Rabu, 6 November 2013

PRK Sungai Limau

Kenal pasti penceramah, pakar strategi (2)


GUAR CEMPEDAK : Ibu Pejabat Umno kenal berubah. Jangan banyak sangat songeh. Jangan banyak sangat cakap. Jangan banyak sangat sembang dan auta.

Tugas kini, perlu ditumpukan kepada mengenal pasti siapa penceramah yang berkesan. Kenal pasti pakar strategi, bagaimana untuk menawan hati pengundi atas pagar.

Menghantar pertugas, yang mungkin berpengalaman dan yang mungkin, kawan-kawan sendiri, sudah tidak berkesan.


Janganlah calon yang tak pernah jadi jentera parti, disebabkan dia kawan pemimpin besar, dihantar untuk menjadi pertugas.

Janganlah penceramah yang tidak ada wibawa, disebabkan dia berdaftar dengan Ibu Pejabat Umno dan Pejabat Ketua Penerangan Umno, maka dia diberikan peluang berceramah, seolah-olah Umno ini “memerlukan pemain import”.

Padahal, penceramah dalaman Umno, yang mungkin tidak berjawatan, yang mungkin tidak terkenal tetapi mempunyai kemampuan berceramah, perlu diberikan peluang.

Soalnya, pernahkan pencarian penceramah ini dilakukan? Kenapa tidak minta negeri-negeri menghantar senarai nama penceramah mereka untuk dinilai Ibu Pejabat dan Pejabat Peneranga Umno?

Bahan-bahan ceramah yang baik, hendaklah dijadikan bahan berita. Ibu Pejabat Umno mestilah mempunyai wartawan atau pemberita yang sentiasa proaktif.

Apa yang saya lihat, ada penceramah, bila pegang saya pembesar suara, bercakap isu Bajet 2014. Malangnya, penerangannya tidak berkesan dan membosankan. Apakah penceramah tidak diberikan garisa panduan apa yang boleh dan apa yang tak boleh diceramahkan?

Jangan jadi penceramah syok sendiri. Jangan jadi penjual ubat kaki lima dan jangan sesekali jadi macam menteri memberi taklimat Bajet..

Pengundi yang terdiri dari orang-orang kampong perlu disentuh keperluan mereka. Mereka perlu diyakinkan bahawa BN ini sebuah parti yang “sentiasa memberi perkhidmatan”.

Jangan cuba menerangkan isu seolah-olah mahu menegakkan benang yang basah. Nanti, perkara yang benar pun dianggap sebagai “salah” tetapi mahu dipertahankan.

Sebagai penceramah luar yang masuk ke kampong orang, budi bahasa dan hemah perlu dijaga.
Jangan waktu sholat, masih ada yang berceramah dan tidak menghormati azan. Jangan berlegar-legar ketika azan berkumandang, lebih-lebih lagi waktu maghrib.

Jika kawasan yang mereka jaga berdekatan dengan masjid, pastikan semua pekerja parti berjemaah di masjid.

Inilah yang menjadikan penduduk dekat dengan pekerja parti.

Apakah Ibu Pejabat Umno tidak mempunyai pakar strategi? Kenapa tidak dicari dan disediakan.


Mereka kena memainkan peranan dan “bilik gerakan” mereka hendaklah disediakan. Jangan asyik seronok dengan “pengikut-pengikut sendiri” yang berdedai-dedai membototi pemimpin utama. Orang kampong dan orang-orang parti yang bekerja bertungkus-lumus, benci semua kelakuan seperti ini (DHI). 

Tiada ulasan: