Rabu, 7 April 2010

Buku Kemelut Politik Terengganu : Kenapa tuduh Pok Li?


Oleh Zainal Yusof

SAYA menyiapkan buku Kemelut Politik Terengganu dalam masa enam bulan. Semua tulisan yang dikumpulkan untuk menjadikan ia sebuah buku sudah pernah tersiar dalam blog ini http://citra-bangsa.blogspot.com.
Malangnya, apabila buku itu siap dan mula diedarkan, maka ada yang menuduh Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan sebagai penaja yang menyebabkan buku itu berada di pasaran.
Kenapa buat dosa kering? Kenapa orang kita suka memfitnah? Kenapa bila ada buku yang mempertahankan seorang Menteri Besar dari serangan bertubi-tubi, maka ia dianggap sebagai buku tajaan?
Yang peliknya, bila ada penulis yang menggunakan blog mereka menyerang Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said secara terus menerus sejak YAB Datuk Ahmad diperkanankan pihak Istana Terengganu menjadi Menteri Besar penulis, blogger dan blog itu tidak dituduh ada penaja di belakang mereka?
Saya cukup pelik cara orang kita berfikir. Kononnya yang menentang dianggap hero manakala yang bertahan dianggap penjahat!
Datuk Ahmad Said sebenarnya tidak perlu dipertahankan jika tiada siapa menyerangnya. Jika yang menyerang Datuk Ahmad Said merasakan mereka mempunyai penyokong, kenapa mereka tidak pernah mahu berfikir bahawa Datuk Ahmad Said juga mempunyai penyokong?
Kalau dalam Geng 10 ada Datuk Din Adam, kenapa di kalangan mereka yanjg menyokong Datuk Ahmad Said tidak boleh ada Zainal Yusof?
Seorang kenalan memberitahu, ada usaha mengesan siapakah Zainal Yusof ini? Orang Melaka? Orang Terengganu? Atau orang Johor?
Sebenarnya, isu di sini bukan siapa dan dari mana Zainal Yusof datang tetapi lihatlah apa yang terkandung dalam buku bertajuk Kemelut Politik Terengganu itu? Adakah ia salah? Adakah ia fitnah atau hanya cerita rekaan yang mahu merosakkan sesiapa?
Kepada mereka yang sudah memiliki buku ini, bacalah dengan dada yang lapang dan buatlah ulasan sendiri apakah betul orang yang mahu merosakkan Umno dan BN, dengan menyerang Menteri Besar atau Menteri Besar sekarang tidak perlu dipertahankan kerana beliau orang Kemaman?

(Sesiapa yang masih berminat untuk memiliki senaskhah buku ini hantar pesanan kepada PENERBITAN DAN EDARAN MIIDI di alamat 49-2-16, Desa Tasik Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur dengan menyertakan cek/wang pos bernilai RM20. Pos percuma dengan menyertakan nama penuh dan alamat lengkap untuk urusan pengiriman).

Tiada ulasan: