Sabtu, 2 Mei 2009

Bukan main seronok Rosol bila Hishammuddin dilantik

Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
ENTAH macam mana, saya tiba-tiba terlayar (‘ter’ di sini saya maksudkan tidak sengaja) http://drosol.blogspot.com dan terbaca (sekali lagi saya gunakan penambahan ter yang maksudnya sama dengan ‘ter’ yang pertama tadi, satu tulisan yang mengalu-alukan perlantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, disiarkan 26 April 2009.
Dari pengamatan saya, ADUN Ajil yang bernama Rosol (bukan Rasul) ini amat-amatlah bergumbira (gembira bahasa sekarang gumbira bahasa zaman P. Ramlee) apabila Menteri Besar, YAB Datuk Ahmad Said tidak dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Kata Rosol dalam tulisannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Perdana Menteri dan Presiden Umno) telah membuat keputusan yang mengambil kira kehendak orang di bawah. Malahan, Rosol turut menulis, adakah ini sebagai tanda-tanda awal (kejatuhan Datuk Ahmad Said di Terengganu.
Saya mentafsirkan bahawa Rosol memang bekerja kea rah menjatuhkan Datuk Ahmad dari kerusi Menteri Besar. Jika betul-betul Datuk Ahmad jatuh, barangkali Rosollah manusia di Terengganu yang paling ‘gumbira’ kerana ini mungkin perjuangannya.
Menurut Rosol lagi, kawan-kawannya kembali bersemangat untuk kembali bekerja setelah hilang keseronokan beberapa bulan lalu, apabila nama Hishammuddin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu. Maksudnya, Rosol dan kawan-kawannya (mungkin Geng 10) mahu penyandang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, bukan Menteri Besar. Maka, lantiklah sesiapa sahaja, asalkan bukan Datuk Ahmad Said.
Rosol juga menghuraikan secara ringkas, adakah tidak terlantiknya Datuk Ahmad Said sebagai Ahli MT tambahan, juga sebagai tanda-tanda awal… (kejatuhan)?
Saya memetik satu simpulan bahasa ‘memperlapang kandang musang, mempersempit kandang ayam’ untuk kisah ini sebagai menjawab serangan Rosol terhadap Menteri Besar Terengganu. Ketika dia sibuk mengadakan ‘roadshow’ membelasah Menteri Besar, dia terlupa yang dia ‘memberi kesempatan kepada orang jahat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak memberi perlindungan kepada orang yang terancam’.
Rosol mengharapkan Hishammuddin akan membina jaringan (networking) dengan bekas-bekas Ketua Pergerakan Pemuda yang sezaman dengan Hishammuddin dalam menjalan kerja di Terengganu. Maksudnya, Rosol mahu Hishammuddin menjalinkan kerja dan rangkaian kerja dengan mereka yang kalah di peringkat bahagian dan antara anggota Geng 10 yang memang merupakan penentang Datuk Ahmad Said.
Amat malanglah Hishammuddin jika benar-benar Hishammuddin membina ‘networking’ dengan mereka yang terlibat dalam Geng 10 dan mereka yang kalah di bahagian. Jika Hishammuddin sendiri tidak menggunakan rangkaian kerja yang sudah dibina Datuk Ahmad Said dalam Umno Terengganu, memang sukarlah untuk memulihkan Umno Terengganu.
Suka atau tidak, Hishammuddin dan Datuk Seri Mohd Najib perlulah mengakui, keadaan di Terengganu yang menggugat kerana perangai dan sikap 10 ADUN yang memboikot persidangan DUN Terengganu. Jika selama ini pembangkang yang akan melakukan pemboikotan tetapi kini, peranan pembangkang itu sudah diambil allih oleh Geng 10, yang tidak keterlaluan jika dikatakan Rosollah orang yang mengetuainya.
Malahan, seorang ADUN pernah memberitahu kawan-kawannya, jika bukan Datuk Seri Idris Jusoh menjadi MB Terengganu, dialah yang sepatutnya menggatikan Idris. Itulah sebabnya ada orang bercerita Rosol mengoncang pintu pagar istana kerana mahu meminta masuk ke kawasan istana. Sejauh mana kebenaran cerita ini, tidaklah dapat saya sahkan dari mulut Rosol kerana saya tidak pernah mengenali Rosol.
Namun, saya percaya cerita ini benar dan jika Rosol tidak menafikannya, maka secara lumrahnya, Rosol mengesahkan cerita yang tersebar dari mulut ke mulut ini. Bila agaknya Rosol mahu memnberhentikan roadshow yang sudah dimulakan dan jika Hishammuddin tidak melantik kalangan ‘net working’ yang dicadangkan Geng 10, adakah Rosol akan meneruskan roadshownya lagi?
Begitu busuk hari mereka ini, menulis dengan penuh dendam di hati, mengharapkan kejatuhan seseorang sedangkan Idris dulu tidak ada sesiapa yang bekerja untuk menjatuhkannya dan tiada siapa menjalankan roadshow untuk membelasahnya walaupun ramai yang tahu, skandal yang dilakukannya ketika dia berkuasa dulu. Tapi, dia jatuh juga.
Siapa yang ‘nyek’ siapa hanya Idris dan Rosol yang boleh menjawabnya.

Dipetik dari : http://bypass308.blogspot.com pada 1 Mei 2009

Tiada ulasan: