Selasa, 5 Januari 2010

Pribumi Perkasa rancang protes Jumaat ini

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) merancang untuk mengadakan protes di seluruh negara Jumaat ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

Setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali memberitahu AFP hari ini bahawa pertubuhannya itu mahu mengadakan protes tersebut di luar masjid-masjid utama.

"Kami mahu kerajaan membatalkan keputusan mahkamah itu. Kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Tiada sebarang keraguannya mengenainya,” katanya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

mari kita semua menyokong rancangan ini demi
menentang kafir yg mempunyai muslihat jahat