Rabu, 15 Julai 2009

Ada Blogger Nak Perbodohkan Pembaca








Oleh Zamzuri Damanhuri

citra_bangsa@yahoo.com

KALI ini saya menulis dengan satu niat, untuk melihat satu penyelesaian berterusan antara Besut-Kemaman, bagi mencari keadilan antara yang berhak dipertahankan dengan mereka yang sudah dirasuk iblis pemikirannya.

Saya ingin mengajak semua pembaca yang pernah melayari blog ini, turut melayari blog http://www.besutlohni.com yang sepatutnya tidak diiklan di sini kerana akan menjadikan ia lebih popular.

Namun, seperti ayat pertama saya dalam tulisan ini, niat saya untuk melihat satu penyelesaian berterusan antara Besut-Kemaman yang semakin berpanjangan ekoran rasukan iblis di kepala mereka.

Entah macam mana, saya terlayar hasil ‘search’ saya sendiri laman ini yang saya sifatkan sebagai laman iblis yang sepatutnya sudah disiasat siapa yang memilikinya kerana tidak mustahil suatu hari nanti, pihak terbabit akan membuat tuduhan kononnya ‘orang dari Pejabat Menteri Besar’ yang mengelolakannya.

Tulisan bertajuk ‘BN Bakal Jahanam di Terengganu Tak Lama Lagi…’ secara terang-terangan menuduh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sebagai zalim kerana membenarkan pihak-pihak tertentu membuat Pekan Budaya yang tentunya merampas rezeki peniaga-peniaga di Kuala Berang.

Adalah cukup baik jika Majlis Daerah Hulu Terengganu dapat memberi penjelasan isu ini kepada rakyat bagi menjawab dakwaan ini kerana blogger ini turut menyifatkan kepimpinan Datuk Ahmad Said terlalu zalim dan lebih zalim dari Firaun dan Yahudi.

Kebetulan, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang adalah Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, di mana Kuala Berang ini terletak di kawasannya.

Amatlah elok jika Tengku Putera dapat membuat penjelasan apakah benar kewujudan Pekan Budaya menyebabkan peniaga-peniaga di kawasan itu kehilangan rezeki mereka?

Apa yang saya cukup hairan, mengapakah isu ini hanya ditimbulkan oleh blog ini sahaja tetapi tidak pula disambut oleh blogger lain yang pro bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh?

Salah seorang ADUN yang ketara menyokong bekas Menteri Besar itu, Datuk Rosol Wahid tentunya lebih maklum perkara Pekan Budaya ini tetapi apabila saya layari blognya, tidak pula terbaca oleh saya ada tulisan yang memperjuangkan hal peniaga-peniaga di Kuala Berang yang didakwa kehilangan rezeki kerana Pekan Budaya.

Blogger ini turut menulis kononnya Datuk Ahmad Said tidak diterima rakyat dan dalam masa yang sama tentulah dia bermaksud, pemimpin di Terengganu yang diterima rakyat adalah pemimpin dari Besut.

Orang Terengganu, orang Malaysia dan orang yang boleh membaca kemelut politik Terengganu dari seluruh dunia pastinya faham dan tahu siapakah yang dimaksudkan blogger itu apabila dia menolak kepimpinan Datuk Ahmad Said.

Di Terengganu, mereka yang menolak Datuk Ahmad Said, memang mahukan ‘yang seorang tu’ sahajalah untuk menjadi Menteri Besar. Jika mereka yang menolak Datuk Ahmad Said terbaca atau terdengar titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Majlis Perasmian Muzakarah Cendikiawan Islam 2009 di Dewan Bankuet, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh, Isnin 14 Julai 2009, antaranya;

“Bagi memastikan hasrat murni itu tercapai, baginda bertitah semua pihak harus mengenepikan kesetiaan kepada individu atau kumpulan.”

Agak mustahil mereka yang ‘setia dengan yang seorang tu’ akan mahu mendengar nasihat dari sesiapa pun kerana mereka ini sudah terlajar jauh. Mereka sudah membuat kerosakan yang berterusan dan mereka sudah tersesat di hujung jalan.

Mereka hilang rasional dan mereka hilang pertimbangan. Mereka gagal menghadirkan diri ke Persidangan DUN Terengganu pada 14 April 2009 kerana mendakwa menerima ugutan melalui SMS yang kononnya mengancam nyawa mereka.

Tanpa menyiasat dan tanpa segan silu, mereka membuat dakwaan kononnya SMS itu datangnya dari seorang pegawai dari Pejabat Menteri Besar. Namun, selepas dibuat laporan polis dan polis menjalankan siasatan, nyata dakwaan mereka yang ‘setia kepada seorang tu’ meleset.

Hari ini, rakyat Terengganu pastinya sudah tahu siapa yang ditahan polis dan siapa yang dihadapkan ke mahkamah kerana dakwaan menghantar SMS bernada ugutan tersebut? Yang pastinya dia bukanlah pegawai dari Pejabat Menteri Besar, dia bukanlah orang kanan Menteri Besar dan dia bukanlah orang yang ada kaitan dengan Datuk Ahmad Said.

Namun, mereka yang ‘setia kepada seorang tu’ pastinya tidak mahu percaya kerana bukan mereka tidak mahu percaya tetapi kerana mereka buat-buat tidak percaya kerana mereka ‘setia kepada seorang tu’.

Blogger ‘besutlohni’ sendiri jenis yang sama atau dalam bahasa remaja sekarang ‘sepesis yang sama’ dengan mereka yang ‘setia kepada seorang tu’. Bagi mereka, termasuk blogger ini, apa sahaja yang dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said akan merugikan rakyat Terengganu.

Namun, dia tidak pula menyebut bahawa angkara siapa ‘bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh?’ Adakah pembinaan stadium ini dibuat dalam era kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar?

Mereka yang ‘setia pada seorang tu’ tahu stadium ini dibangunkan di zaman siapa menjadi Menteri Besar. Dia juga tahu bahawa banyak lagi akan senasib dengan stadium ini jika tidak runtuh sekali pun, akan bocor seperti bocornya kolam renang di Pusat Akutik di Gong Badak, tetapi disebabkan ‘setia kepada yang seorang ni’ maka dia pekakkan telinga, dia butakan mata dan dia bisukan mulutnya untuk bercakap isu ini.

Satu jalan mudah untuk menyelamatkan ‘yang seorang tu’ maka ditulisnya kata-kata zalim dan lebih zalim dari Firaun dan Yahudi terhadap Menteri Besar Terengganu yang ada sekarang dengan harapan orang lupa kisah runtuhan stadium dan kolam renang bocor kerana ada cerita baru mengenai kezaliman, kononnya.

Bukan semua pembaca bodoh macam blogger ‘besutlohni’ tetapi mungkin blogger itu mahu memperbodohkan pembaca blog.

1 ulasan:

Detguaq berkata...

Whoa....tak de yg komen? tok pahang ke buak dok kisah?

blog tu dah khuyup ker?