Rabu, 16 Oktober 2013

DUN Sungai Limau

Pengundi Perlu Berubah Sikap


Awal November nanti, pengundi di DUN Sungai Limau akan membuat pilihan. Apakah mereka mahu mengekalkan PAS di kawasan itu atau memberi peluang kepada BN.

Kali ini, kalau pengundi ingin menikmati udara segar di DUN Sungai Limau, cubalah memberi undid an sokongan kepada BN.

Tengok, selepas BN terpilih, apakah mereka berbakti kepada rakyat atau sebaliknya. Selama ini, mereka sudah lama memberi undi kepada PAS. Yang nyata, PAS tidak mempunyai kemampuan membawa udara segar dan pembangunan di DUN Sungai Limau.

Orang luar hanya boleh bercakap macam-macam tetapi pengundi DUN Sungai Limau berhak menentukan.
Satu undi mereka kepada BN, bererti mereka memberi undi kepada YAB Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir. Satu undi kepada Mukhriz bererti satu undi itulah pengundi berikan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kalau pengundi bagi undi mereka kepada Mukhriz dan kepada Najib, mustahil mereka tidak mendapat apa-apa faedah dari kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.

Cubalah. Ini kalilah kalau pengundi yang hamper 100 peratus orang Melayu yang beragama Islam mahu membuktikan bahawa mereka menyokong usaha-usaha kerajaan negeri dan kerajaan pusat mempertingkatkan syiar Islam.

Undi yang pengundi berikan kepada BN tidak merugikan PAS kerana PAS bukan kerajaan negeri yang sedang memerintah. Jika kerajaan negeri sekarang diibaratkan sebagai pohon, DUN Sungai Limau adalah ranting dari pohon tersebut. Sangat tidak elok, jika pohonnya BN, tetapi dahan dan rantingnya PAS.
Sudah banyak kali pengundi memberikan undi mereka kepada PAS, apalah salahnya sekali ini, pengundi memberi undi kepada BN pula.

Jika kerajaan BN bagi BR1M nanti, yang dapat pengundi-pengundi juga. Jika BN buat baik, yangn dapat pahala pengundi-pengundi juga kerana menyokong dan mengundi pihak yang membuat kebaikan, dapat pahala.

Kalau pengundi mengundi PAS di DUN Sungai Limau, wakil rakyat PAS itu bukan boleh berbuat apa-apa kerana dia tidak mungkin akan menjadi Menteri Besar Kedah atau Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Sebab, kerajaan yang sedang memerintah Kedah sekarang adalah kerajaan BN. Maka, inilah peluang terbaik bagi pengundi di sini membuktikan, mereka bijak membuat pilihan.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan Muhkriz telah membuktikan layanan yang cukup baik kepada pemimpin-pemimpin PAS. Ini menunjukkan BN sentiasa mencari perdamaian dan bukan persengketaan.
Rakyat di DUN Sungai Limau perlu memikirkan masa depan anak-naka dan cucu cicit mereka. Di bawah kerajaan BN, yang mempunyai perancangan baik dan tersusun, sudah pasti memberi dan membuka banyak peluang kepada penduduk dan pengundi untuk mengecapi faedahnya.

Pilihlah kemajuan dan tolaklah politik persengketaan. Islam dan Melayu makin terhina apabila PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Berbeza dengan BN, selama ini BN membuktikan Islam tetap menjadi Agama Rasmi yang sentiasa dipelihara.

Kerajaan terus memastikan Islam berada di kedudukan tertinggi ketka PAS masih berdolak dalik dengan isu-isu yang membelit mereka kerana mahu menjaga hati DAP dan PKR  (DHI)


1 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Terbaik bro, Insya Allah sama-sama kita hijrahkan Sg Limau ke Barisan Nasional.