Oleh Malek Saiful Muda
HARI ini, jelas, bekas Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengaku dalam satu wawancara dengan Berita Minggu (17 Mei 2009) dialah yang memulakan tindakan mahkamah kerana mahu kembali berkuasa, walaupun sedar sudah kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Keangkuhan ini, ditambah dengan membuat tafsiran undang-undang mengikut seleranya, dengan menyokong tindakan Speaker (sebenarnya bekas Speaker) yang cuba menggunakan kuasanya yang sudah menjadi seperti telur di hujung tanduk (kerana dia tahu, sebelum dia digantikan dengan Speaker dari kalangan Barisan Nasional (BN)) lebih baiklah dia bertindak menghalau keluar beberapa ADUN BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Cerita ini, semua orang sudah tahu. Pakatan Pembangkang yang mahu dikenali sebagai Pakatan Rakyat sebenarnnya tidak dapat membezakan 28 dibandingkan 28+3, yang mana lebih banyak.Lagipun, ketika Mohamad Nizar kata, sama-sama 28 kerusi antara Pakatan Pembangkang dengan BN, sebenarnya kalau diadakan pengundian sekalipun, BN yang akan menang kerana Pakatan Pembangkang hanya mempunyai 27 kerusi ADUN dan seorang ADUN diangkat menjadi Speaker iaitu V. Sivakumar.
Mohamad Nizar tahu kalau ketika 28 lawan 28 pun, kemenangan tidak akan menyelebahi Pakatan Pembangkang, menyebabkan V. Sivakumar terpaksa memakukan dirinya di atas kerusi Speaker supaya Speaker BN tidak boleh mengambil tempat duduk Speaker.
Amatlah malang, ketika Mohamad Nizar mengatakan “bukannya nak kuasa itu sangat.” Tetapi tindak-tanduk mereka betul-betul nampak mereka kemaruk kuasa.
Bila bercakap, mereka mahu membubarkan DUN Perak sedangkan dia tentunya tahu yang dia bukan mewakili majoriti walaupun dia mengatakan Pakatan Pembangkang tidak hilang sokongan majoriti..
Suatu hari nanti, sejarah ini akan menjadi bahan tertawa orang ramai. Malang sungguh nasib orang-orang Pas, PKR dan DAP kerana mereka tidak tahu yang 28 itu kurang dari 31 dan 31 itu lebih besar dari 28. Mereka akan bertanya-tanya, apakah guru matematik ADUN-ADUN Pas, PKR dan DAP tidak mengajar metamatik kepada mereka hingga gagal membandingkan mana yang majoriti antara 28 dengan 31.
Mohamad Nizar berpaut kepada keputusan Hakim kononnya jika 31 itu majoriti, bagaimana Hakim Mahkamah Tinggi boleh memberi kemenangan kepadannya dan mengesahkan dia masih Menteri Besar.
Maka, keputusan Mahkamah Tinggi itu, Mohamad Nizar mahu memberitahu rakyat dan penyokong Pas, PKR dan DAP bahawa 28 memang majoriti dari 59 kerusi DUN di Perak.
Kesihannya. Mohamad Nizar cuba berpaut dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi. Dia mahu memberitahu semua orang bahawa apa yang dipertahankannya, iaitu 28 itu lebih besar jumlahnya dari 31, turut ‘disahkan’ oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
Aduh, cukup terdesak Mohamad Nizar dan kawan-kawannya dalam DAP dan PKR hingga mereka berpaut dengan apa sahaja yang melintas di depannya, asalkan mereka jangan tenggelam.
Bukan itu sahaja, Mohamad Nizar turut menyokong pandangan mereka yang mengatakan hanya pembubaran DUN sahaja akan menyelesaikan masalah, sebenarnya satu helah Mohamad Nizar supaya dia tidak ditumbangkan dalam DUN jika ada persidangan DUN.
Disebabkan takut kena undi tidak percaya, maka Speaker buat hal dengan berpaut atas nama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk menggantung Menteri Besar dan Exco dari menghadiri persidangan DUN.
Kenapa Pakatan Pembangkang tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka akan tumbang juga di dalam DUN sekiranya pengundian dijalankan dan masih mempertahankan hujah bodoh mengatakan mereka masih majoriti dan mereka masih Menteri Besar.
Betul mahkamah Tinggi buat keputusan Mohamad Nizar masih Menteri Besar tetapi hakikatnya, Mohamad Nizar tentunya tahu yang dia akan ‘terkubur’ jika mereka tidak memutar belitkan keadaan dengan mengantunng dan menghalau ADUN-ADUN keluar dari persidangan.
Hari ini, Mohamad Nizar mahu memberitahu rakyat Perak kononnya Umno dan BN tidak mahu kembali kepada rakyat kononnya mahu mengambarkan bahawa Umno dan BN takut kalah tetapi mereka yang tidak berani menghadapi undi tidak percaya di DUN Perak, mereka sembunyikan dari pengetahuan umum.
Ketika mereka takut dengan cerita undi tidak percaya mereka pula membuat cerita Umno dan BN takut untuk membubarkan DUN. Ketika mereka sedar, tanpa menguasai majoriti dan tidak boleh mendapat perkenan Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN, mereka terus mendesak mengatakan bubarkan DUN, bubarkan DUN, sedangkan kalau Mohamad Nizar Menteri Besar seperti yang didakwanya mengapa masih mengharapkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mencadangkan kepada Paduka Seri Sultan Perak supaya DUN dibubarkan?
Ketika Mohamad Nizar seronok apabila Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, pemimpin Gerakan, Speaker Dewan Negara, Tengku Razaleigh Hamzah, pengamal undang-undang, pertubuhan bukan kerajaan dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan kononnya menyatakan pembubaran DUN jalan terbaik, Mohamad Nizar sebenarnya akan mengakui kenyataan itu benar dan betul jika ianya kelihatan menyebelahinya tetapi jika sebaliknya, dia akan menyerang pihak yang tidak simpati kepadanya.
Inilah Pas dan inilah DAP. PKR ikut sahaja kerana PKR pun sedar, mereka betul-betul melukut di tepi gantang dalam politik dan pentadbiran di Perak hingga menyebabkan dua ADUN PKR meninggalkan parti mereka, hingga menyebabkan Mohamad Nizar ‘ke hulu ke hilir mengatakan’ “saya masih Menteri Besar, saya masih Menteri Besar, saya masih Menteri Besar’.
(Tulisan ini disiarkan dalam http://www.parpukari.blogspot.com/ tersiar pada 18 Mei 2009-Editor)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan