Sabtu, 13 Jun 2009

Tiga bekas Exco disiasat SPRM : Tidak jauh dari apa yang diduga

Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah

SELAMA ini sukar juga mahu mempercayai apa yang tersiar dalam blog dan laman portal yang dilayari tetapi menyingkap semula tulisan yang dibaca di http://citra-bangsa.blogspot.com/ kebelakangan ini, ada sesuatu yang cukup menarik untuk dibincangkan.
Penulis sendiri menulis beberapa artikel berkaitan runtuhan bumbung stadium bertajuk MANA MUBIN, MANA ROSOL DAN DI MANA DSIJ APABILA BUMBUNG STADIUM RUNTUH, BUKAN CARI ‘SCAPEGOAT’ TAPI CARI PUNCA…KENAPA BUMBUNG STADIUM RUNTUH, BUMBUNG STADIUM RUNTUH: DI MANA DIN ADAM dan BUMBUNG RUNTUH, TERENGGANU POPULAR.
Tulisan Hassan Md Hussein (Sandakan) bertajuk ‘RUNTUHAN STADIUM: SIASAT CARA PEMBERIAN PROJEK dan juga tulisan Ahmad Haji Ishak bertajuk JANGAN SALAHKAN JKR BILA BUMBUNG STADIUM RUNTUH.
Kesemua tulisan ini tersiar dalam blog yang sama dan turut boleh dibaca melalui http://bypass308.blogspot.com/ dan http://lesungbatu.webs.com/.
Akhbar berbahasa Inggeris, The Star bertarikh 12 Jun 2009 (Khamis) turut menyiarkan berita bertajuk Ex-exco men to be called up. Berikut disiarkan berita penuh;

KUALA TERENGGANU: At least three former state executive councillors and senior officials from the state Public Works Department will be among those to be summoned by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to facilitate investigations into the Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin roof collapse.
A sourse said the former exco members could provide crucial information on the probe into the June 2 mishap.
The source said that documents involving the selection of the contractor responsible for work at the RM300mil stadium and installation of the roof would be obtained from those concerned.
“We have identified the names of a few key individuals to aid our investigations,” said the source, who declined to reveal who the former exco members and individuals were.
The three exco members responsible for ensuring the stadium’s completion in time for the Malaysian Games (SUKMA) 2008 were Datuk Wan Hisham Wan Salleh (Infrastructure and Public Amenities), Datuk Din Adam (Youth and Sports) and Datuk Rosol Wahid (Islam Hadhari and Welfare).
Din and Rosol are still serving as aasemblymen.
The three had served under previous Mentri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.
Yesterday, they expressed their preparedness to help with the MACC probe.
“Every single transaction and our respective roles were all recorded in detail. We have nothing to hide,” said Din, who is the Bukit Besi assemblyman.
Wan Hisham also said he has prepared to be investigated.
“MACC is doing its job and we will assist in every possible way,” he pledged.
“So far, I have not been contacted by the MACC. If they do, I will be there (at MACC office here) the next minute,”
Rosol, who is the Ajil Assemblyman and former state Umno secretary, refuted talk that he had influenced the state tender committee chair by State Secretary Datuk Mokhtar Nong on selecting the roof contractor.
“I realised recently that certain quarters with malicious intentions wiere linking me with the mishap in such a way,” he said.
“As such, I actually welcome the probe”.
The Terengganu Government has heeded the call by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin not to set up a separate panel to investigate the mishap.
Mentri Besar Datuk Ahmad Said told reporters that the state government would not intervene in the probe to be conducted by the state PWD.

Alhamdulilah. Semua orang mengharapkan MACC bertindak segera. Jangan kira mereka dari mana dan siapa di belakang mereka. Tidak kiralah mereka dari Geng 10 atau geng mana-mana, jika mereka bersalah, hadapkan mereka ke muka pengadilan.
Dari segi logik akalnya, jika pun tidak ada penyalah gunaan kuasa di dalam melantik kontraktor, bagaimana harga stadium itu boleh menjadi begitu mahal sedangkan di peringkat awal, harga yang dibuka untuk tender ialah RM 190 juta sahaja tetapi apabila siap, khabarnya ia menjadi RM292 juta.
Kalau ia betul, disebabkan pelbagai hal termasuk kenaikkan harga besi, harga simen dan lain-lain, jelaskanlah dengan terus terang dan jangan ada sesiapa menyorok angka-angka tertentu hingga boleh menimbulkan syak wasangka orang ramai.
Isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini sebenarnya cukup memalukan. Menteri Kerja Raja, Datuk Shahziman Abu Mansor sendiri dalam kenyataannya berkata, apa yang berlaku ini akan menyebabkan negara luar tidak akan percaya kepada kontraktor kita.
Ramai yang mengharapkan SPRM (MACC) tidak melewat-lewatkan siasatannya kerana kerajaan akan mengalami banyak kerugian untuk membaik pulih kerosakan ini dan sepanjang stadium dibaiki, lokasi semua perlawanan dan pertandingan akan dipindahkan di stadium lama, yang tentunya perlu dibaiki juga kerana keuzurannya.
Apa yang terjadi ini mungkin boleh memberi kesedaran kepada tiga bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu ini dan Geng 10 sepatutnya bolehlah mengadakan satu mesyuarat khas untuk membincangkan sama ada mahu ‘memecat Rosol dan Din’ dari menjadi anggotanya.
Geng 10 sepatutnya malu kerana ketika mereka menyerang kepimpinan Datuk Ahmad Said, bumbung stadium ini pula seolah-olah mengejek tindak-tanduk Geng 10 hingga menjadi bahan ‘tertawa’ dunia.
Ramai yang hairan, bagaimana Datuk Seri Idris Jusoh (DSIJ) yang digambarkan sebagai seorang pemimpin bertaraf dunia, tiba-tiba menghadapi masalah keruntuhan bumbung stadium yang dibina dalam era kepimpinannya.

(Dipetik dari http://lesungbatu.webs.com)

Tiada ulasan: