oleh christine chan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui bahawa jentera pilihan raya Barisan Nasional agak ketinggalan zaman dan tidak dapat menandingi jentera DAP yang lebih inovatif. Katanya, jika dibandingkan kedua-duanya, jentera BN kurang kreatif dan bertenaga. Najib berkata, BN di semua peringkat termasuk bahagian dan negeri perlu menggunakan kekalahan ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran untuk melakukan pembaharuan yang perlu. "Kerana salah satu daripada kekuatan BN selama ini ialah jenteranya tapi kalaulah jentera BN ini kurang bertenaga dan kurang dari segi kreativitinya, maka kita agak kehilangan kelebihan kita," katanya. "DAP agak agresif dan menggunakan isu-isu sensitif semasa berkempen. Mereka juga banyak menganjurkan pelbagai majlis dan ceramah, khususnya pada sebelah malam,” katanya. Najib berkata, kekalahan BN semalam harus dijadikan sebagai satu peluang untuk mereka bangkit semula dengan semangat dan kekuatan baru supaya dapat merampasnya kembali pada pilihan raya umum nanti. Calon DAP, Wong Ho Leng menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan kelebihan 398 undi bagi kerusi yang sebelum ini diwakili oleh BN. Sambil melahirkan rasa kecewannya, Najib berkata, sebenarnya kekalahan itu terlalu tipis dan apa yang BN perlu lakukan sekarang ialah mengkaji segala kekurangan yang mungkin wujud dan melakukan pembaharuan dan penambahbaikan termasuk kepada jentera BN. Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata walaupun kalah, tidak perlu berlaku sebarang proses menuding jari sebaliknya semua pihak dalam BN perlu melihat secara mendalam apa yang telah berlaku terutama sekali sekiranya ada kelemahan yang perlu diatasi manakala mesej sebenar pengundi Sibu perlu dihalusi. Najib, yang turut berkempen pada pilihan raya kecil itu, berkata satu daripada faktor yang beliau lihat menyumbang kepada kekalahan BN ialah cara jentera BN yang masih bergerak pada kaedah dan cara lama. ---malaysiakini |
1 ulasan:
saksikan ceramah saya bertajuk "ANWAR IBRAHIM TAGHUT YAHUDI APCO" di http://www.youtube.com/watch?v=4omw9YYzd6Q
Catat Ulasan