Rabu, 27 April 2011

Alias Alor Limbat Rupanya ‘Pengecut’



Benarkah apaa yang diucapkan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Alor Limbat, YB Alias Abdullah ini?
Menurutnya, UMNO Terengganu sudah pulih dan semua wakil-wakil rakyat berdiri teguh menyokong Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Menurut Alias yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang “musuh kita yang sebenar ialah bukan sesama kita dalam Umno, tetapi musuh kita yang sebenar ialah lawan kita yakni pembangkang. Sebenarnya musuh tidak kuat, yang membuat kita tewas ialah bila kita tidak bersatu, kalau kita tidak bersatu,kita masuk gelanggang sebagai calon, kita masuk dalam keadaan kepala berdarah dan sudah lemah kerana bergaduh sesama sendiri, maka sukarlah untuk menang berdepan lawan sebenar" kata Alias dalam anologinya.

Selanjutnya Alias menyatakan beliau mengucap terima kasih kepada Datuk Sri Mohd Najib Razak kerana memberi supremo kepada kepimpinan Umno Terengganu dengan melantik Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Kata Alias, Ahmad Said adalah seorang pemimpin yang mempunyai 'supremo'dan supremo itu telah diberikan oleh Presiden parti yang perlu semua kita akur dan sokong, katanya.

Terkejut kerana Alias adalah antara dua ADUN UMNO paling kuat menentang Ahmad Said (seorang lagi ADUN Bukit Besi - YB Datuk Din Adam). Bukan sekadar kenyataan dan tindakannya, malah ada kejadian Alias sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam ‘menggerudi’ orang Ahmad Said seperti Datuk Wan Ahamad Wan Muda (Timbalan Setiausaha Kerajaan) dalam beberapa perkara.

Bukan rahsia lagi Alias memang geram dengan Ahmad Said dan sesiapa pun yang dianggap ‘orang Ahmad Said’ dibelasah habis-habis!

Tetapi tiba-tiba sahaja Alias membuat kenyataan mengatakan semua ADUN UMNO ikrar sokong Ahmad Said pada kerika pilihan raya umum akan menjelang, banyak perkara boleh dipersoalkan.

Berucap pada program retreat UMNO Bahagian Marang petang semalam (22 April) Alias bagaikan sudah lupa atau sengaja melupakan beberapa perkara.

Pertama, dengan membuat kenyataan sedemikian, apakah Alias sudah merujuk kepada semua ADUN? Apakah ADUN seperti Datuk Din Adam (Bukit Besi) kini menyokong Ahmad Said;
Kedua, dengan mengatakan semua ADUN menyokong, apakah Alias sudah bertanyakan Datuk Seri idris Jusoh?

Ini pun manusia yang sedang ‘minta nyawa politik’ tetapi beliau tidak pun membuat kenyataan seperti Alias. Apakah Idris menyokong Ahmad Said?;

Ketiga, kenyataan Alias yang dibuat lama selepas Ahmad Said diumumkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu dan kebetulan hampir pilihan raya - walaupun memang memberikan kelebihan kepada kekuatan UMNO - tetapi Alias sendiri bagaikan ‘minta nyawa’.
Kalau sebelum ini ramai ADUN yang ‘minta nyawa’ Alias yang selama ini bangga sebagai ADUN yang berkhidmat kepada rakyat dan ‘tinggi kedududkannya di mata masyarakat’ kerana beliau berlatarbelakangkan peguam, tidak perlu takut kepada pengaruh Ahmad Said.

Dengan menyatakan sokongan dan melibatkan pula ADUN lain, Alias nampak sangat ‘pengecut’ dan tidak sehebat mana.

Rupa-rupanya takut juga dia dengan Ahmad Said.

(Dipetik dari http://teganukini.blogspot.com/)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mohon link..
http://mohfas7.blogspot.com