Oleh Saiful Malek Muda
citra_bangsa@yahoo.com
SAYA percaya, tindakan paling wajar bagi Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan melantik dua orang bekas penentangnya, Datuk Din Adam dan Zakaria Abdullah sebagai AJK Umno bahagian itu dibuat kerana sayangkan Umno melebihi segala-galanya.
Sebagai seorang pemimpin berjiwa besar, Datuk Rosli mungkin dikecam penyokongnya sendiri kerana perangai Zakaria (ADUN Paka) dan Din (ADUN Bukit Besi) terhadap dirinya dan rakan-rakan kepimpinan dalam Umno Bahagian Dungun, sepatutnya kedua-dua orang ini perlu disisihkan terus.
Namun, Datuk Rosli sudah ‘season’ dengan perjuangan. Bukan kecil bantuan dan pertolongannya yang menyebabkan Zakaria dan Din kini bergelar YB. Malahan, satu ketika, Din dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu dan jika bukan kerana DUN Bukit Besi yang melayakkannya menjadi ADUN, mustahil dia boleh menjadi Exco.
Malangnya, Din lupa daratan. Din me ngambil keputusan menentang Datuk Rosli yahng banyak berjasa kepada karier politiknya. Din lupa daratan kononnya dia naik dalam politik bukan kerana DUN Bukit Besi, bukan kerana pengundi di Bukit Besi dan bukan kerana Umno Bahagian Dungun.
Berkali-kali dia bercakap di khalayak ramai, dia tidak menghormati kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Kalau Din faham susur-galur politik Terengganu, Din sepatutnya mengisytiharkan dirinya bertaubat nasuha, tidak lagi menjadi penderhaka.
Kalau Din tidak tahu dan tidak mahu menghormati Menteri Besar yang bernama Datuk Ahmad Said, Din hormatilah ‘institusi Menteri Besar’ itu.
Ketika ini, Menteri Besar Terengganu adalah Datuk Ahmad Said. Dari segi kerajaan, beliaulah ketua. Apabila Datuk Rosli bercadang mahu melantik Din dan Zakaria sebagai AJK, tentulah Menteri Besar dirujuk. Jika Menteri Besar tidak berdendam dengan apa yang telah Din lakukan terhadap dirinya, ini membuktikan bahawa Datuk Ahmad Said dan Datuk Rosli memang layak digelar pemimpin berjiwa besar.
Penyokong-penyokong Datuk Rosli di Dungun sebenarnya lebih layak dilantik menjadi AJK tambahan kalau Datuk Rosli lebih memikirkan keutuhan politik peribadinya. Malahan, keputusan beliau melantik Din dan Zakaria pastinya beliau terpaksa berdepan dengan ‘kekecewaan kawan-kawannya’ yang siang dan malam menyokongnya.
Bagi orang-orang Umno di luar Dungun, mereka mungkin tidak dapat memaafkan Din dan Zakaria yang terlibat dengan Geng 10, memboikot Persidangan DUN Terengganu, pertengahan April lalu.
Khabarnya, Datuk Rosli yang cukup terkenal dengan sikap membela kawan-kawan, mengumumkan perlantikan Din dan Zakaria di hadapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum perasmian Persidangan Tahunan Umno Bahagian Dungun.
Bukan main terkejut beberapa pihak yang selama ini memang tidak bersetuju dengan ‘sikap Datuk Rosli’ yang dikatakan selalu memaafkan kawan-kawan yang pernah mengkhianati dirinya.
Namun, kegelisahan kawan-kawan yang menyokong kuat Datuk Rosli dapat ditenteramkan. Khabarnya, bekas pembantu kepada Din ketika dia menjadi Exco, Abdul Mubin Ismail mengharapakan bekas bossnya itu tidak menerima apa-apa tawaran dan perlantikan sebaliknya terus bekerja untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Ahmad Said. Sejauh mana kebenaran dakwaan terhadap hasrat Abdul Mubin ini tidak dapat dipastikan tetapi, dia tidak mahu Geng 10 berjuang sekerat jalan.
Dalam perkembangan yang sama, ada pihak memberitahu, Din dan Zakaria mungkin merujuk terlebih dahulu kepada ‘bossnya’ Datuk Seri Idris Jusoh sama ada mahu menerima atau tidak tawaran perlantikan ini.
Kata mereka yang pernah mendengar Menteri Besar berkata, Din pernah ditawarkan menjadi Exco Belia dan Sukan oleh Datuk Ahmad Said tetapi menolaknya dengan cara menyampaikan ‘penolakan’ itu melalui pihak ketiga.
Kalau Din menerima tawaran ini, baguslah. Mudah-mudahan Umno Terengganu akan kembali utuh. Tetapi kalau Din menolak tawaran ini, pun bagus juga kerana mudah-mudahan, hasrat kawan-kawannya mahu melihat dia hanyut dibawa arus perasaan tidak pernah bersyukur, akan memusnahkan dirinya sendiri.
Begitu juga Zakaria. Hubungannya dengan Datuk Rosli sebelum ini amat intim. Mustahil Datuk Rosli tidak ada berjasa dan berbudi kepadanya hingga dia berjaya menjadi ADUN Paka. Tetapi, biasalah. ADUN yang dikatakan suka ke Jakarta ini tentunya tidak akan membuat keputusan menerima tawaran tanpa merujuk terlebih dahulu dengan ‘sifu politiknya’.
Dalam perkembangan yang sama, khabarnya Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri turut mempelawa ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh untuk duduk sebagai AJK Umno bahagian Kuala Nerus.
Mohd Nasir mungkin mahukan Muhammad Ramli yang mempunyai blog sendiri, menggunakan blognya untuk berkhidmat kepada rakyat di DUN Tepuh dengan lebih berkesan lagi.
Barangkali Mohd Nasir bimbang, Muhammad Ramli menyalah gunakan blognya sendiri untuk tujuan yang merugikan Umno. Kuala Nerus merupakan kubu kuat Umno di Terengganu dan pernah menyaksikan Naib Presiden Parti Melayu Semangat 46, Datuk Ibrahim Azmi Hassan tewas di tangan calon BN, Datuk Abdul Rahin Md Said.
Apa yang paling mengejutkan, pengumuman Hishammuddin melantik ADUN Kota Putera, Mohamad Pehimi Yusof sebagai Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Mohamad Pehimi juga merupakan salah seorang anggota Geng 10 diharapkan dapat menerima tawaran itu dan mampu untuk menjauhkan diri dari mereka yang selama ini menjalankan kerja-kerja untuk menggugat kepimpinan Datuk Ahmad Said.
Menjadi hak Hishammuddin mahu melantik sesiapa yang dia suka menjadi Penolong Setiausaha atau Penolong Bendahari atau Penolong Ketua Penerangan kerana jawatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan Umno, tetapi janganlah nanti penolong-penolong ini menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Badan Perhubunga Umno Negeri.
Maklumlah, Geng 10 ini sudah terbukti berani memboikot Persidangan DUN Terengganu, tidak mustahil jika mereka juga boleh melakukan sesuatu yang mampu merosakkan imej Umno Negeri Terengganu.
Hishammuddin kena beritahu mereka, jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu sekarang disandang oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bukan lagi Datuk Seri Idris Jusoh.
Ramai yang khuatir kalau-kalau mereka ini masih menjalankan kerja-kerja Idris dan bukan kerja-kerja Umno!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan