Ahad, 9 Ogos 2009

GMI nak jadi hero kepada rakyat Malaysia


Oleh Ujang Saiful Bahri

citra_bangsa@yahoo.com

GERAKAN Mansuhkan ISA (GMI) mahu menjadi hero kepada rakyat Malaysia yang buta hati mereka. Buta kerana enggan mengakui hakikat bahawa ISA adalah satu-satunya benteng terakhir orang Melayu yang masih ada.

Mungkin mereka yang menerajui GMI ini dari keturunan Arab, tetapi sebagai orang Melayu, suka atau pun tidak ISA sudah banyak kali membuktikan bahawa dengan ISA – mereka yang tidak sayangkan negara ini dapat ditahan.

Mereka yang berdemonstrasi bukan sayangkan negara ini. Mereka sayangkan seseorang! Seseorang yang mereka sayangi itu, mahu mengajak seluruh rakyat dan jika boleh, seluruh dunia mengetahui bahawa Isa kononnya zalim.

Itulah sebabnya, dengan penuh bersemangat – mereka merempuh halangan polis. Bukan kerana mereka mahu menggunakan hak mereka untuk berhimpun tetapi, mereka mahu menunjukkan kepada anak isteri mereka, jutaan manusia kononnya tidak sukakan ISA.

Bila ada seorang pembantu khas kepada seorang Exco meninggal dunia – heboh mereka berhimpun. Walaupun tidak seramai perhimpunan yang dianjurkan GMI baru-baru ini, tetapi mereka tidak pula bangkit mahu menyuarakan rasa kecewa mereka, bila seorang Lans Koperal Mohd. Haswadi Zamri Shaari ditembak perompak.

Mereka (GMI) memilih gambar-gambar yang boleh menunjukkan kononnya polis ganas untuk disarkan di dalam Harakah, tetapi mereka tidak menunjukkan yang mereka sebenarnya memang kaki godam, tidak dengar nasihat polis dan kononnya Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid Negara dan Masjid Jamek adalah milik emak bapak mereka.

Siapa mengajar mereka begini? Tentulah mereka mempunyai ‘tok guru’ yang mengaja mereka sedemikian. Hari ini, mereka tentunya memasang keazaman untuk keluar berdemontrasi lagi. Kepedihan mata mereka terkena gas pemedih mata yang dihamburkan FRU tidak cukup untuk memberi kesedaran kepada mereka, jika dalam hidup ini mereka memilih gas pemedih mata, maka gas pemedih matalah yang mereka dapat.

Dalam kes arak di Shah Alam, mereka ini semuanya duduk berdiam diri. Exco dari Pas yang menegur seorang Exco dari DAP yang mempertahankan arak, sudah mahu dibicarakan oleh mereka.

Penyokong Pas nampaknya terpaksa akur sahaja. Kalau ada orang PKR berbogel, penyokong Pas kena pertahankan. Ini kerana ‘tok guru’ mereka mengajar sedemikian.

Kalau ada kes liwat yang terdedah, mereka kena cepat-cepat merancang untuk mengadakan satu perhimpunan yang boleh dinamakan dengan apa-apa nama sahaja asalkan kes di mahkamah yang cukup menjijikkan itu dapat dilupakan.

Orang Pas kepingin mahu menjadi Menteri. Mereka nampak, jalan pintas yang boleh menjadikan tokoh-tokoh mereka sebagai Menteri ialah dengan menyokong kes liwat, berbogel, skandal dan arak. Jika tidak, mimpi menjadi Menteri tidak akan menjadi kenyataan.

Memetik seorang ilmuan, Dr. Marzuki Mohamad yang mengulas mengenai demontrasi ini berkata, pembangkang tahu kerajaan sudah memulakan beberapa kajian untuk meminda ISA. Mereka (GMI dan pembangkang) takut jika betul-betul pindaan terhadap ISA dilakukan, tanpa demonstrasi, mereka tidak ‘political mileage’. Itulah sebabnya, mereka kena buat juga walaupun mereka tahu ‘kalau ayam tak berkokok sekali pun, hari tetap siang juga’.

Kesihan orang-orang Pas, kata seorang mekanik kereta. Apa sahaja yang mereka (orang Pas) rasa ada ‘keuntungan’ politik, mereka akan kehadapan walaupun terpaksa menjadi kuda kayu kepada DAP dan PKR yang sudah semakin terdesak.

DAP tersenyum simpul sahaja. Mereka tahu, mereka boleh gula-gulakan orang Pas kerana orang Pas mengharapkan pengaruh DAP untuk mereka menjamah kuasa terutama di Perak. Mereka sanggup berguling atas jalan raya kerana DAP yang menyebabkan ada orang Pas dapat jadi Menteri Besar. Mereka sanggup mogok lapar bagi menjamin DAP akan menyokong mereka menjadi Exco.

Khabarnya DAP sedang membeli banyak lilin diagih-agihkan kepada penyokong Pas bagi mengingati kematian Teoh Beng Hock – dengan harapan DAP akan menjadi ‘tuan’ kepada Pas dan Pas akan menjadi kuda kepada DAP.

Dengar semula lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad…kesihan dia, kesihan dia, kesihan dia, kesihan dia!

Tiada ulasan: