Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)
BEKAS Setiausaha Politik (SetPol) kepada bekas Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh (DSIJ), Dr. Ahmad Ramzi Mohd Zubir akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas empat tuduhan, menghantar sms bernada ugutan kepada tiga ADUN dan menggunakan penyamaran nombor telefon tangan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar, Wan Ahmad Wan Muda.
Ahmad Ramzi Mohd Zubir sebelum ini dikenakan waran tangkap apabila gagal menyerah diri kepada polis apabila diminta berbua demikian. Dalam blog ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid mempertikaikan apakah benar ada ‘klon’ sim-kad telefon tangan yang menyebabkan nombor orang lain boleh digunakan oleh orang lain tanpa sebarang kebenaran.
Cekap juga polis Malaysia mengesan sumber dan dari mana datangnya SMS bernada ugutan itu, sehingga seorang kerani swasta di Selangor ditahan sebelum nama Ahmad Ramzi tekait dengan kemelut ini.
Ketiga-tiga ADUN yang takut dengan SMS itu hingga menyebabkan mereka tidak menghadiri sidang DUN Terengganu, kerana bimbang akan ancaman tersebut. Mereka, YB Zakaria Abdullah(Paka), YB Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Rosol (Ajil) terpaksa mencari perlindungan di Felda Residen, kerana takut DUN Terengganu tidak selamat.
Ketakutan ketiga-tiga ADUN ini turut mendapat sokongan dari tujuh ADUN lain, termasuk DSIJ, menyebabkan mereka berkumpul di Felda Residen, kerana bagi mereka, di situlah tempat yang paling selamat dalam Negeri Terengganu.
Khabarnya, mereka bersarapan, makan dan minum secara berkelompok hingga menyebabkan Ketua Polis Terengganu mengeluarkan kenyataan bahawa keselamatan DUN Terengganu terjamin dan tidak ada apa-apa yang perlu digusarkan.
Mengikut kertas pertuduhan Ahmad Ramzi bertanggungjawab menggunakan nombor 019 915 8369 telefon genggam milik SUSK Menteri Besar, Wan Ahmad Wan Muda dan penghantaran SMS itu menggunakan khidmat web http://ownsmsbiz/v1 yang ada kaitan dengan Ahmad Ramzi dan bossnya.
Beberapa ketika Geng 10 yang bersimpati dengan ketiga-tiga ADUN yang menerima sms bernada ugutan itu mendesak supaya Wan Ahmad direhatkan (diberi cuti sebelum diberhentikan) sehingga polis selesai menjalankan siasatan.
Kes ini akan disebut semula 19 Julai depan dan Ahmad Ramzi dibebaskan dengan jaminan RM8.000 dan paspot antarabangsanya diserahkan kepada pihak mahkamah.
Dalam negara yang mendaulatan undang-undang, Ahmad Ramzi tidak perlu risau kerana dia boleh mendapatkan khidmat peguam-peguam handalan untuk membela dirinya dari empat tuduhan tersebut kerana jika diab berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah, dia akan terlepas dari hukuman dan jika dia tidak bersalah, apa yang dia takutkan berdepan dengan pendakwaan?
Tidak pula diketahui apakah Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mengambil apa-apa tindakan terhadap Ahmad Ramzi kerana dia sudah dhadapkan ke mahkamah. Ahmad Ramzi adalah AJK Umno Bahagian Marang kerana sebelum in, Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, mana-mana pemimpin Umno yang dihadapkan ke mahkamah, jawatannya akan digantung sehingga kes itu selesai.
Untuk catatan, Ahmad Ramzi adalah calon BN di Parlimen Marang yang kalah di tangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan majoriti 2,747. Dalam PRU 11, 2004, calon BN, Datuk Abdul Rahman Bakar menang di kerusi Parlimen Marang mengalahkan Hadi dengan majoriti 163 undi tetapi dalam PRU 12, Rahman Bakar digugurkan dari senarai calon BN.
Ramai yang terkejut apabila DSIJ menggugurkan nama Rahman Bakar kerana Rahman adalah Ketua Umno Bahagian Marang ketika itu, Ahli MT Umno dan Timbalan Menteri Sumber Manusia sedangkan Idris hanya Ahli MT yang dilantik atas kedudukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.
Idris turut menggugurkan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dari senarai calon. Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga tidak dsenaraikan sebagai calon dalam PRU 12 yang lalu.
Dua lagi ketua bahagian, Datuk Nasir Ibrahim Fikri diletakkan bertanding di Parlimen Kuala Nerus dan Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee diletakkan bertanding di Parlimen Setiu. Hanya DSIJ (Ketua Umno Bahagian Besut) yang bertanding di peringkat DUN (Jertih) dan Datuk Ahmad Said (Ketua Umno Bahagian Kemaman) bertanding di DUN Kijal.
Setakat hari ini, DSIJ belum kedengaran mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai Ahmad Ramzi dan dia juga tidak menafikan penglibatannya dalam isu ini. Persoalan sekarang, siapakah yang mengiringi Ahmad Ramzi ketika dibicarakan di mahkamah? Adakah Rosol, Zakaria, Abdul Halim dan DSIJ sudi bersama-sama Ahmad Ramzi ke mahkamah sebagai sokongan moral kepada ‘pakar strategi ini?
(Dipetik dari blog http://lesungbatu.webs.com)
Jumaat, 5 Jun 2009
SMS Ugutan : Siapa Iringi Dr. Ramzi ke Mahkamah?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Adakah ini kong kali kong broker power yg ada dalam tiap-tiap parti politik? Sekadar melontar pertanyaan
Catat Ulasan