Semasa Terkini

Berkongsi maklumat dan menambah pengetahuan

Selasa, 27 April 2010

Alahai Tamrin…


Oleh: ROSLI ISMAIL

Nama Tamrin Ghafar ( baju hitam) sudah lama tenggelam dalam arina politik walaupun beliau anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

Sebut namanya mungkin ramai kalangan generasi muda kini tidak tahu siapa beliau.

Paling tinggi jawatan yang pernah disandangnya dalam UMNO ialah Exco Pergerakan Pemuda UMNO di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua pergerakan itu dulu.

Tiba-tiba Jumaat malam lalu sewaktu majlis ceramah Anwar di kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor di Bandar Sungai Buaya beliau muncul diatas pentas bersama-sama pemimpin pakatan pembangkang di situ.

Bagi yang mengenali beliau,kelibatnya di pentas pembangkang agak menghairankan.

Ini kerana tidak kedengaran apa-apa cerita sebelum ini beliau hendak ‘ beralih angin’ lebih-lebih lagi arwah bapanya dikenali sebagai tokoh yang terus tenggalam timbul dengan UMNO dalam keadaan apa sekalipun termasuk ketika Anwar ‘ membungkusnya' dari jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993.

Antara yang geram habis dengan aksi Tamrin ialah cucu saudara Ghafar yang juga anak saudaranya, Zahid Md Arip.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional ( sekarang PKR) itu dalam reaksi spontannya menyifatkan Tamrin ‘ gila glamour’.

“Saya rasa Tamrin bertindak begitu sengaja nak tarik perhatian pada dirinya.Perbuatan seumpama ini disaat BN sedang berperang di pilihanraya kecil adalah satu pengkhianatan kepada parti,”tegasnya.

Beliau yang diketahui cukup rapat dengan arwah Ghafar serentak dengan itu mendesak pimpinan UMNO bertindak terus memecat Tamrin dari parti.

“Ini perbuatan yang tidak perlu soal jawab dan tidak boleh dimaafkan,”kata Zahid yang juga merupakan salah seorang penceramah UMNO yang giat berkempen semasa pilihanraya kecil itu.



Katanya sekalipun Tamrin bapa saudaranya sendiri beliau mengambil pendirian yang tegas itu berasaskan pada prinsip.

Beliau kesal kerana ramai lagi bekas pemimpin UMNO yang tersisih dari mainstream politik parti masih terus bergiat memberi sumbangan tanpa apa-apa jawatan.

“Saya rasa Tamrin ini mahu namanya terus dilambung tetapi tidak menghulurkan sebarang sumbangan kepada parti,”katanya.

Katanya Tamrin tidak boleh terus merasa dirinya besar semata-mata kerana beliau anak kepada Ghafar.

“Bagi saya ini tidak lebih dari perbuatan orang yang gila glamour,”ujarnya.
Menurut Zahid apa yang sangat dikesalkan ialah beliau sendiri pernah melakukan kesilapan dengan menyokong Anwar sewaktu awal gerakan reformasi dulu.

Katanya setelah menyerahkan jiwa dan raganya kepada perjuangan membela Anwar itu beliau mendapati ia cuma ‘ indah khabar dari rupa’ dan omong kosong.

“Saya dah kesal dan bertaubat dengan kesilapan itu…sedihkanya kini Tamrin nak ulangi kesilapan saya,”ujarnya.-26/4/2010

(Dipetik dari http://agendadaily.com)

Posted by citra-bangsa

1 ulasan:

tamingsari berkata...

Tamrin lebih dikenali sebagai glamour boy dari sebagai pejuang boy. Berkemungkinan besar beliau sedang membuat persiapan untuk PRU13 akan datang dan telahpun dijanjikan kawasan.
Sedih melihat anak seorang pejuang Umno dan kemerdekaan sanggup menghancurkan nama baik ayahandanya. Hari ini beliau menyokong Anwar,orang yg menjatuhkan bapanya Tun Ghafar.
Sudah hilang akal!

28 April 2010 pada 12:23 PG

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Anda pelawat yang ke-

Entry Terkini

Mengenai Saya

citra-bangsa
berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang penulisan dan pemberitaan. Saya terlibat dalam dunia penulisan sukan, politik, rencana umum, buku politik,cerpen dan kisah-kisah misteri. Berminat untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan dalam perkembangan politik semasa dan terkini.saya mengalu-alukan sumbangan bahan2 politik untuk disiarkan di blog saya. Sila hantar ke gonibra@yahoo.com
Lihat profil lengkap saya

Click;

  • Pakej Jakarta-Bandung murah
  • Pakej melancong ke Bandung

Pengikut

Senarai Blog Saya

  • Tentera Maya
    1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
  • pahang ku
    UMNO TUNJANG PERJUANGAN ORANG MELAYU DAN ISLAM” - TENGKU AZLAN ISTIHAR TINGGALKAN BERSATU SERTAI UMNO
  • Klik Di Sini
    Jeng..Jeng..jeng..Video adegan HOT di hotel dilepaskan pagi ini..
Tema Awang-gemawang. Dikuasakan oleh Blogger.