Ahad, 27 Mei 2012

Tamrin Tunggu Dipecat Dari UMNO

Oleh: Khadijah Seman
Dipetik dari; http://rahmank.com/

Alhamdulilah, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Mohd Tamrin Tun Ghafar menyebut sendiri, dia menanti dirinya dipecat dari Umno kerana kini dia semakin kerap naik pentas pembangkang berceramah, mengutuk UMNO.
Dia nak berhenti sendiri, kurang keberanian gamaknya, maka dia tunggu dipecat kerana dengan cara ini, namanya akan menjadi sebutan semula, selepas lebih dua dekad dia dilupakan.>Maklumlah, bila orang kurang berjasa, memang tidak siapa mahu mengingatinya. Dari segi rekodnya, dia pernah jadi Timbalan Ketua Umno Bahagian di Batu Berendam. Tapi, ketika itu, Allahyarham Tun Ghafar Baba masih ada dan dia disegani kerana bapanya seorang tokoh yang banyak berjasa kepada orang Melayu dan Umno.



Selepas ketiadaan Tun Ghafar, Tamrin semakin dilupai. Kalau ada yang masih ingat namanya, mungkin kerana dia dilihat tidak begitu disenangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Hari ni, Tamrin dilihat mahu berjinak-jinak dengan Anwar. 


Sejarah membuktikan bahawa Tun Ghafar dimalukan oleh Anwar ketika Anwar kemaruk hendak menjadi Timbalan Presiden Umno, dahulu. Banyak pihak, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dipersalahkan oleh Tamrin dan kawan-kawannya kerana “tidak menyelamatkan” Tun Ghafar. Hari ini, selepas Tun Ghafar meninggal dunia, Tamrin dilihat mendapat tempat di pentas pembangkang.


Malangnya, dia tidak mempunyai cukup keberanian untuk mengumumkan dirinya keluar Umno dan mahu menyertai PKR, DAP atau PAS. Sebab, Tamrin mahu namanya disebut oleh Presiden Umno atau Setiausaha Agung Umno apabila pemecatan berlaku. Barulah ada “harga sikit”. Kata bijak pandai, jangan marah kalau diri kita tidak dihargai, tetapi kecewalah jika diri kita sudah tidak berharga lagi. Hari ini, Tamrin yang mendapat banyak nikmat dari Umno dan BN (pasti dia akan menafikannya) sudah mahu menjauhkan diri dari Umno dan BN kerana khabarnya mendapat kelulusan permohonan tanah di Kelantan dari Kerajaan PAS. 


 Selama ini, dia tidak hidup kerana Umno? Adakah selama ini PAS yang menyebabkan dia boleh mamakai gelang tangan emas suatu ketika dahulu? Dia tidak boleh marah Umno kalau dia banyak hutang sekarang kerana hutang yang dia tanggung bukan kerana Umno buat tetapi dia sendiri yang berhutang.


 Itupun kalau dia sudah hutang. Kalau ada barang yang dia minta, tetapi tidak dapat, dia jangan marahkan Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kerana “takkanlah dia aje yang tahu minta. Orang lain pun nak minta juga. Takkanlah dia aje yang tahu mewah, orang lain pun nak mewah juga. 


Ketika dia sudah hilang segala kemewahannya, orang lain bari teringin nak rasa sekali, mewah tu apa?” Dari jauh, kedengaran sayup-sayup suara yang entah dari siapa mengatakan, silakan wahai saudara Tamrin Ghafar untuk meninggalkan Umno…. tunggu apa lagi!

Tiada ulasan: