Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Terengganu, ketua badan perhubungannya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta pemimpin Umno supaya berhenti berkelahi sesama sendiri kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah mereka.
Bahagian itu dilihat bermasalah setelah empat ADUN dalam kawasan Parlimen itu, tidak menghadiri persidangan perwakilan yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 16 Julai lalu.
Politik sesama sendiri, tegas Hishammuddin, perlu dihentikan dan tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha membangunkan negara.
"Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara dalam dunia yang semakin sempit dan mencabar kini," katanya semalam, lapor Bernama.
Hishammuddin berkata pemimpin yang melakukan sesuatu yang tidak berkisar kepada realiti politik hari ini, akan dinilai peranan mereka oleh pucuk pimpinan terutama dalam pilihan raya umum akan datang.
"Apabila kita nak menentukan barisan yang akan bersama-sama dengan kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti, saya percaya semua ini akan diambil kira oleh pucuk pimpinan untuk menengahkan calon yang boleh diterima rakyat," katanya.
Katanya apa yang berlaku di Setiu menunjukkan Terengganu tidak terkecuali daripada menghadapi masalah yang perlu ditangani dengan baik.
"Kita tidak ambil tindakan terhadap mereka. Dalam hal ini jangan kata pihak pembangkang pun tidak ada masalah dalaman, tetapi kerana mungkin belum berkuasa, mereka dapat menyembunyikannya daripada orang ramai," katanya.
1 ulasan:
SEMUA PUN SERUPA SAJAAAA.....
BERKELAHI DAN BERBALAHAN SESAMA SENDIRI MEMANG TAK DAPAT DIELAKKAN DARIPADA BERLAKU DALAM KELOMPOK YANG BESAR.
BUKAN DALAM UMNO SAHAJA. SEMUA PARTI POLITIK PUN SAMA SAJA. CUMA APABILA IA BERLAKU DALAM UMNO TU IA MENJADI MENARIK UNTUK DIGEMBURKAN, KERANA UMNO ITU MENARIK.
Catat Ulasan