Sabtu, 2 Mei 2009

Tahniah Pemuda Kemaman : Berani kerana benar

Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
TIDAK tahulah blog dan blogger mana yang dimaksudkan Pergerakan Pemuda Umno Kemaman, apabila mereka bertindak membuat aduan polis terhadap satu artikel yang dianggap sebagai menghina Istana Terengganu dan tulisan berbau hasutan.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Kemaman, Halim Sulong membuat aduan di Balai Polis Kemaman, 10.30 pagi Rabu dan beritanya tersiar dalam Utusan Malaysia dan kemudiannya dipetik oleh blog jaranganakmelayu.blogspot.com dan turut disiarkan dalam pemudaumnokemaman.wordpress.com pada Khamis, 30 April 2009. Tahniah! Keberanian Pergerakan Pemuda Umno Kemaman mestilah bertunjangkan kebenaran.
Serentak dengan itu, saya membaca tulisan blogger Mubin Ismail yang memetik kisah Khalifah Umar Abdul Aziz dan anaknya Abdul Malik yang Mubin menyentuhnya dalam tulisan bertajuk ‘Yang Sukar Menerima Kenyataan’ dan mengulungnya dengan ayat, ‘seseorang pemimpin perlu mengutamakan isi percakapan daripada siapa yang bercakap’.
Lantas, disekalikannya dengan bidalan;
Menjadi pemimpin dungu dan bebal
Dada kosong akal sejengkal
Bercakap tidak berhujung pangkal
Memimpin bagai kehilangan akal
Diberi nasihat telinganya tebal
Rakyat sengsara negeri tertinggal
Dijadikan pemimpin pasti menyesal
Dijadikan tua hilanglah akal
Dijadikan induk anak dibedal
Negeri rosak rakyat terjual

Tidaklah saya tahu sama ada Mubin Ismail mahu menyamakan dirinya dengan Abdul Malik anak kepada Khalifah Umar Abdul Aziz atau dia bermaksud, fikirannya setanding dengan Abdul Malik yang jauh meninggalkan kehebatan ulama yang mengelilingi Khalifah Umar Abdul Aziz.
Tetapi dikesempatan ini, ingin saya bekalkan gurindam untuk renungan Mubin Ismail yang selama ini menyifatkan dirinya adalah boss kepadanya atau dia adalah boss kepada dirinya.
Hari ini kawan esok jadi lawan
Hari ini lawan, esok boleh jadi kawan
Hari ini penulis, esok jadi wartawan
Malangnya otak tak lebih dari saiz cawan
Semua orang dianggap rendah, dia sahaja otak mencapai awan
Orang lain hina dia berlagak cendikiawan
Kononnya banyak sangat ilmu hingga tiada siapa terlawan
Dia lupa penulis dan wartawan bersepah macam cendawan
Seorang Menteri Besar nak jaga semua rakyat termasuk wartawan
Berilah teguran dengan bahasa dan adap sopan
Bukan menghina bila orang dapat anugerah dari Jepun atau Taiwan
Kerana naik turun seseorang pemimpin bukan kerja kita tapi kerja Tuhan
Bukankah ada bijak pandai berkata, makan berkawan tetapi jangan makan kawan-kawan
Benci kepada Menteri Besar puji pula 10 sekawan
Mereka boikot persidangan Dewan
Ada wakil rakyat jenis lontar batu sembunyi tangan
Kerja manusia atau kerja syaitan
Manusia ada di kalangan haiwan
Bila orang buat repot, mulalah biul macam orang kena sawan
Itulah pesan tok nenek dan tok wan
Daripada buat musuh, lebih baik tambah kawan

Tiada ulasan: