Rabu, 9 Mac 2016

Jangan abaikan peranan PIBG


Oleh Ahmad Adam

GOMBAK – 15 tahun yang lalu, bila Daud Ibrahim dipilih sebagai Naib Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu, Batu Caves Selangor, beliau beranggapan itu sebagai hal biasa.
Mengapa tidak, jarang sangat beliau mendengar peranan PIBG mampu mencorakkan landskap baru kepada sekolah-sekolah.

Paling banyak, Jawatankuasa PIBG hanya mempu mengadakan mesyuarat enam kali setahun, itu pun, merupakan mesyuarat yang lazimnya membincangkan soal-soal sumbangan kewangan kepada program sekolah.

Itu sebab, apabila dipilih, Daud tidak menolak amanah tersebut kerana tidak terfikir untuk menjadi penceramah motivasi keibubapaan seperti yang diharunginya kini.

Ia bermula dari idea bekas Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Dayang Fatimah Abang Naruddin yang mahukan PIBG sekolah-sekolah daerah Gombak menubuhkan Majlis Permuafakatan PIBG.

Beberapa sesi perbincangan diadakan dan akhirnya 104 sekolah termasuk SRJK dijemput untuk menganggotai majlis ini yang dikenali sebagai Majlis Permuafakatan PIBG Gombak (MPPIBG).

Idea ini mendapat sokongan dari Datuk Seri Noh Omar dan beliau merasmikan penutupan Konvensyen MPPIBG di Morib dalam tahun 2014.

Dari situlah, Yang DiPertua (YDP) PIBG sekolah-sekolah duduk berbincang dan memulakan langkah dengan mengadakan program keibubapaan yang diisi satu slot ‘motivasi keibubapaan’.

Menurut Daud, MPPIBG yang dipimpin Saiful Yazan Sulaiman (YDP PIBG SK Taman Melawati 2) selaku Presiden membuka peluang kepada sekolah-sekolah untuk mengundang penceramah dari kalangan YDP-YDP dari sekolah-sekolah di Gombak untuk menjadi penceramah.

Pada mulanya Daud hanya hadir sebagai pendengar kepada ceramah-ceramah yang diberikan oleh Azahar Mamat (bekas YDP PIBG SK Bukit Raman Putra), Khairi Arifin (PIBG SMK Ideal Height) dan beberapa orang lagi, tetapi akhirnya Daud mencuba bakat memberi ceramah.

Kini, Daud sudah memberi ceramah lebih dari 40 sekolah, termasuk beberapa sekolah yang sudah dihadiri lebih dari tiga kali, atas permintaan Pengetua, YDP PIBG dan ibubapa sendiri.

Kata Daud, beliau sudah ke kawasan Parlimen Tenggara (PPD Kulai dan PPD Kota Tinggi, Johor) untuk memberi ceramah kepada 51 sekolah, yang turut dihadiri YDP PIBG, Guru Besar, Pengetua, Pegawai PPD dan Ahli Parlimen, Datuk Halimah Mohamad Sadique.

YDP SK Bandar Mersing dan SMK Tun Habab Kota Tinggi juga pernah mengundangnya.
Menurut Daud, selain dari peajar-pelajar diberikan motivasi, ibubapa juga perlulah turut disentuh jiwa mereka, agar mereka dapat berkongsi rasa dengan guru-guru dan anak mereka bagi mencapai kejayaan bersama.

“Antara yang saya tekankan dalam ceramah saya ialah, jika kita sayang anak, kenapa kita tidak sayang sekolah. Kalau kita ingat anak, kenapa kita tidak ingat sekolah. Kalau kita cinta anak, kenapa kita tidak cinta sekolah,” katanya.

Namun, selepas bergelar penceramah motivasi keibubapaan, hidup Daud benar-benar berubah. Tiada hari Sabtu yang ‘kosong’ tanpa ceramah.

Boleh dikatakan, setiap Sabtu, ada sahaja sekolah yang mengundangnya. Lebih menarik, pernah satu hari beliau diundang 17 buah sekolah serentak tetapi, 14 darinya terpaksa ditolak kerana beliau hanya mampu memenuhi tiga sahaja.

“Masalah masa yang menyebabkan saya tidak mampu memenuhi setiap undangan walaupun hati kecil saya tidak ingin menghampakan jemputan tersebut,” ujarnya.

Kini, Daud amat bersyukur jika ada sekolah yang mengadakan program pada Jumaat dan Ahad, selain Sabtu.

Katanya, undangan pada Jumaat dan Ahad, biasanya memang tidak ada. Jadi, kalau ada sekolah-sekolah yang sanggup mengadakan program pada hari berkenaan, beliau tidak keberatan memenuhinya.
“Saya akan terus menerima undangan, walaupun dari luar Gombak, kerana saya mahu pengalaman yang saya ada dapat dokongsi bersama ibu bapa lain.

“Ibu bapa bukan tidak mahu dating ke sekolah untuk menyokong program-program tetapi mereka tidak diberi kefahaman mengapa mereka mesti dating ke sekolah, apabila diundang,” katanya.
Beliau tidak mahu PIBG diabaikan dalam PPPM.

Daud memberitahu aktivitinya ini turut dimaklumkan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang tidak melarang beliau untuk terus aktif memberi ceramah keibubapaan.

Berita Selanjutnya >>

Rabu, 6 November 2013

PRK Sungai Limau

Kenal pasti penceramah, pakar strategi (2)


GUAR CEMPEDAK : Ibu Pejabat Umno kenal berubah. Jangan banyak sangat songeh. Jangan banyak sangat cakap. Jangan banyak sangat sembang dan auta.

Tugas kini, perlu ditumpukan kepada mengenal pasti siapa penceramah yang berkesan. Kenal pasti pakar strategi, bagaimana untuk menawan hati pengundi atas pagar.

Menghantar pertugas, yang mungkin berpengalaman dan yang mungkin, kawan-kawan sendiri, sudah tidak berkesan.


Janganlah calon yang tak pernah jadi jentera parti, disebabkan dia kawan pemimpin besar, dihantar untuk menjadi pertugas.

Janganlah penceramah yang tidak ada wibawa, disebabkan dia berdaftar dengan Ibu Pejabat Umno dan Pejabat Ketua Penerangan Umno, maka dia diberikan peluang berceramah, seolah-olah Umno ini “memerlukan pemain import”.

Padahal, penceramah dalaman Umno, yang mungkin tidak berjawatan, yang mungkin tidak terkenal tetapi mempunyai kemampuan berceramah, perlu diberikan peluang.

Soalnya, pernahkan pencarian penceramah ini dilakukan? Kenapa tidak minta negeri-negeri menghantar senarai nama penceramah mereka untuk dinilai Ibu Pejabat dan Pejabat Peneranga Umno?

Bahan-bahan ceramah yang baik, hendaklah dijadikan bahan berita. Ibu Pejabat Umno mestilah mempunyai wartawan atau pemberita yang sentiasa proaktif.

Apa yang saya lihat, ada penceramah, bila pegang saya pembesar suara, bercakap isu Bajet 2014. Malangnya, penerangannya tidak berkesan dan membosankan. Apakah penceramah tidak diberikan garisa panduan apa yang boleh dan apa yang tak boleh diceramahkan?

Jangan jadi penceramah syok sendiri. Jangan jadi penjual ubat kaki lima dan jangan sesekali jadi macam menteri memberi taklimat Bajet..

Pengundi yang terdiri dari orang-orang kampong perlu disentuh keperluan mereka. Mereka perlu diyakinkan bahawa BN ini sebuah parti yang “sentiasa memberi perkhidmatan”.

Jangan cuba menerangkan isu seolah-olah mahu menegakkan benang yang basah. Nanti, perkara yang benar pun dianggap sebagai “salah” tetapi mahu dipertahankan.

Sebagai penceramah luar yang masuk ke kampong orang, budi bahasa dan hemah perlu dijaga.
Jangan waktu sholat, masih ada yang berceramah dan tidak menghormati azan. Jangan berlegar-legar ketika azan berkumandang, lebih-lebih lagi waktu maghrib.

Jika kawasan yang mereka jaga berdekatan dengan masjid, pastikan semua pekerja parti berjemaah di masjid.

Inilah yang menjadikan penduduk dekat dengan pekerja parti.

Apakah Ibu Pejabat Umno tidak mempunyai pakar strategi? Kenapa tidak dicari dan disediakan.


Mereka kena memainkan peranan dan “bilik gerakan” mereka hendaklah disediakan. Jangan asyik seronok dengan “pengikut-pengikut sendiri” yang berdedai-dedai membototi pemimpin utama. Orang kampong dan orang-orang parti yang bekerja bertungkus-lumus, benci semua kelakuan seperti ini (DHI). 

Berita Selanjutnya >>

Selasa, 5 November 2013

PRK N20 DUN Sungai Limau

Pengajaran Buat Ibu Pejabat Umno


YAN – Berhari-hari saya meronda kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, yang terletak di bawah Parlimen Jerai.

Apa yang saya nampak, Ibu Pejabat Umno tidak “cekap mengendalikan” pilihan raya kecil.
Ibu pejabat ni, termasuklah Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan Bendahari.

Walaupun saya difahamkan, Bilik Gerakan BN kali ini cukup kecil bajet yang digunakan, tetapi ia tidak menjanjikan kemenangan kepada calonnya.

Selama ini, jika diserahkan kepada Ibu Pejabat Umno menguruskan Bilik Gerakan (CC), jutaan RM dihabiskan kerana “ada buaya” yang mengganggakan mulut, menelan sebanyak mungkin RM kepunyaan parti.


Kali ini, Badan Perhubungan Umno Kedah melakukan sendiri, tanpa kerjasama terus dari Ibu pejabat. Ini cerita yang saya dengar.

Betul atau tidak, saya tidak pasti tetapi saya puji sikap Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah.

Malangnya, penceramah politik yang disediakan di sepanjang kempen berlangsung, amat mengecewakan.
Saya sempat mendengar beberapa ceramah dari mereka yang bergelar Ustaz, berserban dan berkopiah tetapi ceramah mereka, amat-amat mengecewakan.

Atas alasan apa, Ibu Pejabat memilih penceramah-penceramah ini, saya tidak pasti tetapi, saya dengar dari pengundi-pengundi sendiri, mereka bosan dengan cara ceramah yang diberikan.

Sepatutnya, Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah melantik seorang cukup berpengalaman sebagai “pengarah” pilihan raya ini walaupun jawatan ini mungkin dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan MB Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Tenaga anak-anak muda sepatutnya digunakan sepenuhnya sebagai jentera dan tiada seorang pun yang tertinggal.

Wanitanya, tidak boleh dibiarkan tanpa apa-apa tugas. Puterinya, patut diberikan tanggungjawab yang lebih berkesan.

Kalau ada sesiapa ingin datang membantu, terima dengan dada terbuka dan bukan menolak dengan perkiraan wang ringgit.

Yang penting, BN menang. Selepas menang, barulah berkira. Kalau berkira, dalam masa yang sama menghabiskan banyak wang untuk hal-hal lain, akhirnya “kerugian” juga.

Beritahu kepada mana-mana ketua bahagian yang mahu datang ke Sungai Limau, bahawa mereka mesti ada tugas yang mesti dipikul.

Kalau sekadar datang untuk tunjuk muka kepada pemimpin kerajaan, elok nasihatkan mereka supaya ke Siam.

Yang tidak pandai berceramah, datanglah untuk meramaikan hadirin dan memberi sokongan moral.
Bagi-bagi tempat supaya semua PDM nampak meriah dan penduduk kampong, pengundi dan orang ramai disantuni (bersambung) (DHI) .



Berita Selanjutnya >>

Rabu, 30 Oktober 2013

PRK DUN Sungai Limau

TPM Minta Maaf, PAS terlepas pandang

BUKAN semua pemimpin bejiwa besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Walaupun beliau merasakan beliau tidak mengucapkan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan sesiapa, termasuk keluarga Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak, tetapi disebabkan isu ini sudah diputar belit, sebagai seorang muslim yang berhemah, Tan Sri Muhyiddin sedia meminta maaf.

Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir juga sedia mengadap keluarga Ustaz Azizan, jika itu boleh meredakan keadaan.
Seperti biasa, Pesuruhjaya PAS Kedah yang sedang diuji pengaruhnya, Mahfuz Omar mengambil kesempatan dengan isu ini, kononnya mahu mendesak Muhyiddin memohon maaf.

Malangnya, bila Nik Aziz Nik Mat mengatakan Nabi Mohammad SAW semasa kecilnya sama dengan Mamat-mamat di kampung, tidak ada bezanya dengan kita semua, tidak pula Mahfuz yang dikatakan mempunyai pendidikan tinggi agama membuat desakan supaya Nik Aziz bertaubat.

Dengan apa yang berlaku, eloklah jika semua pengundi dalam DUN Sungai Limau mengambil sikap terpuji kepimpinan Umno dan BN, untuk ‘berani hijrah’. Jangan kekal dengan kemunduran dan lemah dalam berfikir.

Seperti kata Tan Sri Muhyiddin, lupakanlah apa yang sudah lepas. Ramai yang memuji sikap Tan Sri Muhyiddin, ketika hadir di Comand Center Barisan Nasional (BN), dua hari sebelum penamaan calon, meminta semua penyokong BN yang hadir di situ membacakan al-Fatehah untuk Allahyarham Ustaz Azizan yang baru meninggal dunia.

Murni dan suci hati beliau. Walaupun berlainan fahaman politik, hubungan persaudaraan sama-sama Islam dan pekerti orang Melayu, tidak ditinggalkan.
Berbeza dengan orang PAS, selepas menunaikan sholat hajat, mereka berdoa minta hancurkan BN, KO BN, KO BN, KO BN.

Insyaallah, dengan izin Allah, pengundipengundi di DUN Sungai Limau, yang sudah lima penggal memberi sokongan kepada PAS, akan berhijrah kali ini.
Aura Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Ustaz Azizan jelas memberi banyak kelebihan.

Calon BN yang dkenali dengan tag linenya ‘SL for SL’, (Dr Ahmad) Sohaimi Lazim for Sungai Limau dikatakan diterima baik oleh penduduk dan pengundi di DUN Sungai Limau.

Isnin, 4 November ini akan memberi jawapan kepada semua pertanyaan sama ada penduduk memilih slogan ‘berani hijrah’ atau ‘kekal’. Biasanya, umat Islam yang duduk dalam bulan Zulhijjah akan bersedia untuk berhijrah ke bulan Muharam. (DHI)

Berita Selanjutnya >>