Mohd Isa dalam DUN Negeri Sembilan akan menjadi saingan kepadanya bagi terus kekal sebagai Menteri Besar.
Jika tidak, mustahil wartawan dan mereka yang bertanya soalan kepada Dr. Mahathir mahu mengulangi lagi pertanyaan serupa, supaya Dr. Mahathir bercakap lagi, mengulangi pandangannya supaya Mohd Isa jangan diletakkan sebagai calon BN di DUN Bagan Pinang.
Ada orang yang beritahu saya, wartawan yang bertanya dan membesar-besarkan berita itu adalah wartawan upahan – menyambung agenda boss mereka di ofis-ofis besar, selain kemahuan mereka yang takut dengan bayang-bayang sendiri.
Saya tidak percaya, dalam zaman ini masih ada wartawan upahan, atau penulis upahan atau wartawan suruhan, atau penulis suruhan kerana zaman sudah banyak berubah, malanglah dunia kewartawanan negara jika wartawan dan penulis masih tidak mahu berubah.
Sebagai orang Sabah, saya baru mengenali Umno. Tetapi sesiapa yang ingat sejarah Umno, tentunya mereka ingat siapa Dr. Mahathir sebenarnya. Dia pernah dipecat dari Umno kerana kesalahan besar yang dilakukannya. Jika dibandingkan dengan Mohd Isa yang hanya digantung – tentulah kesalahan yang membawa hukuman pecat, lebih besar dari kesalahan yang hukumannya digantung keahlian.
Imej Dr. Mahathir sebenarnya cukup buruk kepada Umno, selain dia sendiri pernah bertindak keluar dari Umno, dia bukat ikut suka hati dia sendiri, keluar masuk, keluar masuk ikut kemahuannya, tanpa dia memperdulikan bahawa Umno bukan harta pusaka keluarga dia.
Namun, orang Umno ini sebenarnya lembut. Orang Umno ini berhemah. Orang Umno ini pemaaf. Mereka sedia memaafkan Dr. Mahathir kerana pernah merosakkan imej parti tetapi janganlah dia ingat selama-lamanya dia dimaafkan!
Apalah sangat dosa Mohd Isa yang hanya digantung – itu pun kerana ada orang yang cemburu dengan kemenangan Mohd Isa mendapat tempat pertama merebut kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 2004. Ada calon yang menang mengeluarkan kenyataan, “saya tidak menang tetapi terselamat.”
Maknanya, kemenangan Mohd Isa merisaukan banyak pihak. Mereka sengaja mencari kesalahan Mohd Isa dan mereka tampil menjadi pengadu, penyiasat dan pendakwa. Kemudian hakim-hakim mereka menjatuhkan hukuman.
Usaha terancang ini dibuat oleh mereka yang tidak mampu mendekati perwakilan dan merasai denyut nadi perwakilan dan ahli-ahli Umno di bawah. Bila mereka kalah, atau dapat undi kurang dari yang Mohd Isa dapat, mereka berpakat dengan Lembaga Disiplin untuk ‘mengenakan’ Mohd Isa.
Hari ini, orang yang pernah kena pecat dari Umno, sudah duduk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tidak berbuat sesuatu untuk menguatkan parti, bercakap banyak… seolah-olah dialah Presiden Umno. Hari ini, jika Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak memilih Mohd Isa, sahlah bahawa Mohd Najib akur dengan ‘perintah’ Dr. Mahathir.
Tapi, kalau Najib memilih Mohd Isa, mungkin Dr. Mahathir bertindak menyerang Mohd Isa dan Mohd Najib…dan menyerang juga Umno dan BN kerana tidak dengar nasihat dan pandangannya. Zaman dia berkuasa, dia berkuasa macam diktator dan bila dia sudah hilang kuasa, dia masih mahu bercakap macam orang sedang berkuasa.
Khabarnya, Menteri Besar Negeri Sembilan mengajak Dr. Mahathir ke Rumah Terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan secara ‘ajak-ajak ayam’ ketika mereka terserempak di Majlis Hari Raya Perdana Menteri di Putrajaya, 1 Syawal lalu.
Tidak pernah sejak Mohamad Hassan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Dr. Mahathir hadir majlis rumah terbuka, tiba-tiba hanya kerana mahu bercakap supaya BN tidak meletakkan Mohd Isa sebagai calon, Dr. Mahathir sanggup ke Seremban.
Ahli Umno jangan terkejut dengan kata-kata Dr. Mahathir ini kerana ‘dosa Dr. Mahathir’ jauh lebih besar kepada Umno daripada ‘dosa Tan Sri Isa’ jika kita amat-amati secara halus dan teliti. Malanglah kita jika kita boleh terpengaruh dengan caka-cakap manusia seperti ini, dia hanya nampak dosa orang lain tetapi dosa dia, mahu dia padamkan dari catatan sejarah.
Dr. Mahathir sebenarnya buat-buat lupa, ketika dia bertindak keluar dari Umno, dia adalah penderhaka kepada sebuah parti yang pernah meletakkan dia sebagai Presiden dan Perdana Menteri tetapi dasar manusia yang suka membuat kacau, dia akan buat selagi dia merasakan dia punya pengaruh.
Dia tidak tahu, kesan dari cakap-cakapnya itu telah melukakan ramai orang walaupun dia Berjaya mengembirakan Menteri Besar Negeri Sembilan dan wartawan-wartawan serta penulisan upahan yang mempunyai agenda tersendiri!
Rabu, 23 September 2009
Dr. Mahathir lebih besar dosanya kepada Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Saya tidak bersetuju dengan apa yang saudara katakan diatas .Ini adalah kerana saudara tidak menyatakan apakah kesalahan yang sangat besar dan apakah kesalahan itu yang menyebabkan beliau dipecat daripada UMNO.
Bagi saya tindakan Tun Dr Mahathir keluar UMNO adalah untuk membenarkan beliau bersuara sebagai bukan ahli umno dan menegur kesalahan yang meruntuh dan melemahkan orang Melayu.
Kita imbas kembalai dizama pak lah.. orang Melayu di keji, ditindas dgn agenda agenda luar apabila mereka melihat kepimpinan kita lemah.
Seharusnya saudara menyatakan kesalahan besar itu, untuk difikirkan oleh pembaca.. apakah relevan nya .
Tiba2 teringat pengalaman waktu digelanggang bola tampar.
Bila lawan spike (smash) tajam hamba selalu menyulur (dive) untuk selamatkan bola. Bola diangkat sebelum ia cecah tanah.
Kawan sepasukan akan lambung tinggi depan jaring dan kawan yang lain pula akan melompat untuk spike balik.
Namun silap2 melambung bola boleh terlepas ke gelanggang lawan. Percumalah kena spike lagi atau kena kuis sikit sahaja. Semua ahli pasukan akan terperangkap dan tewas.
Siapa yang selalu sangat angkat bola hingga termasuk gelanggang lawan mudahlah TERTUDUH SEBAGAI KELONG.
Kadang kadang waktu menyulur untuk menyelamatkan keadaan pun sudah terangkat bola hingga termasuk gelanggang lawan. Nasiblah.
Itulah sindirannya; dalam politik pun mengangkat bola apa lagi melambong bola kena cukup hati.
Hayati dalam suara terkini
Begitulah amal demokrasi
Bagai duit syilling warnai
Dua mukanya beza sekali
PRK Bagan Pinang nanti
Dr Mahathir ada persepsi
Tidak mahu TS Isa wakili
Calon lebih bersih ingini
Tentang bakal calon nanti
Pandangan kita berselari
Ikhtibar nasib TS Isa lalui
Calonkan TS Isa menepati
TS Ketua bahagian terajui
Pilih calon perlu restu ahli
Faktor patut pilih diyakini
Moga BN tingkat majoriti
serling
[24.09.09]
khamis
....
Catat Ulasan