Ahad, 10 Jun 2012

Tahniah Mufti Perak : Tamparan Buat Nik Aziz

Oleh Zainal Yusof




SATU kekaguman yang mahu saya katakan di sini ialah kehebatan Tan Sri Dr Harussani Zakaria, Mufti Perak kerana ketabahannya melayan meroyannya Tok Guru sanjungan penyokong PAS, Nik Abd Aziz Nik Mat. Walaupun Nik Aziz mengatakan Muufti Perak sebagai seorang yang gatal mulut dan cuba bercakap politik, padahal beliau tidak faham apa-apa mengenai politik, namun Tan Sri Harussani dengan tenang menjawab, beliau ingin minum teh tarik dengan Tok Guru meroyan itu, untuk bercakap mengenai perpecahan bangsa dan kesannya kepada Islam di negara ini.
Kalau Nik Aziz kena serang dengan perkataan “gatal mulut”, saya percaya Nik Aziz akan meroyan dan menyerang balik orang yang menuduhnya “gatal mulut” dan meroyan itu.


Berbeza dengan seorang mufti yang berilmu, beliau sambut penghinaan itu dengan dada terbuka kerana beliau tahu, orang yang menyerangnya adalah orang politik yang gilakan kemenangan pilihan raya.


Nik Aziz ni, kalau dia bercakap, dia akan cerita kisah Nabi Muhammad SAW.


Dia macam nak samakan dia dengan Nabi. Dia ingat, dia seorang sahaja yang tahu kisah Nabi. Dia ingat, dia seorang sahaja pandai agama dan tahu sejarah Nabi. Dia lupa, dia adalah manusia.


Dia lupa, ada juga yang dia tak tahu. Dia terlupa bahawa, sebagai manusia, dia tidak maksum. Masalahnya, tiada siapa yang berani menegurnya kerana dia rasa dia terlalu hebat, terlalu besar sangat jawatan yang disandangnya dan tiada sesiapa di dalam PAS yang lebih besar dari kedudukannya.


Maka, dia boleh buat apa sahaja dan boleh kata apa sahaja, kerana tiada siapa yang berani menegurnya. Kalau sesiapa menegurnya, alamat “bersaralah” orang itu dalam politik PAS. Alhamdulilah, Mufti Perak menunjukkan akhlak yang terpuji. Beliau berhempas pulas hendak berjumpa dengan Nik Aziz bagi memperbetulkan pandangan dan pendapat Nik Aziz yang cukup bercelaru itu.


Namun, saya percaya, Nik Aziz tidak akan setuju kerana dia tidak rasa sesiapa pun di dunia ini yang layak berjumpa dan berbincang dengannya. Inilah masalah paling besar kepada orang-orang yang belajar agama. Mereka ego dan mereka ingat mereka sahaja yang betul.


Nasib baiklah Mufti Perak yang cerdik itu tidak bersikap macam Nik Aziz. Kalau tidak, hancurlah umat Islam di Malaysia ini kerana tiada seorang pun yang dapat menunjukkan akhlak yang mulia.


Dari segi akhlak, apa yang Nik Aziz tunjukkan termasuk apa yang dikatakannya kepada Mufti Perak, menunjukkan Nik Aziz perasaan dia terlalu suci dan terlalu tinggi ilmu politiknya. Itulah sebabnya PKR dan DAP dapat menggunakannya.


PKR dan DAP dapat memperkudakannya kerana PKR dan DAP tahu, matlamat Nik Aziz ialah untuk menang pilihan raya. Sebenarnya, PAS jadi begini teruk sejak ketiadaan Allahyarham Ustaz Datuk Fadzil Md Noor.


Sejak ketiadaan Ustaz Fadzir, PAS tidak mendapat penganti yang sehebat Allahyarham. Itulah sebabnya dengan mudah PKR dan DAP menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan.

Tiada ulasan: