Cikgu Mubin (Abdul Mubin Ismail) – (layak ke di panggil Cik gu?) dalam entri blognya 14 Mei 2009 berkata: “Ini adalah perancangan daripada Deris Jusoh dan Deris Jusohlah dalangnya.” Tambah Mubin lagi “Kalaupun (ulang : kalaupun) nak dikatakan sms itu sebagai satu konspirasi terancang oleh Deris Jusoh and the geng untuk memalukan dan menurunkan Mat Said - apa salahnya?”
Mubin seterusnya menulis “ ..... sms ugutan berkenaan yang dijadikan alasan untuk '10 budak hitam' tidak menghadiri sidang DUN seterusnya dianggap sebagai konspirasi mereka yang sengaja dibuat (dengan sms berkenaan) bagi menjatuhkan kepimpinan Mat Said sebagai MB Terengganu.”
Isu SMS Ugutan Bunuh ini merupakan satu perancangan yang teliti yang mana Mubin telah secara terancang menulis rentetan peristiwa sebelum, semasa dan selepas peristiwa berkenaan dalam blognya.
Dalam entri pada 18 April 2008, Mubin masukan salinan laporan penuh isu sms ugutan bunuh yang disedia dan ditandatangani oleh Alias bin Abdullah pada 14 April 2009 atas kapasiti SU Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu yang mempunyai banyak keraguan.
Alias melaporkan pada para 3. a) “Pada 13hb April 2009 lebih kurang pukul 11.25 mlm YB Dato Rosol bin Wahid ADUN Ajil telah menerima sms ugutan bunuh dari telefon bernombor +31234567890 begin_of_the_skype_highlighting +31234567890 end_of_the_skype_highlighting yang berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?” (Laporan Polis K. Berang 647/09)”. Tetapi mengikut salinan log yang dicetak daripada handphone Rosol sebagai lampiran kepada laporan tercatat SMS berkenaan diterima pada Isnin, 13 April 2009 jam 8.25 pagi.
Dalam laporan akhbarnya Rosol mengesahkan nombor ini dihantar melalui komputer. Nombor +31234567890 begin_of_the_skype_highlighting +31234567890 end_of_the_skype_highlighting merupakan kod dari Negara Belanda. Walau bagaimana pun memang benar mengikut keterangan di Mahkamah nombor ini memang terdapat dalam log sms blast daripada keterangan saksi bernama Hazwan.
Menurut Hazwan semasa kejadian Rosol guna handphone yang berdaftar dengan Maxis yang mempunyai system keselamatan yang tinggi dilengkapi dengan “spam filter” yang menghalang daripada mempamirkan nama atau nombor penghantar yang dipalsukan. Oleh itu Rosol menerima nombor random yang dikeluarkan oleh komputer melalui sistem sms blast milik syarikat Hazwan.
Persoalannya, macam mana Rosol tahu dia sms terima daripada computer ? Siapa yang bagi tahu Rosol ? Menghairankan lagi bagaimana Rosol boleh dakwa dia terima sms itu daripada Wan Ahamad ?
Alias melapor pada para 3. b)” Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21 malam, YB Abd Halim bin Jusoh ADUN Permaisuri telah menerima sms ugutan yang sama kandungan daripada telefon bimbit bernombor 0199158369 yang dipercayai milik Wan Ahmad bin Wan Muda, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu. (Laporan Polis K.Terengganu No.003286/09). “ Tetapi Halim pada sidang akhbar yang boleh dilayari pada youtube di Buletinonline.Net menyatakan beliau mengesan nombor yang diterima milik Wan Ahamd setelah beliau membuat semakan kepada buku diary kerajaan negeri. Perkara ini bercanggah salinan log yang dicetak daripada handphone Halim dalam laporan Alias turut melampirkan catatkan sender ID daripada handphone Halim sebagai “Hj W Ahmad SUSK MB <+60199158369>."
Lebih menghairan lagi, walaupun Ketua Polis Terengganu memberi jaminan bahawa Terengganu selamat, mereka teruskan tindakan memulau sidang Dewan Undangan Negeri pada pagi 14 April 2008. Walaubagaimanapun kerana takutkan arahan PM mereka masuk terpaksa masuk juga sidang Dewan Undangan Negeri pada sessi petang.
Lagi menghairankan walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib pada 15 April 2009 dan Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa Wan Ahamad ketika itu Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar tidak melakukan kerja ‘gila’ itu.
Berita Harian Online (15 April 2009) melaporkan komen Najib berikut: – "Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”
Sinar Harian (23 April 2009) pula melaporkan: "Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini."
Namun kumpulan ini masih tidak berhenti menghentam Wan Ahmad dalam ceramah, kenyataan akhbar dan blog mereka.
Mubin dalam blognya jelas memfitnah bukan sahaja Wan Ahmad malahan Dato’ Shukri Dahlan Ketua Polis serta pihak istana juga difitnahnya (sila linat entri Mubin pada 14 April 2009)
Pada 27 Oktober 2010 kes SMS Ugutan Bunuh yang menjadi prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu tiba-tiba meletup nama Derih Jusoh dalam isu sms ugutan ini.
Apa yang menarik ada empat laporan iaitu Bernama (klik sini), blog ini, teganuku dan hambali1 yang ditulis cara berlainan tetapi menyebut Datuk Seri Idris Jusoh - bekas Menteri Besar Terengganu.sebagai aktor penting dalam isu ini.
Saksi terbaru yang merupakan kakitangan bawahan kepada Idris dan Ramzi di Ibu Pejabat UMNO mengatakan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir yang menyuruh beliau menggendalikan aplikasi penghantaran SMS Ugut Bunuh berkenaan. Dalam sms Romzi kepada saksi itu meminta dia dan bosnya dilindungi oleh saksi. Oleh itu kita boleh membaca siapa Dr Ramzi dan hubungannya dengan Idris dalam isu ini.
Perbicaraan pada 26 dan 27 Oktober 2010 telah bertukar rentak, yang menjadi fokusnya bukan lagi Ahmad Ramzi atau Wan Ahmad, tetapi Derih Jusoh yang menjadi tumpuan. Peguambela bermati-matian cuba mempertahankan Idris Jusoh dalam prosiding Mahkamah yang sepatutnya menyelamatkan Ramzi sebgai OKT tetapi bertukar kepada Derih Jusoh.. Ramai pemerhati menjadi tertanya-tanya kenapa Peguambela membela Derih Jusoh tidak Ahmad Ramzi ?
Berdasarkan fakta diatas, Pendakwa Raya pasti memanggil Derih Jusoh sebagai saksi penting dalam perbicaraan akan datang. Jadi adillah tidak Romzi, Rosol, Halim, Zakaria dan Alias sahaja yang hadir memberi keterangan di Mahkamah. Derih Jusoh juga perlu memberi keterangan bagi membantu Ramzi.
Entri dalam blog ohsedapnya.blogspot.com mengulas “Yang menarik, selepas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh – Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd.Zubir disoalsiasat dan hasilnya menjurus ke arah beliau ‘turut terlibat’ dengan penghantaran SMS itu, mahkamah dikejutkan pula dengan nama baru ‘ Idris Jusoh’ di sebut dalam mahkamah, seolah-olah ‘terlibat sama’. Pendedahan di mahkamah mengenai penggunaan sms blast menunjukkan Idris bijak menggunakan teknologi mutakhir – blast sms – untuk kempennya. Namun menyedihkan sedikit jika kemudahan itu jika terserlah digunakan untuk ‘menyerang Ahmad Said’ melalui SMS Ugut Bunuh.”
Blog berkenaan mengulas lagi “Lainnya kes di mahkamah yang membicarakan “SMS Ugut Bunuh’ yang kini berlangsung mulai semalam hingga esok (26 hingga 28 Oktober 2010).Salah seorang saksi utama, Datuk Wan Ahamad Wan Muda tidak perlu hadir pun di mahkamah kini kerana perbicaraan memasuki fasa pertanyaan untuk kumpulan yang bertanggungjawab menghantar SMS berkenaan.Semalam ketika perbicaraan disambung, Wan Ahamad berada di London dan dijangka pulang hari ini. Dia mengikuti lawatan kerja yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah”.
(Dipetik dari http://teganukini.blogspot.com/2010/10/mubin-sahkan-idris-jusoh-dalang.html)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan