Rabu, 20 Julai 2011

Betul ke Ahmad Maslan tidak disenangi media?

Seribu wajah Ahmad Maslan...
Malam tadi aku bersembang dengan kawan-kawan media di sebuah warung dekat Ampang. Maklum dah lama tak bertemu muka maka macam-macam topiklah yang keluar. Mulai dari cerita-cerita ringan sampailah isu-isu panas pasal perhimpunan haram 9 Julai,PRU-13 hinggalah fiil ahli-ahli politik kita.


Tapi cerita yang tak berapa sedap didengar ialah mengenai Ketua Penerangan UMNO merangkap Timbalan Menteri di JPM yang jaga Felda iaitu Ahmad Maslan. Rakan-rakan bercerita bahawa ramai kalangan media tidak begitu senang dengan sikap Tok Mat seorang ini yang dikatakan gila glamer, sombong dan kurang mengambil hati media.

Diceritakan semasa pilihan raya Sarawak baru-baru ini ada kalangan media terasa hati dengan Tok Mat. Khabarnya, mereka tersinggung kerana Tok Mat macam marah-marah kepada media sebab tak buat liputan beliau berkempen satu Sarawak. Dia yang pusing Sarawak dan setiap hari berkempen di beberapa kawasan tetapi berita mengenainya bukan sahaja tidak keluar dalam paper atau TV bahkan tidak mendapat liputan media pun.

Diceritakan juga bos-bos di syarikat akhbar turut tak puas hati dengan Tok Mat sebab selalu minta ceritanya disiarkan, kalau boleh di muka-muka hadapan akhbar berkenaan. Sebab tak larat nak layan maka permintaan Tok Mat yang konon gila glamer itu dipenuhi juga, walaupun berat hati. Mereka pun risau kalau-kalau kehilangan iklan Felda yang dijaga oleh Tok Mat walaupun kini pengurusan Felda di bawah Isa Samad selaku Pengerusinya.

Seorang rakan pula bercerita perihal Tok Mat sebelum menjadi Ahli Parlimen Pontian ini begitu sombong kepadanya ketika bertemu di satu majlis di JB. Walhal beliau amat kenal Tok Mat (masa itu belum bergelar Datuk) dan dia percaya Tok Mat juga kenal dengannya kerana pernah sama-sama terlibat dalam satu "projek". Tapi rakan ini cukup tersinggung apabila Tok Mat macam pura-pura tak kenal dengannya ketika ditegur.

Akibat tersinggung dengan Tok Mat, rakan aku itu yang "ada kuasa" juga di sebuah akhbar ini sering kali "mencantas" berita-berita berkaitan Tok Mat bahkan gambar-gambar yang ada wajahnya juga dipotong pada masa itu. Hari ini katanya Tok Mat kadang-kadang masih bersikap seperti dulu...

Rakan-rakan aku juga bersungut kerana Tok Mat selaku Ketua Penerangan UMNO macam tak banyak main peranan sebagai "ketua penerangan UMNO" melainkan lebih memfokuskan kepada Felda. Manakala kenyataan-kenyataan yang dibuatnya kepada media lebih banyak yang bersifat retorik. Kalau nak diikutkan kenyataan Tok Mat banyak yang tak layak pun dibuat berita apatah lagi nak masuk paper.

Itulah cerita-cerita yang tak sedap aku dengar mengenai Ahmad Maslan di kalangan media. Nampaknya Tok Mat kenalah bermuhasabah diri dan sama ada apa yang dikatakan oleh kalangan media itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, Tok Mat kenalah berubah sikap dan jika tidak, Tok Mat kenalah buktikannya.

Bila sebut pasal wartawan ni, teringat aku pepatah lama yang menyatakan "mata pena lebih tajam daripada mata pedang". Media memang mempunyai pengaruh yang besar. Media boleh menaikkan seseorang dan media juga boleh menjatuhkan seseorang. Jadi ambillah iktibar!

MTB: Tunggu jawapan Ahmad Maslan!

Tiada ulasan: