Jumaat, 24 Disember 2010

Alahai…mereka yang dilanda sindrom bisu

Oleh Ahmad Haji Ishak




DARI segi peraturan mesyuarat dewan, memang tiada tindakan boleh diambil terhadap mana-mana wakil rakyat yang tidak bercakap atau turut membahaskan usul dan rang undang-undang.
Begitulah juga dengan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, apabila ada empat ADUN yang tidak bercakap apa-apa, mereka boleh terus bergelar YB dan boleh terus mengambil gaji dan elaun yang layak mereka terima, tanpa apa-apa potongan.

Cuma dari segi moralnya, mereka berempat ini, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid, datuk Din Adam dan Mohd pehimi Yusof bolehlah dianggap sebagai ADUN yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka kepada pengundi yang memilih mereka.
Keempat-empat ADUN ini sebenarnya cuba untuk mencemarkan nama baik Umno dan BN yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Mungkin, mereka tidak mahu nama Umno kembali harum di Terengganu. Jika mereka tidak mempunyai perasaan sedemikian, mengapakah mereka melakukan kerja-kerja yang boleh mencemarkan nama baik Umno?
Persidangan DUN sebenarnya bukan dijalankan setiap bulan. Jadi, jika setahun hanya sekali atau dua kali persidangan, tidak mereka gunakan untuk menyampaikan hasrat rakyat yang mereka wakili, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bolehlah menggugurkan sahaja mereka ini dari menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal sepatutnya boleh memikirkan kembali kedudukan Idris Jusoh sebagai Pengerusi MARA kerana ternyata Idris tidak menguntungkan Umno dengan tingkah lakunya selama ini.
Sepatutnya Idris bersyukur kerana dia masih diberikan tempat dalam kerajaan walaupun macam-macam sudah dia lakukan selama ini, tetapi dia nampaknya jenis manusia yang tidak tahu bersyukur.
Bayangkan, dia sanggup melibatkan dirinya dengan sekumpulan ADUN-ADUN yang kurang cerdik untuk memboikot persidangan DUN tidak lama dahulu.
Kalau dia seorang yang cerdik, mustahil dia sanggup melakukan perkara seumpama itu.
Lebih malang, ada pihak yang mendakwa, semua ini adalah rancangan Idris dengan bantuan dan kerjasama dari bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Dr. Ahmad Ramzi.
Umno dan BN Terengganu bertuah kerana mendapat seorang Menteri Besar seperti Datuk Seri Ahmad Said yang penyabar.
Walaupun macam-macam beliau difitnah, disabotaj dan tidak diberikan kerjasama, tetapi beliau masih bekerja keras untuk memberi sumbangan kepada Umno di peringkat Pusat untuk terus berkuasa.
Ada pihak mendakwa, zaman kepimpinan Idris sudah berlalu. Ketika Idris menjadi MB Terengganu, beliau terlalu rapat dengan taikun dari luar yang dikatakan membolot pelbagai projek besar.
Tingkah laku Idris itu dikatakan menjadi penyebab mengapa rakyat membenci Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Malahan, banyak projek yang Idris luluskan, dikaitkan dengan ‘lampu hijau’ dari Tun Abdullah walaupun kebenarannya tidak diketahui.
Sifir yang paling mudah, Idris sebenarnya mahu menetang Istana Terengganu apabila dia masih bersikap seperti tidak normal ketika berada di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Jika dia tidak bertindak sedemikian rupa, mungkin rakyat Terengganu dan Istana Terengganu sudah boleh memaafkan Idris dengan tingkah lakunya selama ini, tetapi disebabkan dia masih menyombong dan mahu terus berkonfrantasi, maka selama-lamanya Istana Terengganu dan rakyat Terengganu tidak akan dapat memaafkannya.
Apa yang menjadi malang lagi, Rosol Wahid yang bertindak mahu membuktikan kesetiaannya kepada Idris turut terbabit hingga menyebabkan masa depan politiknya gelap gulita.
Rosol sudah terlajak dari segi perbuatannya sedangkan dia sepatutnya tidak begitu terburu-buru di dalam membuktikan kesetiaannya kepada Idris.
Din Adam pula, menolak perlawaan untuk menjadi Exco oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said dengan meninggalkan pesan kepada orang lain, bahawa dia tidak mahu menerima perlawaan Datuk Seri Ahmad Said itu.
Akhirnya, dia sendiri yang kecundang. Hasratnya untuk bertanding dan memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Dungun, ternyata hampa apabila dia kalah di tangan bekas YB Datuk Dr Rosli Mat Hassan.
Khabarnya, bekas budak suruhannya, Abd Mubin Ismail pun sudah mula menyerangnya dengan kata-kata, Din Adam ni seorang yang ‘tidak cukup inci’.
Budak suruhan Din Adam ini, seperti sibuta kehilangan tongkat apabila dia kehilangan jawatan sebagai budak suruhan.
Tugasnya kini, mengendalikan blognya – jarang anak Melayu, untuk membelasah dan menghina Datuk Dr. Rosli Mat Hassan.
Siapa yang mengupahnya melakukan kerja-kerja itu, hanya lembu yang memakan rumput sahaja tahu kisah nya kerana Abd Mubin ini memang spesis yang hampir pupus.
Kalau ada ihsan dari pihak kerajaan negeri, lindungilah spesis Abd Mubin ini, bimbang kalau-kalau pupus nanti, generasi akan dating tidak dapat mengenalinya dengan cermin mata besar dan berbelang-belangnya.
Dia tidak akan menulis, kalau rumput sudah habis dibahamnya. Bila rumput sudah semakin berkurangan, dia akan menulis semula dan topiknya tidak pernah pergi jauh, selain dari kisah Dungun dan Datuk Dr. Rosli Mat Hassan.
Barangkali bekas budak suruhan Din Adam ini mengharapkan Datuk Dr. Rosli Mat Hassan memberi respon kepada tulisan-tulisannya, tetapi ia tidak berlaku.
Malahan, ia tidak menghalang Ketua Umno Bahagian Dungun ini dariapada terus bekerja membantu anak-anak bumiputera untuk menjadi pelajar-pelajar yang cemerlang.
Sementara itu, Mohd Pehimi Yusof, tidak banyak aktiviti kecuali menyatakan sokongan sehidup dan sematinya dengan Idris Jusoh.
Kalau boleh, mungkin dia hendak mati dalam satu liang lahat dengan Idris Jusoh. Apa sebabnya, mungkin kerana dia merasakan tanpa Idris, dia tidak akan bergelar YB seperti sekarang ini.
Hanya kerana alasan itu, dia sanggup memusnahkan Umno dengan tindak-tanduknya termasuk melibatkan diri dalam Geng 10 Budak Hitam dan kini, Geng Empat yang dilanda sindrom bisu.
Alahai…Pehimi, Rosol, Din dan Idris….apa sudah jadi?

2 ulasan:

ANAK WAWASAN berkata...

Petualang dalam perjuangan akan dikategorikan gunting dalam lipatan...kerana mereka tidak bersyukur dan tidak redha..itulah akibatnya...tawakal

orac arec berkata...

Dato Najib tak nampak ke benda ni?!