Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
PERTAMA-TAMA saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Teh yang memberi komen terhadap tulisan saya semalam, ‘Geng 10 tidak terima perlantikan Hishammuddin’.
Saya percaya, Pak Teh sudah mula merasa tidak senang dengan apa yang Geng 10 sudah lakukan di Terengganu, ketika Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berhempas pula memperkenalkan slogan ‘Merakyatkan Pembangunan Negeri’ tetapi Geng 10 sibuk untuk menabur fitnah terhadap pemimpin negeri itu.
Sebenarnya, saya menerima banyak email yang bersetuju, tidak bersetuju dan enggan campur tangan dalam kemelut politik Terengganu ini tetapi saya lebih suka memanjangkan komen Pak Teh di ruangan ini.
Mengenai ‘cah keting’ seperti yang Pak Teh tulis, ia bukanlah permainan Umno tetapi memang berlaku di kalangan kepimpinan Umno yang tidak faham erti kepentingan parti mengatasi kepentingan diri sendiri.
Dalam hal ini, apa yang dilakukan Geng 10 di Terengganu sebenarnya ‘lebih dari cah keting’ tetapi cah keting dalam erti kata sebenar ialah ‘menjatuhkan kawan-kawan sendiri dalam keadaan orang yang dijatuhkan itu tidak sangka kawan-kawannya sendiri yang menjatuhkannya.
Geng 10 sebenarnya ‘kawan’ kepada Datuk Ahmad Said ketika Datuk Ahmad Said menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Namun, ia menjadi musuh apabila Datuk Ahmad ditakdirkan Allah menjadi Menteri Besar.
Mustahil, Geng 10 ini musuh kepada Datuk Ahmad kerana sejarah membuktikan Datuk Ahmad bukanlah seorang pemimpin yang bekerja untuk menonjolkan dirinya sebagai bakal pemimpin besar di Terengganu.
Bertanyalah dengan mana-mana pihak yang mengenalinya secara dekat atau kenal biasa. Pernahkah Datuk Ahmad ke Istana selain ketika diperkenalkan sebagai anggota Exco Terengganu dalam zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Exco ketika zaman Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar.
Jadi, apabila Istana bersetuju dengan nama Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar, kenapa ada kawan-kawan sendiri yang sanggup ‘cah keting’? Kenapa harus mengkhianati beliau sedangkan beliau tidak pernah mengkhianati Geng 10?
Kalau Idris Jusoh tidak dapat menerima Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar, apakah Idris merasakan Datuk Ahmad pernah mengkhianatinya? Siapa yang menjatuhkan Idris dari kedudukannya sebagai Menteri Besar kalau bukan kesilapannya sendiri hingga menyebabkan Istana menolak namanya untuk dilantik semula?
Idris melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan Presiden Umno ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi melantik Datuk Ahmad sebagai pengganti, tetapi kenapa Idris tidak mahu menghadiri mesyuarat badan perhubungan ketika Datuk Ahmad menjadi pengerusi?
Budaya yang diperkenalkan Geng 10 di Terengganu sebenarnya budaya paling jelek dan menjijikkan. Mereka yang memboikot kepimpinan Datuk Ahmad Said samalah dengan memboikot Umno yang meletakkan mereka pada kedudukan sekarang.
Datuk Ahmad tidak pernah meminta dirinya dilantik menjadi Menteri Besar. Datuk Ahmad tidak pernah memasang cita-cita mahu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Hari ini, kedudukan Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu
Banyak usaha memburuk-burukkan imej Datuk Ahmad dijalankan. Malahan, ada blog yang menghasut orang-orang Besut, di mana Idris Jusoh adalah Ketua Umno Bahagian Besut, supaya menuntut kemerdekaan dan keluar dari Negeri Terengganu.
Bunyinya seperti main-main tetapi hakikatnya itu adalah suatu penderhakaan kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Terengganu. Tidak cukupkah penderhakaan yang sudah mereka lakukan ketika Idris tidak diterima mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, selepas PRU 12 yang lalu?
Bagi penyokong Idris, mereka tidak nampak ada orang lain di Terengganu yang mampu menggantikan Idris sebagai Menteri Besar. Mereka bukan tidak yakin orang lain boleh menjadi Menteri Besar kerana mereka sudah dibutakan matanya kerana taksub kepada seseorang individu.
Pemimpin boleh datang dan pemimpin boleh pergi. Mustahil Idris Jusoh boleh menongkat langit. Hari ini hilang seorang pemimpin seperti Idris, Umno boleh lahirkan 100 atau 1,000 Idris Jusoh yang baru.
Idris Jusoh bukan P. Ramlee dalam arena perfileman. Kehilangan P. Ramlee memang tidak ada penggantinya tetapi kehilangan Idris, jelas sudah ada penggantinya. Penggantinya ialah Datuk Ahmad Said yang jauh lebih hebat dari Idris. Jika Idris membina stadium dan apabila genap setahun usia stadium itu bumbungnya runtuh, belum ada satu pun bumbung bangunan yang Datuk Ahmad bina dalam tempoh setahun pemerintahannya, sudah runtuh.
Jika Pusat Akuatik ditutup kerana ketidak sempurnaan pembinaannya, ia bukan dibuat oleh Datuk Ahmad Said tetapi ia dibina ketika Idris Jusoh menjadi Menteri Besar. Apakah sukar untuk rakan-rakan yang lain seperti Datuk Wan Hisham Wan Salleh, Datuk Din Adam dan Datuk Rosol Wahid mengakui hakikat ini.
Rosol dalam blognya
Hakikatnya, jika Rosol tidak bersalah dan tidak terlibat dengan apa-apa urusniaga ketika pembinaan stadium ini, usah resah dan usah gelisah. Biarkan pihak yang bertanggungjawab menyiasatnya dan akhirnya akan terdedah juga siapakah yang terlibat membuat perlantikan kontraktor dan apakah perlantikan dibuat kerana kroni atau amalan nepotisme?
Terima kasih Pak Teh….Umno tidak pernah mengamalkan budaya cah keting tetapi Umno yang meletakkan Geng 10 menjadi Yang Berhormat!
1 ulasan:
Sedang Najib menjaja one Malaysia keseluruh negara. geng 10 terus menjaja perpecahan kepada umno Trengganu. Geng 10 terus angkuh untuk berubah angin menyokong kabinet baru Terengganu. Eh eh, Idris dok diang je? Uak-uak bodo serupo tak tahu kemende. Panda....panda... Sian Ahad Said. Sedih ingak ke Sultang yang jugek Pertuan Agong, seghupe tok ujuk!
Catat Ulasan