Jumaat, 15 Mei 2009

Mubin…menulis untuk terus menghina



Oleh : Wan Yusof Hj Wan Ngah
SEORANG wartawan senior ketika berbual dengan penulis mengakui tidak sanggup untuk menulis dengan tujuan menghina atau membelasah mana-mana individu, walaupun dengan niat untuk menegur atau mempertahankan kebenaran.
Namun, penulis tidak pula membantah pendirian wartawan senior itu, kerana menjadi haknya untuk menulis tanpa mengaitkan mana-mana indivdu tetapi apabila membaca tulisan Abdul Mubin Ismail dalam blognya, http://jaranganakmelayu.blogspot.com/ pada 13 Mei 2009, yang masih terus menjadikan kebolehannya menulis untuk menghina seseorang, maka penulis berpendirian, akan menyerang Abdul Mubin sehingga dia berhenti daripada perbuatan kejinya itu.
Beberapa kenalan yang ditemui mengakui, penulis yang suka menghina dan mengaibkan seseorang adalah perbuatan mereka yang tidak ingat dosa dan pahala, serta tanggungjawabnya kepada agama.
Atau mungkin Abdul Mubin ini ‘sakit’. Jika dia sakit, kenalah dia berubat. Jika dia berdosa, kenalah dia bertaubat.
Secara berterus-terang, apakah niat sebenar Abdul Mubin yang tidak habis-habis menyerang Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Ahmad Said dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan?
Penulis petik salah satu paragraph tulisannya dalam blog ;
Yang sama-sama boleh difikirkan :Bayangkanlah di manakah letaknya maruah dan harga diri seorang pemimpin UMNO negeri (ketika itu) sehingga sanggup menggadaikan nilai diri dan parti melalui media yang jelas dikuasai pembangkang. Wawancara yang turut memburukkan beberapa pemimpin UMNO negeri Terengganu (yang tidak memihak kepada beliau) jelas menggambarkan betapa terdesaknya Dr Jepun in bracket dalam menghadapi krisis keyakinan dalaman UMNO Negeri.Buatlah perbezaan antara kenyataan beliau berkenaan dengan kenyataan bekas (ulang : bekas) Timbalan Presiden PAS yang secara jelas terus tidak memberi kepercayaan kepada media pro-BN/Umno.Yang jelas, demi kepentingan peribadi dan bimbang kehilangan kuasa dan kedudukan, akal dan tahap pemikiran telah diletakkan di tempat yang tidak sewajarnya.
Apa yang penulis maksudkan, mengapa ada perkataan ‘Dr Jepun in bracket’ dalam tulisannya? Apakah salah Datuk Rosli Mat Hassan menggunakan gelaran (Dr.) yang diterimanya dari salah sebuah universiti di Jepun? Apakah dendam yang terbuku di hati Abdul Mubin selama ini hingga dia hilang rasional apabila menulis nama Datuk Rosli Mat Hassan, yang dilantik oleh Datuk Ahmad Said menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu an terus kekal sebagai Ketua Umno Bahagian Dungun walaupun terpaksa berdepan dengan serangan wang yang bukan sedikit dari lawannya.
Abdul Mubin boleh mempertahankan Datuk Din Adam jika Datuk Din Adam adalah orang yang membawanya ke Wisma Darul Iman tetapi janganlah kerana mahu mempertahankan ADUN Bukit Besi ini, Abdul Mubin seolah-olah ‘akal dan tahap pemikiran telah diletakkan di tempat yang tidak sewajarnya’ – meminjam kata-kata dari tulisan Abdul Mubin sendiri.
Apakah Abdul Mubin bencikan Datuk Rosli Mat Hassan kerana Datuk Rosli Mat Hassan berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Umno Bahagian Dungun hingga menyebabkan Din Adam tewas?
Apakah Abdul Mubin bencikan Datuk Rosli Mat Hassan kerana Datuk Rosli Mat Hassan taat dan setia kepada Baginda Sultan Terengganu yang memperkenankan perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu?
Apakah Abdul Mubin bencikan Datuk Rosli Mat Hassan kerana beliau seorang ‘setiausaha’ yang ‘setia’ dan kuat ber’usaha’ untuk memperkukuhkan Umno bagi tujuan membantu Datuk Ahmad Said yang diberi tanggungjawab sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu sebelum diambil oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Kalau kerana itulah Abdul Mubin berdendam dengan Datuk Rosli, berhentilah dari kerja sia-sia itu kerana Abdul Mubin sepatutnya menggunakan kebolehannya untuk tujuan lebih berfaedah daripada mengumpul dosa-dosa menghina sesama Islam.

Tiada ulasan: