Isnin, 10 Ogos 2009

Nizar dakwa dia nak ikut cakap PM


Oleh Zamzuri Damanhuri

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menyambut baik seruan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ada menyebut bahawa kalau nak tunjuk perasaan, buatlah tempat yang tidak mengganggu orang ramai seperti di stadium dan boleh bertempik sampai subuh.
Serentak dengan itu Nizar hairan mengapa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak bersetuju pula Pemuda Pakatan Pembangkang yang bercadang mahu meminta kebenaran menggunakan stadium negeri untuk mereka bertempik kerana Dr. Zambry beranggapan perhimpunan itu hanya untuk tujuan keseronokkan pembangkang tetapi menimbulkan suasana kurang tenteram kepada rakyat jelata.
Sebenarnya, kenyataan Perdana Menteri itu bukan ‘menggalakkan’ demonstrasi diadakan di negara ini tetapi mahu membayangkan betapa sukarnya orang ramai dan peniaga-peniaga di sekitar Masjid Negara, Sogo, Jalan Masjdi India dan sekitar Masjid Jamek apabila ada orang-orang Melayu yang diperkudakan, berhimpun di situ.
Alangkah baiknya, jika Nizar yang lebih dikenali dengan nama ‘3N’ iaitu Nizar, Ngeh dan Nga mencadangkan supaya satu perhimpunan atau demonstrasi diadakan di Jalan Petaling atau Brickfield, bagi menggambarkan 1Malaysia kerana di situ, Nizar bukan sahaja boleh mengepalai demonstarsi malahan boleh menyalakan lilin dan mogul lapar sekali.
Nampak sangat, apabila Perdana Menteri menyebut pasal demonstrasi di stadium, sebagai perbandingan, berebut-rebut anggota 3N ini menyambut kerja buruk itu seolah-olah dia mahu menunjukkan kepada penyokong Pas bahawa dia menyambut seruan Perdana Menteri.
Perhimpunan apa lagi yang anggota ‘3N’ ini hendak lakukan kerana dia sudah membawa kes kesahihan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak di mahkamah. Untuk apa menghimpunkan orang ramai untuk tujuan bertempik, mahu Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan?
Satu perkara yang Pas tidak mahu mengakui, mereka suka membuat kerja-kerja yang mereka tidak layak melakukannya. Kalau bubarkan DUN bukan kuasa mereka, kenapa mereka hendak bertempik? Begitu juga dengan PKR, ketika mereka sepatutnya mengumpulkan segala kekuatan fikiran yang ada untuk mempertahankan boss mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya terlepas dari hukuman meliwat Mohd Saiful Bahari Azlan, tetapi Anwar mengadakan sidang akhbar mendesak supaya Ketua Polis Negara (KPN) digantikan.
Kerja melantik KPN bukan kerja PKR. Kerja membubarkan DUN bukan kerja manusia ‘gila talak’. Kenapa masa dapat kuasa dan menguasai DUN Perak suatu ketika dahulu, anggota ‘3N’ khayal dan tidak mahu membubarkan DUN Perak?
Siang dan malam, seluruh umat Islam di Perak hendaklah berdoa, semoga mereka yang bersekongkol dengan geng berguling di atas jalan raya di depan Istana Bukit Chandan supaya terbuka pintu hati, dapat menerma hakikat bahawa ‘barang yang lepas, jangan di kenang, kalau di kenang, merosak jiwa’.
Nizar atau anggota ‘3N’ sudah bertempik. Dia bertempik di Parlimen. Parlimen adalah dewan tertinggi yang menggubal undang-undang. Nizar sudah melilit kepala. Lilitan kepalanya sama dengan lilitan kepada Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Sama juga dengan lilitan kepada Dr. Hatta Ramli.
Jika kepala sudah dililit, tempik pun sudah dibuat, mogok lapar sudah diadakan, berguling atas jalan raya sudah Berjaya kenapa sibuk-sibuk nak mengadakan perhimpunan di Stadium Negeri Perak dengan tujuan mahu mendesak DUN Perak dibubarkan? Tentu ada yang tidak kena dengan ‘otak’ mereka ini, agaknya.
Percayalah, kalau diberi kebenaran menggunakan stadium dan mereka berjaya mengadakan perhimpunan (nota: orang Pas memang suka berhimpun kerana mereka boleh jual cd ucapan Mat Sabu), adakah selepas itu mereka berjanji tidak akan berhimpun lagi atau tidak akan mengadakan demonstrasi lagi?
Orang Pas memang sukakan aktiviti berdemonstrasi. Inilah politik mereka. Tanpa demonstrasi mereka ibarat ‘mati’. Politik Pas, dengan ceramah, mengutip derma dan membayar penceramah adalah aktiviti mencari makan. Jika tidak ada ceramah, mereka tidak dapat cari makan. Kutipan derma itu mereka anggap sebagai sumbangan kepada pembangunan Islam.
Itulah sebabnya, tiada hari tanpa ceramah bagi orang Pas. Ranting hendak hidup dengan derma. Kawasan hendak hidup dengan derma. Pemimpin Pas hendak hidup dengan duit bayaran ceramah yang dibagi beberapa persen hasil kutipan.
Cuma, hari ini yang nampak berani bercakap besar sedikit ialah Mahfuz Omar. Dia sudah jadi Ahli Parlimen. Sudah ada gaji dan elaun. Setiap hari, kalau menghadiri persidangan Parlimen, ada elaun RM300. Kerjanya, bertempik dan membangkang. Cadangan bernas, cuba bertanya kepadanya, apa dia?
Namun, orang Barsan Nasional (BN) tidak marah kepada pengundi di Parlimen Pokok Sena. Mereka memilih Pas – Mahfuz kerana mereka marahkan BN ketika itu. Mereka tahu Mahfuz bukan berpelajaran tinggi. Jadi, cadangan apa yang mahu mereka harapkan dari Mahfuz?
Begitu juga wakil-wakil rakyat DAP. Elaun sehari RM300 mereka kutip walaupun kehadiran mereka ke Parlimen hanya untuk memperlekehkan kerajaan Melayu dan orang-orang Melayu. Mereka tidak pernah berterima kasih kepada orang-orang Melayu yang menubuhkan kerajaan ini dan membenarkan mereka memaki Melayu.
Nizar, Ngeh dan Nga sekarang sudah berada di Parlimen. Mereka boleh membuat apa yang mereka suka jika kena kepada peraturan dan undang-undang. Namun, jika mereka mahu melakukan sesuatu yang tidak mengikut perlembagaan dan undang-undang, mereka boleh buat di negara lain yang mereka rasakan lebih bebas dari Malaysia.
Betullah seperti kata Dr. Zambry ketika mengulas kelakuan Nizar yang bertempik dan akhirnya digantung dari menghadiri sidang Parlimen baru-baru ini; “Itu baru sikit.” Maknanya, kalau nak tahu perangai sebenar Nizar, Dr. Zambry boleh ceritakan. Lihat sahaja bagaimana dahsyatnya mereka ketika siding DUN Perak yang baru lalu, di depan Raja Muda Perak.
Orang Melayu di Perak, jika mereka menyokong Nizar bererti mereka menyokong mereka yang mogok lapar yang jelas salah di sisi Islam. Samalah juga jika mereka menyokong Pas, bermakna mereka merestui Nizar menyalakan lilin bagi mengingati kematian, yang jelas tidak ada dalam ajaran Islam.

Tiada ulasan: