Ahad, 22 Januari 2012

Blogger jadi lidah pembangkang serang Shahrizat

Oleh Ahmad Hj Ishak



Saya ketawa besar bila ada orang berusaha menyingkirkan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dari persada politik Malaysia. Saya tak mahu sebut siapa mereka, tetapi termasuklah beberapa kerat penulis blog atau blogger yang termakan hasutan pembangkang.

Baguslah kalau Shahrizat mengambil tindakan menyaman beberapa orang pemimpin pembangkang kerana sebagai individu, Shahrizat perlu mempertahankan maruah diri dan keluarganya. Kalau betul suami dan anak-anaknya melakukan kecurangan, biarlah mereka menghadapi semua serangan dan bantahan ini.

Shahrizat tidak patut dipersalahkan. Malangnya, Shahrizat nampaknya berseorangan dalam hal ini. Beliau menyinsing lengan mahu berdepan dengan semua serangan ini tetapi dalam masa yang sama, ada musuh-musuh dalam selimut yang tidak habis-habis menyambung lidah pembangkang.

Inilah satu kelemahan orang Umno. Bila pembangkang dedahkan sesuatu, sama ada betul atau tak betul, mereka yang jadi tukang sambung pendedahan yang belum tentu betul itu. Orang Umno ni pemalas. Mereka malas berfikir.

Jadi, disebabkan sikap malas mereka itu, mereka hanya ambil apa yang pembangkang buat, untuk dijadikan modal menyerang sama-sama sendiri. Dah lama sebenearnya orang Umno buat perangai macam ni. Sejak dulu, ramai juga pemimpin Umno yang jatuh kerana perbuatan seumpama ini.

Bayangkan dalam bulan puasa, ada yang bercakap pasal cincin yang Datuk Seri Rosmah Mansor beli, kononnya berjuta-juta. Memang ada yang percaya dan ada juga yang tidak percaya. Mereka tidak mahu pula bercakap di mana letakkannya jam tangan Omega kepunyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sepatutnya orang Umno sibukkan diri mereka dengan cerita jam Omega dan bukan sibuk dengan cerita cincin Rosmah.

Berbalik kepada cerita Shahrizat, ramai juga yang pelik kenapa orang Umno tidak bercakap pasal Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Presiden PKR ini nampaknya berjaya berselindung di sebalik sehelai lalang walaupun suaminya dituduh dengan pelbagai tuduhan.

Ini kerana tiada orang Umno peduli kisah Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan dan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Hakim Mohd Zahidin Mohd Diah. Mereka sibuk dengan dakwaan NFC yang dibuat oleh pembangkang.

Kat sini, apa yang boleh dilihat ialah, orang Umno tidak bijak berpolitik. Berbanding dengan MCA yang memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Presiden, nampaknya orang Umno patut belajar bagaimana berdepan dengan isu dan bagaimana cara nak melawan musuh.

Tiada siapa bercakap soal PAS sudah menukar asas perjuangan dari menegakkan sebuah negara Islam kepada sebuah negara berkebajikan. Ini kerana orang Umno seronok berada dalam dunia artis agaknya. Mereka suka bergosip.

Shahrizat juga tidak mempunya pegawai-pegawai yang agresif dalam mempertahankan dirinya. Jika ada seorang dua, sebenarnya tidak cukup. Ada juga blog yang mempertahankan Shahrizat tetapi lebih banyak yang menyerangnnya. Kerana apa? Kerana Shahrizat tidak dibantu oleh pegawai-pegawainya yang lebih memetingkan baju dan pakaian sendiri daripada menjaga maruah dan intergiriti boss sendiri.

Jika ditakdirkan Shahrizat dapat membersihkan dirinya dari usaha pihak yang mahu memburukkannnya ini, singkirkanlah pegawai-pegawai kanannya yang tidak berguna itu. SMS dari penulis yang mahu membantu Shahrizat mempertahankan diri pun tidak dibalas. Apakah orang seperti ini layak diambil bekerja?

Teringat saya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau seorang yang baik tetapi orang-orang kelilingnya, semua mahu mengaut kekayaan sendiri. Mereka sombong tidak bertempat dan mereka tidak peka kepada situasi politik waktu itu.
Kalau Tun Abdullah mempunyai pegawai yang hebat, nescaya hayat politiknya bertahan lama. Malangnya, masing-masing mengejar nak dapatkan Datuk Seri dan mereka gilakan artis untuk mereka buat teman berlibur.

Akhirnya bila Tun Abdullah jatuh, mereka yang sudah kaya raya ini kesepian. Sesekali mereka muncul di TV tetapi orang ketawakan aje kata-kata mereka yang sudah hilang wibawa itu.

Dari pengalaman ini, Shahrizat kena belajar semua ini. Kalau Shahrizat mahu bertahan dalam politik, beliau kena ambil pegawai-pegawai yang ada otak dan pandai menyusun strategi. Bukan strategi hendak menjatuhkan orang tetapi strategi mahu membersihkan nama dari serangan dan fitnah.

Tetapi, kalau Shahrizat merasakan beliau sudah puashati dengan pencapaiannya, tak mengapalah. Jatuh atau naik dalam politik memang perkara lumrah. Cuma, kalau boleh, berhentilah dari politik ketika nama sedang harum, walaupun tidak seharum Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekurang-kurangnya tidak berhenti bersama-sama palitan nama buruk yang tidak menguntungkan.

Suami dan anak-anak Shahrizat pun bukan berniat mahu berniaga dalam kerugian tetapi biasalah, kalau berniaga ni, kadang-kadang untung dan kadang-kadang rugi. Jika mereka menyeleweng, mereka kenalah menghadapinya. Jangan sesekali cuba melarikan diri dari masalah kerana masalah perlu diselesaikan.

Kepada blogger yang mahu menulis ikut rentak pembangkang, saya nasihatkan lebih baik bersedia dengan kata-kata memohon maaf banyak-banyak. Sebab dalam zaman ini, bila ada orang politik nak saman, boleh menyusun jari sepuluh memohon maaf. Sudah ada yang sanggup hilang intergiriti hanya kerana keseronokan menabur fitnah dan kemudian meminta maaf.

Mereka ini tidak ada etika dan mereka ini sebenarnya penulis syok sendiri. Cari makan dengan memfitnah orang dan kemudian bercakap macam mereka serba tahu. Penulis seperti ini, saya nak bagi tahu kepada Shahrizat adalah penulis bertaraf longkang di Chow Kit


Tiada ulasan: