Rabu, 30 Oktober 2013

PRK DUN Sungai Limau

TPM Minta Maaf, PAS terlepas pandang

BUKAN semua pemimpin bejiwa besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Walaupun beliau merasakan beliau tidak mengucapkan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan sesiapa, termasuk keluarga Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak, tetapi disebabkan isu ini sudah diputar belit, sebagai seorang muslim yang berhemah, Tan Sri Muhyiddin sedia meminta maaf.

Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir juga sedia mengadap keluarga Ustaz Azizan, jika itu boleh meredakan keadaan.
Seperti biasa, Pesuruhjaya PAS Kedah yang sedang diuji pengaruhnya, Mahfuz Omar mengambil kesempatan dengan isu ini, kononnya mahu mendesak Muhyiddin memohon maaf.

Malangnya, bila Nik Aziz Nik Mat mengatakan Nabi Mohammad SAW semasa kecilnya sama dengan Mamat-mamat di kampung, tidak ada bezanya dengan kita semua, tidak pula Mahfuz yang dikatakan mempunyai pendidikan tinggi agama membuat desakan supaya Nik Aziz bertaubat.

Dengan apa yang berlaku, eloklah jika semua pengundi dalam DUN Sungai Limau mengambil sikap terpuji kepimpinan Umno dan BN, untuk ‘berani hijrah’. Jangan kekal dengan kemunduran dan lemah dalam berfikir.

Seperti kata Tan Sri Muhyiddin, lupakanlah apa yang sudah lepas. Ramai yang memuji sikap Tan Sri Muhyiddin, ketika hadir di Comand Center Barisan Nasional (BN), dua hari sebelum penamaan calon, meminta semua penyokong BN yang hadir di situ membacakan al-Fatehah untuk Allahyarham Ustaz Azizan yang baru meninggal dunia.

Murni dan suci hati beliau. Walaupun berlainan fahaman politik, hubungan persaudaraan sama-sama Islam dan pekerti orang Melayu, tidak ditinggalkan.
Berbeza dengan orang PAS, selepas menunaikan sholat hajat, mereka berdoa minta hancurkan BN, KO BN, KO BN, KO BN.

Insyaallah, dengan izin Allah, pengundipengundi di DUN Sungai Limau, yang sudah lima penggal memberi sokongan kepada PAS, akan berhijrah kali ini.
Aura Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Ustaz Azizan jelas memberi banyak kelebihan.

Calon BN yang dkenali dengan tag linenya ‘SL for SL’, (Dr Ahmad) Sohaimi Lazim for Sungai Limau dikatakan diterima baik oleh penduduk dan pengundi di DUN Sungai Limau.

Isnin, 4 November ini akan memberi jawapan kepada semua pertanyaan sama ada penduduk memilih slogan ‘berani hijrah’ atau ‘kekal’. Biasanya, umat Islam yang duduk dalam bulan Zulhijjah akan bersedia untuk berhijrah ke bulan Muharam. (DHI)

Tiada ulasan: