Isnin, 28 Mei 2012

Muzakarah : Nik Aziz Berlawak

Oleh: Safiah Musa
Dipetik dari: http://rahmank.com/

Bagi orang PAS, apa sahaja Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat buat, semuanya betul. Seolah-olah Nik Aziz ni “maksum”. Terlepas daripada melakukan kesalahan dan terlepas dari melakukan kesilapan.


Hakikatnya, Nik Aziz adalah orang politik yang suka bercakap ikut sedap mulut & demi kepentingan politik PAS yang sesat dan sempit. PAS sesat jalan, walaupun orang PAS nampak jalan di depan mereka lurus. Dalam hal muzakarah antara PAS dengan UMNO, ternyata Nik Aziz suka berlawak.


Mula-mula dia berkata, percayalah kepadanya. Kalau Presiden PAS, Haji Abd Hadi Awang tak mahu, Nik Aziz tetap mahu. Tiba-tiba, buat pertama kalinya, dia akur dengan kehendak Hadi Awang, mengatakan dia tak jadi muzakarah kerana mahu menghormati Presiden PAS. Orang Umno kena ucapkan terima kasih Nik Aziz.


Teruskan lawak jenaka ini kerana PAS sekarang tidak ada apa-apa lagi yang hendak dipertahankan. Segala-galanya sudah berubah, seperti kata bijak pandai, sekali air bah, sekali pantai berubah. Perjuangan PAS mahu menegakkan Negara Islam kini sudah berubah kepada Menegakkan Negara Berkebajikan. PAS baru sekarang ini seolah-oleh dikuasai oleh PKR dan DAP. PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat dan PAS seronok benar menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR.


Alhamdulilah, Umno menyambut usaha baik untuk bermuzakarah. Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin orang pertama yang menyambut salam dari Nik Aziz itu tetapi ramai yang timbul rasa pelik, kerana mereka memang tidak percaya dengan Nik Aziz. 


 Berbeza dengan Muhyiddin, beliau bersangka baik. Jika PAS suatu ketika dahulu beria-ia mahu menegakkan negara Islam boleh berubah kepada memperjuangkan Negara Berkebajikan, tidak mustahil, PAS yang menolak muzakarah dahulu, kini sudah berubah mahu mengadakan muzakarah. Sangka baik Muhyiddin itu adalah cerminan sikap pemimpin negara dan sikap pemimpin Umno.


Mereka tidak pernah menganggap musuh hari ini adalah musuh yang kekal selama-lama-lamanya. Namun, ternyata Nik Aziz dan PAS memang tidak tetap pendirian. Pun masih ada orang Melayu yang beragama Islam, mahu menyokong PAS dengan kepimpinan yang berdolak-dalik. Cakap siang lain, cakap malam lain. Seolah-olah lidah bercabang.


Tetapi saya tidak percaya lidah Nik Aziz bercabang kerana tidak ada doktor yang mengesahkannya. Cuma, dia berlawak. Alhamdulilah, Umno dan BN masih di situ. Masih kukuh walaupun PAS sering mendabik dada kononnya mereka mendapat sokongan dari orang Melayu dan Islam.


 Hakikatnya, majoriti Melayu dan Islam, masih menyokong Umno dan BN. PAS beranggapan DAP akan memberi kemenangan kepada mereka kerana sokongan orang Cina kepada DAP dikatakan memberi makna orang Cina menyokong PAS. Tidak begitu sebenarnya. Masih ramai orang Cina yang waras memilih BN sebagai parti harapan mereka, bagi menjamin keamanan.


Orang Cina tahu, PKR adalah parti sakit yang sedang menuju kehancuran. Orang Cina tahu, PKR adalah parti 3A, macam bateri 3A yang kecil dan tidak tahan lama. 3A itu ialah Azizah, Anwar dan Azmin yang sama-sama hidup bergelumang dengan skandal.

1 ulasan:

Hafiz Al-Din berkata...

Artikel anda terbaik...

mohon tuan blog linkkan blog saya semula.. tq

http://tenteramaya.blogspot.com/