Oleh Zainal Yusof
TERTARIK saya membaca tulisan Tengkujoh Tengkorak (Tengku Joh Tengku Rak) yang bertajuk Silap lantik Zainal Aznam di NEAC, semalam, ekoran berita yang tersiar dalam Malaysiakini mengenai perlantikan Tan Sri Mohd Isa Abd Samad sebagai Pengerusi Felda.
Dua lagi blog saya terjumpa, http://politikputramerdeka.blogspot.com dan http://penarikbeca.blogspot.com turut mempertahankan Mohd Isa dari serangan dua orang ini, Zainal Aznam Mohd Yusof (NEAC) dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Maybank Investment).
Mohd Isa dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggantikan Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor menjadi Pengerusi Felda. Mohd Isa bukan sahaja layak untuk dilantik menjadi Pengerusi Felda malahan, jauh lebih layak dari Zainal Aznam dan Tengku Zafrul untuk duduk di NEAC atau di Maybank Investment.
Mempertikaikan perlantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri, adalah kerja pembangkang. Sebelum ini, yang menjerit-jerit supaya Perdana Menteri menarik balik perlantikan ini ialah Mazlan Aliman, anak seorang peneroka di Johor yang kini menjadi ahli Pas.
Ini kerja Mazlan yang mungkin disuruh oleh Pas kerana Pas memang tidak dapat masuk ke Felda kecuali dengan menabur fitnah dan menghasut.
Ada beberapa orang lagi dalam Pas, termasuk Idris Ahmad yang merupakan Ketua Penerangan Pas turut menyerang perlantikan Mohd Isa.
Hari ini, kerja-kerja yang Pas buat itu dikongsi bersama oleh Zainal Aznam dan Tengku Zafrul, yang menjadikan mereka berdua digelar sebagai ‘anjing pembangkang’.
Kedua-dua orang ini lupa bahawa jika mereka menyentuh Perdana Menteri yang merupakan Presiden Umno, mereka sebenarnya melukakan hati 3.2 juta ahli Umno yang memilih Mohd Najib menjadi Presiden Umno.
Setakat hari ini, Zainal Aznam dan Tengku Zafrul baru menerima serangan dari tiga blogger yang dikatakan sebagai pencacai Mohd Isa (lihat http://bloglistpolitik.blogspot.com dan http://hamirdin.blogspot.com) tetapi jika Zainal Aznam dan Tengku Zafrul tidak mahu sedar dan berhenti membuat kerja-kerja yang bukan kerja khususnya ini, tunggulah serangan yang lebih dahsyat lagi.
Mereka berdua boleh mendabik dada kerana mereka menyifatkan mereka terpelajar. Tetapi, Tengku Zafrul perlu bertanya kepada dirinya sendiri apa yang sudah dia lakukan di Maybank dan Tune Grup sebelum ini?
Yang pasti dia sudah kaya. Orang Umno tahu tetapi bukan cara orang Umno menyerang anak-anak Melayu yang berjaya dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang baik-baik.
Memang inilah agenda politik Umno iaitu memperjuangkan nasib bangsanya dari bangsa yang susah dan miskin menjadi bangsa yang mempunyai kedudukan dan pelajaran.
Malangnya, agenda poliitk Melayu Umno ini tidak dijiwai oleh Tengku Zafrul. Barangkali, kerana dia datangnya dari keluarga tengku menyebabkan dia tidak tahu pahit dan maung orang Melayu yang berkorban jiwa dan raga menjadikan Tanah Melayu ini seperti apa yang ada sekarang.
Begitu juga dengan Zainal Aznam. Usahlah usia tuanya dan kulit yang berkedut itu mahu dihabiskan dengan mengutuk dan menyerang kepimpinan Umno.
Negara ini memilih kerajaan dengan pilihan raya. Zainal Aznam mahu bertanding di mana? Dia mahu bertanding di Batu Caves? Bangsat sungguh manusia seperti ini, menikmati hasil perjuangan Melayu, tetapi menggunakan kedudukan untuk menyerang Mohd Isa yang jauh berjasa dari dirinya.
Senaraikan jasa-jasa Zainal Aznam dan senaraikan jasa-jasa Mohd Isa. Mari kita bahaskan satu demi satu. Tetapi, Melayu tidak perlu bergaduh sampai macam ni sekali, namun, seperti tulisan Tengkujoh Tengkorak, mereka yang sejenis dan spesis seperti Zainal Aznam dan Tengku Zafrul ini perlu diajar kerana mereka tidak sedar bahawa mereka hidup atas jasa dan perjuangan orang-orang Melayu dalam Umno.
Apa yang mereka nampak, jangan beri jawatan kepada orang politik.Semua jawatan dalam GLC mahu mereka dan anak beranak mereka kaut. Orang politik yang menuntut kemerdekaan, mengilhamkan penubuhan GLC termasuk Felda dan NEAC, disuruhnya jadi hamba kepada rakyat dan hasil kejayaan GLC, mereka dan anak beranak mereka nak telan semuanya.
Kalau diibaratkan GLC itu sebagai sawah padi, mungkin mereka mahu orang politik menjadi kerbau yang membajak sawah. Tetapi bila padi menguning, hasilnya mahu dituai oleh mereka.
Keturunan seperti ini, kalau di zaman dahulu, bukan sahaja kediamannya perlu dimusnahkan tetapi tapak kediamannya perlu dicungkil dan tanahnya dilemparkan ke laut.
Mereka tidak cerdik dan mereka tidak sedar diri. Mereka tidak tahu asal usul negara ini dan mereka ingat kemajuan dan pembangunan ini berlaku dengan sendirinya. Apakah hasil jerit pekik pembangkang di atas jalan raya menjadikan Felda berjaya hingga ke tahap sekarang?
Cuba bertanya dengan pegawai-pegawai di Felda, mereka selesa memakin kot dan tali leher itu kerana perjuangan mereka sahaja tanpa sumbangan dari pemimpin politik yang sudah meninggal dunia dan yang sedang berkhidmat sekarang?
Saya mahu mencadangkan Zainal Aznam dan Tengku Zafrul berpindah dari Malaysia dan mencari peluang di negara luar jika mereka bencikan orang poliitk khususnya orang Umno di Malaysia ini.
Terlalu kasar Tengkujoh Tengkorak mengatakan kedua-dua mereka ini hanya boleh jadi penjaga pusat perlancuran sahaja jika mereka di Thailand tetapi saya pula merasakan kedua-duanya ini boleh diterima menjaga pintu tandas di Stesyen Keretapi Bangkok.
Cerminlah muka masing-masing sebelum muka masing-masing menjadi tengkorak (baca: mati). Kalau sedar diri, usahlah keterlaluan mengkritik.
Pasaran jatuh atau naik, termasuk kebimbangan pelabur dan sebagainya bukan kerana Mohd Isa tetapi kerana ada seekor dua anak-anak bangsat yang duduk di kerusi empuk dalam NEAC dan Maybank menjaja cerita yang tidak elok mengenai kepimpinan negara dan kepimpinan Umno.
Berilah sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri dan sokonglan tindak-tanduknya kerana kehebatannya bertindak, berfikir dan merancang terlalu hebat jika mahu dibandingkan dengan tindakan, fikiran dan rancangan Zainal Aznam dan Tengku Zafrul.
Ketahuilah, perlantikan orang politik seperti Mohd Isa di Felda adalah untuk memantau pengisian dan aspirasi politik serta mengikat GLC supaya tidak tersasar daripada tiang dan sauh politik.
GLC adalah ‘kepunyaan kerajaan’ dan kerajaan ini adalah kerajaan Umno bukan kerajaan emak dan bapak Zainal Aznam yang bernama Mohd Yusof dan Tengku Zafrul yang bernama Tengku Abdul Aziz.
Kepada kedua-dua mereka ini, saya nak beritahu bahawa Pas mempunyai satu koperasi. Kalau tak silap namanya Kohilal. Pergilah jadi Pengerusi atau CEO kat situ…nak tengok apa yang mereka berdua boleh buat nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan