Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
KETIKA ada pihak yang tidak suka apabila saya menulis sesuatu mengenai kemelut politik Terengganu, kononnya jangan diungkit perkara-perkara lama kerana suasana sudah menjadi tenang sekarang – ekoran dari keinginan enam dari sepuluh ADUN yang sebelum ini menentang, kini sudah mahu bersama!
Namun, sukalah saya menegaskan di sini, apa yang saya tulis adalah sejarah. Apabila disebut sejarah, ia adalah fakta. Perlukah saya menyorokkan fakta hanya kerana mahu menjaga hati seorang dua penulis yang merasakan, yang sudah-sudah itu, biarkanlah ia berlalu begitu sahaja, bersama-sama helaian kalendar yang dikoyakkan apabila berlalu hari-hari.
Kalau tidak silap saya, bekas Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata; “memaafkan boleh, melupakan tidak.”
Kata-kata ini samalah dengan makna peribahasa Melayu, walaupun sembuh lukanya, tetapi parut tetap ada. Parut itulah yang mengingatkan. Amat bahaya, jika genarasi kini tidak mahu belajar dari sejarah kerana tanpa dulu, mana mungkin ada sekarang.
Jika ‘Anak Bukit Besi’ menulis dan mengulas panjang lebar mengenai ‘sejarah’ Datuk Din Adam dalam politik cawangan dan bahagian di Bukit Besi dan Dungun, jangan sesiapa marah kepada ‘Anak Bukit Besi’ kerana dia belajar dari sejarah dan dia ingin kita semua ingat mengingati antara satu sama lain.
Di bawah ini, saya petik sepenuhnya komen dari ‘Anak Bukit Besi’ untuk kita amat-amati dengan teliti dan halusi apa yang tersirat selain dari yang tersurat. Tidak mengapa kepada sesiapa yang mahu melupakan sejarah hitam seseorang, kerana itu sifat terpuji tetapi bagi mereka yang tidak dapat melupakannya, walaupun boleh memaafkan, jangan kita serang mereka.
Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Seperti beberapa nama yang disebut oleh Anak Bukit Besi seperti Tuan Haji Taib dan bekas YB Datuk Awang Jabar, mereka tentunya menanggung kepedihan yang amat sangat atas perbuatan Din Adam kepada mereka dan penyokong-penyokong mereka.
Bagi mereka yang tidak terkena dengan perbuatan ini, mereka akan memberi nasihat, cukuplah, sabarlah, ada hikmah semua itu…tetapi kalau terkena diri mereka, mereka juga tahu sedih dengan perbuatan orang terhadap diri mereka.
Sebagai manusia, kita memang ada perasaan suka, sedih, hiba, gembira, marah dan sebagainya. Pelik sangatlah kalau sebagai manusia, kita tidak marah, tidak sedih dan tidak duka apabila dianiaya orang. Pelik juga sebagai manusia, kita tidak suka apabila menerima hadiah, menerima puji-pujian dan menerima khabar gembira. Kalau semua perasaan ini sudah tidak ada, kita kena berjumpa dengan pakar psikologi, buat check-up, kalau-kalau kita sudah tidak normal lagi.
Dalam kes di Terengganu, jika Menteri Besar Datuk Ahmad Said tidak berasa apa-apa atas perbuatan mereka yang memboikot persidangan DUN dan mereka yang memfitnahnya di merata tempat termasuk di depan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin… rasanya beliau seorang pemimpin yang luar biasa dianugerahkan Allah kelebihan kepadanya.
Terima kasih ‘Anak Bukit Besi’ kerana sejarah sebenarnya adalah guru yang terbaik buat kita mengharungi hidup ini. Bacalah komen Anak Bukit Besi di bawah tanpa sebarang perubahan:
anak bukit besi berkata...
Hendak kenal siapa Din Adam? Bertanyalah kepada pejuang2 dan ahli2 UMNO yang pernah suatu ketika dahulu membawanya ke persada politik tanahair. Hendak kenal Din Adam? Bertanyalah kepada ahli2 UMNO di Bukit Besi...tanyakan kepada mereka siapakah Din Adam ini.
Nescaya jawapan yang terpacul adalah senada di antara satu sama lain..sangat2 negatif. Tanyakan kpd Haji Taib bagaimana Din Adam menjatuhkan beliau sebagai Ketua Umno yang juga merupakan pengasas UMNO di Bukit Besi.
Tanyakan juga kpd bekas YB Adun B.Besi (Datuk) Ustaz Awang Jaabar bagaimana liciknya dan khianatnya Din Adam membentes dan menghenyak Ustaz Awang Jaabar sehingga tersungkur di medan politik. Tanyakan juga kpd 67 orang ahli UMNO yg tidak diberi Dana Raya tahun lepas kerana bangun tidak bersetuju dengan Din Adam sewaktu Mesyuarat Agung Cawangan sedangkan mereka tergolong dalam (golongan) org2 miskin dan daif.
Tanyakan kepada Roslan Taib apa yang ditawarkan oleh Din Adam ketika Roslan ingin menentang Din secara demokrasi sebagai Ketua Cawangan B.Besi. Tanyakan juga kpd org2 B.Besi mengapa Din Adam mendirikan banglo jutaan ringgit di Gong Badak bukan di Bukit Besi?
Tanyakan kpd Din Adam ke manakah hasil lombong yg dibawa keluar dari bumi B.Besi selama hampir 8 tahun sehingga org2 B.Besi sedikitpun tidak merasa nikmatnya sedangkan Din Adam adalah Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan. Tanyakan juga kpd Din Adam ke manakah perginya wang Org Kurang Upaya puluhan ribu ringgit yg laporan auditnya tercatat penyelewengan yang nyata.
Tanyakan kpd Din Adam bagaimana seorg ‘teknisen’ rendah dalam sekelip mata mampu mengumpul kekayaan walau baru sepenggal menjadi YB? Tanyakan juga org2 UMNO Durian Mas mengapa memakai sebelah selipar ketika PRU-12 undi hanya untuk UMNO Parlimen tetapi tidak DUN B.Besi?
Tanyalah dan terus bertanya dan akhirnya akan ketemu jawapan siapakah Din Adam yang sebenarnya.... Usah bertanya kepada ‘ternakannya’ si Mubin JAM (Abdul Mubin Ismail, bekas pembantunya di Pejabat Exco Belia dan Sukan Terengganu dahulu).
Nescaya kebodohan melanda diri..kerana Din Adam pantang ada org yang lebih pandai darinya. Andai masih juga belum ketemu jawapannya, cubalah bertanya kpd YB Datuk Rosol siapa kawan siapa lawan. Insya Allah YB Adun Ajil ada jawapannya.
Sabtu, 19 September 2009
Anak Bukit Besi : Terima kasih kerana mengenali sejarah…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan