Selasa, 29 Oktober 2013

PRK DUN Sungai Limau

PAS akan terus berbohong

CERITA gambar ‘superimpose’ menjadi isu sekarang ini di DUN Sungai Limau. Sampai hati PAS. Punya hendakkan kemenangan dan sokongan, sanggup berbuat apa sahaja.

“Mereka ni dah lama berbohong,” kata seorang penjual nira nipah yang ditemui.
“Yang lain-lain pun mereka akan berbohong. Bukan setakat gambar,” kata seorang penjual buah-buahan. Macam mana gambar seorang wartawan bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak ketika Allahyarham menjadi MB Kedah, ditukarkan kepada gambar Mohd Azam Abd Samad, yang kini merupakan calon PAS di dalam PRK DUN Sungai Limau.

Rata-rata kecewa dengan sikap calon PAS. Kata mereka, awal-awal sudah mengaku dia mempunyai pertalian darah dengan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak.
Kemudian, perbesarkan cerita yang dia pergi melawat isteri Allahyarham. Padahal, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon BN dengan ditemani MB Kedah lebih dahulu mengunjungi balu Allahyarham tanpa membawa kamera dan tidak menceritakan kepada sesiapa.

Mereka juga mengantung gambar Ustaz Azizan di merata tempat, dengan harapan pengaruh Ustaz Azizan akan memberi kelebihan kepada PAS.

Hakikat sebenar, PAS semakin terdesak. Mereka kantoi kali ini kerana selama ini, mereka merasakan mudah untuk membohongi rakyat tetapi kini, di DUN Sungai Limau, situasinya agak berbeza.

Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir sudah berpesan kepada semua jentera parti, jangan melakukan sesuatu yang boleh menguris perasaan penduduk tempatan.
Jangan menyerang peribadi lawan. Jangan lakukan sesuatu yang boleh mengakibatkan perpecahan. Menteri Besar mengesahkan hubungan peribadi dengan Allahyarham cukup rapat.
BN boleh menang kali ini di DUN Sungai Limau, kata seorang penjual laksa yang ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, aura Mukhriz juga mempersonakan. Jika pengundi ingin mencari orang agama di dalam BN, Mejar General Datuk Seri Jamil Khir Baharom adalah orangnya.

Lagipun, katanya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim juga mempunyai pengajian agama, walaupun tidak berkelulusan agama. Beliau boleh mengimamkan sholat dan mampu membaca khutbah.
Ini yang menyebabkan PAS semakin risau. Jika penyokong-penyokong BN bersatu hati, melupakan persengketaan dan dapat bekerjasama, tiada sebab BN kalah kali ini.

Yang bertandinn ini bukan Tan Sri Azizan. Tan Sri Azizan sudah meninggal dunia. Tan Sri Azizan sudah tiada lagi. Yang mengaku mahu menjalankan tugas-tugas Tan Sri Azizan sebenarnya bukan calon PAS tetapi calon BN.

Watak dan keperibadian Dr Ahmad Sohaimi memikat hati pengundi. Kecintaannya kepada ilmu menjadikan beliau benar-benar idola kepada anak-anak muda.

Anak-anaknya juga berjaya dan sekaligus membuktikan bahawa jika Dr Ahmad Sohaimi terpilih, DUN Sungai Limau akan menjadi DUN yang meletakkan kepentingan menimba ilmu mengatasi kepentingan politik sempit. (DHI)

Tiada ulasan: