Ahad, 2 Ogos 2009

Polis jangan takut bertindak ke atas manusia bodoh itu


Oleh Zainal Yusof
citra_bangsa@yahoo.com

SABTU, 1 Ogos 2009 sebenarnya cuti hujung minggu yang cukup sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak berlibur atau membeli-belah, bagi persiapan menjelang Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.
Malangnya, bagi penduduk Kuala Lumpur, Sabtu, 1 Ogos lalu, ia menjadi suatu hari malang kerana angkara mereka yang bodoh dan menjadikan diri masing-masing alat kepada puak yang kononnya mahu menjadi juara dan mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada melihat isu dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat kepada isu mansuhkan ISA.
Mereka menonjolkan diri untuk mengepalai rakyat bodoh yang berketongtang di jalan raya kononnya mahu membela nasib Lim Kit Sing dan Mohamad Sabu tetapi berapa ekor bangsa lain jika dibandingkan muka Melayu yang berbaju kusam, berkupiah yang penuh kulat dan berbau hapak?
Mereka ini, kononnya berani tetapi memakai topeng supaya sukar dikenali, jika di suruh berguling atas jalan raya, mereka akan berguling. Jika disuruh memasang lilin dan bertafakur mengenang kematian, mereka akan menyalakan lilin dan jika di suruh bertoha di lengan baju, mereka akan bertoha, kerana kepentingan undi Cina dan India yang mereka idamkan.
Dr. Hatta Ramli mungkin bangga kerana ditahan polis dengan bahagian dadanya terdedah tetapi sedarkan rakyat yang bodoh di belakang dia bahawa Dr. Hatta adalah Ahli Parlimen yang dipilih dalam pilihan raya dan boleh bercakap di Parlimen untuk tujuan memansuhkan ISA?
Rakyat Malaysia yang berjumlah 25 juta orang akan lebih terancam jika ISA dimansuhkan kerana dengan undang-undang ISA yang mereka dakwa sebagai zalim, mereka masih boleh melawan polis dan mereka boleh bertempik di Jalan Tuanku Abdul Rahman… cuba kita semua bayangkan kalau ISA dimansuhkan!
Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan rasa berterima kasih kepada pasukan polis, khasnya Polis Kuala Lumpur yang bertindak tegas terhadap manusia-manusia bodoh ini.
Mereka tidak sedar, jika bukan Umno dan BN memerintah, sudah berapa ramai yang kena sembelih, kena rogol dan kena seksa. Melayu mudah lupa! Tok nenek kita disembelih Cina. Tok nenek kita dirogol Cina ketika Bintang Tiga berkuasa dahulu. Ingat, bagaimana Jepun dan orang putih berkuasa di Tanah Melayu.
Orang Melayu janganlah membenarkan perkara seperti ini berulang. Ada seorang dua pemimpin Pas, termasuk Dr. Hatta Ramli yang kini bukan main garang menentang kerajaan, dapat pelajaran kerana sistem pemerintahan adil Umno dan BN (Perikatan). Kalau tidak, dia mungkin masih duduk di kampungnya, di Perak dan tidak dapat menjadi doktor dan kini sebagai Ahli Parlimen.
Malaysia, sebagai sebuah negara aman damai, memberi peluang pemimpin Pas, DAP dan PKR mengadakan ceramah dan mengutuk serta memaki hamun pemimpin kerajaan. Kalau Malaysia dalam keadaan huru hara, mereka pun tidak boleh keluar rumah, tidak boleh berceramah dan jauh sekali mahu bertanding dalam pilihan raya.
Kononnya, Umno dan BN zalim. Tahukah rakyat yang diperbodohkan bahawa im Kit Siang mempunyai pendapatan pencen sebagai ADUN dari Melaka, Selangor dan Pulau Pinang lebih dari RM7,000 sebulan? Itu tidak termasuk elaunnya sebagai Ahli Parlimen yang dia dapat sekarang.
Kenapa perlu takut kepada ISA? Adakah ISA sudah mencabut nyawa sesiapa? Adakah ISA sudah menyebabkan pemimpin Pas kehilangan elaun? Adakah ISA sudah pernah menghalang Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?
Perhimpunan ‘mansuh’ yang mereka buat, kononnya atas nama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sebenarnya satu usaha untuk menonjolkan diri. Mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat dari memberi fokus kes liwat Anwar Ibrahim kepada isu polis menangkap 500 orang peserta perarakan tersebut.
Terima kasih polis. Jangan pedulikan dengan fitnah dan caci maki dari manusia bodoh ini. Tugas anggota polis ialah menguatkuasa undang-undang. Ada lebih dari 10,000 orang yang hendak pergi membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ada beribu tauke yang mahu menjalankan perniagaan. Ada beribu pekerja yang bekerja di kedai-kedai di sana.
Bukan manusia bodoh ini yang membayar gaji pekerja kedai-kedai kain tersebut. Bukan manusia yang berjanggut dan berkupiah kusam yang memberi makan dan minum anak-anak pekerja-pekerja ini, tetapi pendapatan mereka hasil titik peluh mereka sendiri.
Mereka mahu jaminan keselamatan. Mereka mahukan keadaan yang aman. Mereka mahu bekerja mencari pendapatan. Mereka mahukan anggota polis menjamin keselamatan mereka.
Manusia bodoh ini boleh bertempik, bertakbir dan menjerit di rumah mereka. Mereka boleh memakai pakain kusam dan berbau masam di rumah mereka tetapi tidak perlulah datang ke sekitar Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid Negara untuk membuat perkara-perkara yang menyusahkan orang lain.
Saya ingin mencadangkan, jika boleh biarlah pihak polis bertindak lebih keras lagi. Jika perlu, tahan mereka ini di bawah ISA. Jika Kem Kamunting tidak muat untuk mengisi 10,000 manusia bodoh ini, binalah 10 buah lagi Kem Kamunting untuk tujuan pemulihan otak-otak dungu manusia berbaju kusam, berkupiah yang masam dan berjanggut sejemput.
Kehidupan kami selama ini cukup tenang dengan adanya ISA. Namun, sudah ada manusia bodoh dan kurang ajar sekarang ini yang mahu mengganggu gugat. Jangan beri mereka peluang untuk merosakkan kerana bukan mereka yang membina keamanan ini selama ini hingga Malaysia aman dan damai seperti sekarang.

1 ulasan:

AnTi AljUbuRi berkata...

Tulisan anda sangat tepat dan itulah hakikatnya yang tidak dapat dilihat oleh mereka yang telah dibutakan hati dan pemikiran mereka oleh dakyah presepsi songsang yang saban hari dilancarkan oleh anu war al juburi bersama sama penjilatnya.

Yang memusykilkan lagi apabila Parti Islam tegar itu boleh diperkudakan dan diperalatkan oleh liberalis seperti al juburi sehingga 'malu' untuk menyebut 'Negara Islam' dan 'hukum Hudud' apatah lagi apabila menjadi peminta sedekah 'undi' dari penyembah berhala buddha dan hindu!!! Bahkan mereka sanggup memfaraidkan kuasa Melayu Islam untuk diagih agihkan kepada mereka yang syirik!!

Memang selayaknya pujian diajukan kepada PDRM khususnya kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Osman kerana telah bertindak tegas dan tepat mengikut peruntukan undang undang sedia ada. Kita muak dengan amaran dan arahan yang tidak disusuli dengan tindakan positif. Bukit Aman sewajarnya meneliti peruntukan undang undang ke atas tindak tanduk mereka yang menentang dan berusaha mengguling kerajaan yang dilantik oleh YDP Agong sebagai satu pengkhianatan kepada negara dan YDP Agong. Cawangan Khas dan KDN/KA hendaklah lebih giat dan proaktif.

Kebenaran untuk ceramah politik di luar musim pilihanraya harus diperketatkan dan majlis penerangan parti hendaklah dibuat secara tertutup dan dipantau sebagai mana diperuntukan oleh undang-undang. Akta Hasutan dan Penerbitan harus digunapakai secara efektif kerana sudah terlalu lama kerja menyebarkan dakyah dan hasutan dengan presepsi negative dilakukan oleh mereka sehingga rakyat menjadi keliru dan tersasar.

"ISA zalim, gugur kes sebelum bicara tidak zalim?" - http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com