Oleh Abdul Rahim Sabri | |||
|
"Yang membuat keptusan adalah ahli jawatankuasa displin dan ia lebih kepada keputusan pentadbiran atau pengurusan.
"(Mereka) bukan diadili di mahkamah, (mereka) tidak diadili melalui satu proses undang-undang yang sebenarnya," kata Zubir dalam satu sidang akhbar di ibunegara petang ini.
Menurutnya, PERKASA bersedia membantu menyediakan khidmat guaman untuk kedua-dua individu itu sekiranya mereka bercadang mengambil tindakan undang-undang.
Dalam sidang akhbar itu juga, timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman Bakar kesal dengan tindakan kerajaan tersebut yang menurutnya "begitu pantas mengambil tindakan terhadap mereka".
"Sedangnya banyak isu-isu perkauman yang dibawa oleh bukan Melayu, tidak diambil tindakan oleh kerajaan.
"PERKASA merasakan seolah-olah apa sahaja yang disuarakan oleh orang Melayu akan dianggap semuanya salah, kalau ia tidak menguntungkan kaum Cina," katanya ketika membaca satu kenyataan.
Abdul Rahman juga sebaliknya mendakwa apa yang disuarakan oleh kaum itu "dianggap semua tidak salah biar pun tindakan kaum Cina tersebut mencabar perkara-perkara di dalam Perlembagaan Negara".
"Lihat sahaja produk sekolah Cina seperti Namewee yang penuh dengan sikap rasis, kurang ajar dan tidak mampu berbahasa kebangsaan. (Dia) tidak pula dikecam oleh pemimpin Cina baik dari BN mahupun Pakatan Rakyat.
"PERKASA merasa kesal dengan tindakan kerajaan yang begitu cepat mendenda iklan raya TV3 sebanyak RM50,000 kerana menyentuh sensitiviti kaum tetapi video Namewee terlepas daripada tindakan," katanya.
"Kegagalan kerajaan berbuat demikian akan menyebabkan lebih ramai bukan Melayu seperti Namewee akan muncul dan ini akan menyebabkan kerajaan huru-hara," katanya.
Abdul Rahman juga mendesak peguam negara supaya mengambil tindakan terhadap Malaysiakini kerana didakwa menghina sultan-sultan Melayu apabila mendakwa bahawa mereka berada di bawah telunjuk Umno.
Menurutnya, PERKASA berpendapat Malaysiakini tidak boleh berselindung di sebalik pandangan pembaca kerana sebagai penerbit, mereka harus bertanggungjawab.
Sementara itu, Ketua Wira perkasa Arman Azha Abu Hanifah pula berkata pihaknya akan mengadakan rundingan meja bulan dengan NGO, tokoh agama dan wakil majlis agama Islam berhubung cadangan kerajaan mahu menjadikan Malaysia hab hiburan.
Menurutnya, rundingan itu akan dibuat selepas Hari Raya Haji.
"Kita akan mendapatkan pandangan akar umbi Melayu, dari ulama dan Majlis Agama Islam.
"Apabila mendapat kata putus, kita akan bertemu dengan kerajaan," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar tersebut.
(Dipetik dari http://malaysiakini.com/news/147952)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan