Selasa, 14 Julai 2009

Ulama Pas buat lawak pulak


Oleh Zainal Yusof

citra_bangsa@yahoo.com

RAMAI yang ketawa. Bukan ketawa sikit-sikit, malah ada yang terbahak-bahak membaca http://harakahdaily.net hari Selasa, 14 Julai 2009 berkaitan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib yang menafikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bahawa Umno lebih banyak melakukan usaha mempertingkatkan syiar Islam.

Sambil mencabar Musryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya menyenaraikan apa yang sudah Pas buat dan Muhyiddin akan menyenaraikan pula apa yang sudah Umno buat, Muhyiddin percaya rakyat akan tahu parti mana sebenarnya yang mengangkat martabat Islam antara Umno dan Pas.

Nik Aziz tentunya tidak mampu untuk menyenaikan apa-apa yang sudah Pas lakukan kerana dia sendiri pun tahu Pas hanya berceramah danmenjanjikan syurga hingga terpaksalah Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib dari Terengganu bersuara dengan harapan Nik Aziz tidak terkapai-kapai keseorangan.

Kata Harun Taib, buat masjid, surau, Bank Islam, Universiti Islam dan lain-lain yang ada bunyi Islam bukan lambang kepada meningkatkan syiar Islam tetapi kehidupan cara Islam seperti yang diajar Rasullulah.

Harun Taib mungkin amat kesihan melihat Nik Aziz kena serang dengan Muhyiddin. Orang kuat Nik Aziz, termasuk Wan Rahim Wan Abdullah khabarnya sudah membuat laporan polis terhadap Muhyiddin yang dikatakan membuat kenyataan yang menyalahi undang-undang dan akta pilihan raya kerana menjanjikan jambatan di Manek Urai. Baru sekarang mereka terasa bahang kehebatan Umno.

Harun Taib juga menyebut di Singapura dan di mana-mana pun ada masjid seperti di Malaysia tetapi itu bukan ertinya melambangkan peningkatan syiar Islam. Harun tidak mampu bercakap apa-apa selain dari mengulangi cakap-cakap Nik Aziz sebelum ini kerana mereka ini, pemimpin Pas memang diajar supaya ‘menafikan’ usaha orang dan membandingkan negara luar.

Kalau orang Umno cakap, minyak di Malaysia antara yang termurah jika dibandingkan dengan Thailand, mereka akan jawab, kenapa nak bandingkan minyak Malaysia dengan Thailand?

Kalau orang Umno cakap harga beras di Malaysia lebih murah dari beras di Singapura, mereka akan cakap kenapa nak bandingkan Malaysia dengan Singapura?

Kalau Menteri Pelajaran bercakap pendidikan di Malaysia jauh lebih baik dari Myanmar, nanti mereka cakap kenapa nak bandingkan Malaysia dengan negara yang mundur? Tetapi apabila mereka bercakap di German ada masjid, di Singapura ada masjid, di Thailand ada masjid, di Australia ada masjid tetapi itu semua bukan bererti mereka meningkatkan syiar Islam.

Mereka bolehlah bercakap dengan membandingkan negara lain dengan Malaysia. Tapi kalau orang Umno atau Menteri dari kalangan Umno yang bercakap dengan membandingkan kebaikkan yang sudah Umno lakukan dengan membuat perbandingan dengan negara luar, mereka akan ejek.

Hakikatnya, pemimpin-pemimpin Pas ini sebenarnya tidak cerdik. Kalau mereka tidak cerdik, pengikut-pengikut mereka bolehlah dilabelkan sebagai bodoh. Tidak hairanlah kalau mereka sanggup berbaring atas jalan raya, mereka menjerit-jerit macam orang kena polong.

Ada pemimpin mereka, bila berjaya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, bertempik. Bila orang bertanya; “kenapa bertempik” maka jawabnya, sepontan. Kera-kera dan monyet-monyet di hutan ketawa bukan main lagi. Senak peruk kera-kera dan monyet itu kerana ada pemimpin Pas yang melilit kepala dengan kain bertulis bubar DUN tetapi mengatakan ia berlaku secara sepontan.

Pemimpin-pemimpin Umno, khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sewajarnya tidak melayan karenah orang-orang Pas ini.

Mereka sebenarnya tidak cerdik. Itulah sebabnya mereka sering menjanjikan syurga dan neraka kepada penyokong-penyokong mereka. Mereka akan menyebut contoh Nabi Mohamad SAW sebagai ikutan mereka tetapi Pas bukanlah agama kepada orang Islam, melainkan sebuah parti politik yang akan bertanding merebut jawatan setiap tiga tahun sekali.

Hari ini, semakin ramai yang simpati dengan Nik Aziz yang sudah diangkat menjadi ‘pemimpin yang jika dilihat gambarnya sahaja sudah dapat pahala’ kerana dia akan bercakap apa sahaja kerana dia kekurangan maklumat.

Maklumlah, biasanya orang-orang yang kuat agama ni, mereka suka tidur siang hari. Masa membaca bagi mereka berkurangan. Bayangkan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas tidak tahu yang Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas telah menjalani operasi di perutnya di Hospital Serdang sedangkan orang-orang Umno amat mengetahuinya.

Kenapa Nik Aziz tidak tahu? Kenapa berita pembedahan perut Nasharuddin tidak sampai ke telinga Nik Aziz?

Ada yang memberitahu, Nik Aziz memang kurang maklumat. Maklumat yang banyak Nik Aziz terima adalah dari Husam Musa. Jika Husam tidak beritahu Nik Aziz yang Nasharudin menjalani pembedahan, maka tidaklah maklumat itu sampai ke pengetahuan Nik Aziz.

Begitu juga dengan Harun Taib. Dia kurang bergaul dengan orang ramai yang bukan dari kalangan Pas. Kalau Pas ada masa dan bajet, bawalah Harun Taib melawat Lombok, Nusa Tenggara Barat Indonesia. Tempat ini, yang lapangan terbangnya dikenali sebagai Mataram merupakan Pulau Seribu Masjid. Suruh dia bandingkan Lombok dengan Terengganu dan Malaysia yang disifatkan Harun sebagai tidak meletakkan Islam sebagai keutamaan.

Janganlah buat lawak Harun Taib oi. Kesihan dengan penyokong-penyokong ‘ente’ yang terpedaya dengan cerita ‘ente’. Apakah ente tidak ada mata, tidak ada telinga dan tidak melihat apa yang sudah kerajaan Umno lakukan terhadap Malaysia dan rakyatnya?

Kalau ente ada mata, melihatlah dengan penuh tanda kesyukuran. Jika ente ada telinga, dengarlah sama ucapan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang sering diselang-selikan dengan rencana pembangunan untuk semua, untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Kalau ente tolak pembangunan, jangan ente bawa sama penyokong-penyokong Pas yang tidak tahu apa-apa itu. Beritahu penyokong-penyokong Pas bahawa duit yang mereka simpan dalam Bank Islam itu adalah idea dan usaha kerajaan Umno membinanya. Bukan otak dari pemimpin Pas yang meredakan Exco Selangor berbogel dan membenarkan pengikut mereka berbaring atas jalan raya.

Ente beritahu juga penyokong-penyokong Pas, Nik Aziz tidak dapat maklumat yang mengatakan Nasharudin menjalani pembedahan. Ini satu contoh bahawa dalam hidup ini, kita kena ada maklumat. Kita nak bercakap, kena tengok keadaan sekeliling. Jangan main bedal aje. Jangan cakap mengarut.

Bila orang tegur sikit, terasa. Cabar berdebat. Untuk apa berdebat? Nak tunjuk pandai agama? Tapi ramai yang percaya ente tak pernah ajak berdebat, ente cerdik. Ada orang lain dalam Pas, sikit-sikit ajak berdebat, sikit-sikit ajak berdebat. Macamlah hebat sangat.

Kalau ente pandai sekali pun, janganlah ente ingat ente yang paling pandai di dunia ini. Ada orang lain yang lebih pandai dari ente tetapi mereka tidak mendabik dada dan membandingkan kat German ada masjid, kat Singapura ada masjid. Apa ni, ente ni nak bandingkan masjid Malaysia dengan masjid di German pasal apa? Ente di Terengganu, bolehkah ente bandingkan masjid yang dibina di zaman Pas dengan masjdi yang dibina di zaman Umno memerintah?

Kalau ente nak buat lawak, janganlah buat lawak isu masjid. Kesihan pengikut Pas. Nanti mereka ingat lawak ente tu, fatwa. Mereka tidak tahu ente melawak aje. Cuba ente bawa pengikut-pengikut Pas melawat Singapura dan melawat German. Ajak mereka bersolat di masjid-masjid yang ente kata tu. Suruh mereka bandingkan dengan masjid di Malaysia.

Tiada ulasan: