Sabtu, 1 Mei 2010

alahai blogger dan kisah ahli parlimen Dungun


Oleh Ahmad Haji Ishak

ENTAH macam mana, tiba-tiba saya terbaca tulisan yang saya turunkan semula di bawah ini, khabarnya ditulis oleh seorang wartawan hebat bernama Jailani Harun. Saya kenal wartawan Jailani Harun yang dulunya bertugas di sebuah akhbar arus perdana tetapi tidak manjangkakan dia yang menulis artikel bodoh seperti ini, kecuali ada Jailani Harun ‘baru’.

Mustahil sebagai seorang wartawan yang boleh dianggap ‘senior’ tidak tahu etika menulis berita atau artikel walaupun mungkin dia diupah menulis bertujuan mahu memburuk-burukkan atau menaikkan seseorang.

Lebih malang, ada pula seorang Ahli Parlimen yang dipujinya itu menjadi ‘mangsa’ kerana cara dia memuji kehebatan Ahli Parlimen itu menunjukkan betapa rendahnya intergriti dan kebolehannya sebagai seorang wakil rakyat.

Amatlah tidak adil jika saya menuduh Ahli Parlimen Dungun, Matulidi terlibat dengan penulisan bodoh seperti ini tetapi mustahil pula kalau ‘tidak ada angin pokok boleh bergoyang’.

Maka, saya jemputlah semua pembaca layarilah blog yang saya anggap ‘kebudak-budakan’ ini dan mengulangilah membacanya beberapa kali untuk memahami maksud sebenar mengapa tulisan itu diposting di blognya.

Ketika Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan sudah melangkah jauh ke Tokyo, menyusun satu majlis meraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima anugerah kedoktoran, ada budak-budak di sini (di Dungun) menyusun satu rancangan untuk menyalahkannya sebagai ketua bahagian.

Apa salahnya jika seseorang ketua bahagian merasakan dirinya layak menjadi Ahli Parlimen? Atau, kalau ada seseorang bermimpin menjadi raja misalnya, apakah dia bersalah?

Kalau Jailani Harun sendiri mahu dan bercita-cita mahu menjadi Setiausaha Akhbar kepada YB Matulidi jika YB Matulidi menjadi Menteri suatu ketika nanti, ia tidak salah tetapi amatlah tidak betul (baca: salah) jika dia (Jailani Harun) merasakan orang lain, khususnya ketua bahagian tidak boleh diserap kepercayaan mereka layak menjadi Ahli Parlimen.

YB Matulidi tidak perlu gusar kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Dungun tergugat jika dia ada ‘quality’ sebagai seorang Ahli Parlimen dan wakil rakyat kecualilah dia gagal menjalankan tugas tersebut.

Kenapa blogger mahu mempertikaikan Datuk Dr. Rosli Mat Hassan hanya menjadi Ahli Parlimen Dungun hanya sepenggal? Kenapa tidak mahu percaya kepada rezeki, jodoh ajal maut dan tanah kubur sebenarnya adalah kuasa Allah swt?

Kenapa tidak mahu menyebut ketika Datuk Dr. Rosli Mat Hassan bertanding kerusi Parlimen Dungun menentang calon Pas dan Berjaya merampas kerusi itu dari Pas tidak dirakamkan dalam tulisannya sebagai suatu kekuatan pengaruh Datuk Dr. Rosli selain sokongan jitu pengundi Dungun terhadap Umno dan BN?

Berbeza dengan kemenangan Matulidi, dia hanya mewarisi kemenangan BN di situ atas sokongan ketua bahagian yang digugurkan dan bukan merampas kerusi itu dari Pas. Matulidi sebenarnya tentunya masih ingat siapa yang memberikannya jawatan dalam Umno Bahagian Dungun dan siapa yang banyak membantunya untuk sampai ke tahap sekarang, walaupun dia mungkin ‘bertauke’ kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang memilihnya menjadi calon Parlimen Dungun.

Yang penting, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan tidak pernah memprotes pemilihannya sebaliknya bekerja keras menyusun jentera parti untuk menjamin kemenangannya walaupun ketika itu ramai penyokong BN memprotes pemilihan Matulidi.

Tak apalah keran itu cerita lama tetapi Matulidi tidak sepatutnya menjadi watak yang muncul dalam tulisan ‘wartawan bodoh’ seperti ini kerana isu yang cuba ditonjolkan di sini sebenarnya menjadikan YB Matulidi seperti ‘budak-budak’. Amatlah malang bagi orang-orang Dungun mempunyai seorang Ahli Parlimen yang terlalu rendah kewibawaannya, tidak ada karisma dan kebudak-budakan.

Jadi, kalau ada mana-mana Ahli Parlimen yang hanya sepenggal sahaja menjadi Ahli Parlimen, bukanlah kerana dia tidak bagus atau tidak layak tetapi ia banyak bergantung kepada rezekinya hanya setakat itu sebagai Ahli Parlimen dan kebetulan, bukan Datuk Dr. Rosli sahaja yang digugurkan ketika itu (PRU 12) sebaliknya Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Ahli Parlimen Marang dan Ahli Parlimen Kuala Nerus turut digugurkan.

Adakah mereka semuanya tidak berwibawa? Adakah hanya Matulidi sahaja yang berwibawa…kekeke, ayam serama pun tahu ketawa walaupun mungkin monyet dan beruk tersengeh-sengeh mendengar cerita hanya YB Matulidi sahaja yang berwibawa sedangkan Ahli Parlimen yang digugurkan dahulu tidak berwibawa!

Suatu yang baik perlu didedahkan di sini, ketika Datuk Dr. Rosli Mat Hassan digugurkan, beliau tidak membikin komplot untuk menyusahkan sesiapa tetapi ada orang lain yang digugurkan dari jawatannya, lahirlah ‘geng 10’ yang bertujuan mahu menggugat kedudukan Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Ahmad Said.

Cerita penduduk dihasut supaya tidak menyokong apa juga usaha baik yang mahu dilakukan Ahli Parlimen Dungun, dia kononnya mahu membela ibu tunggal dan orang miskin serta generasi kedua Felda tentunya menjadi bahan ketawa.

Orang Dungun tentunya tahu idea membela generasi kedua Felda adalah idea Datuk Dr. Rosli ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Dungun dan jika ianya baik, teruskanlah. Janganlah kalau tidak mampu melakukannya, kita mahu menyalahkan orang lain.

Bunyinya macam pembangkang aje. Bila kalah di Hulu Selangor, maka SPR dipersalahkan!

Lantas Pengerusi SPR menjawab, “salahkan diri sendiri apabila kalah.”

Begtu juga dengan projek mendalamkan Muara Dungun, eko-pelancongan di pinggir Sungai Dungun dan membina benteng penahan ombak ada kaitan dengan jumlah peruntukan yang mahu ditambah dan tiada siapa yang menghalangnya.

Walaupun mungkin Timbalan Perdana Menteri sudah dimaklumkan semua perkara ini tetapi mustahil Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mudah terpengaruh dengan cerita yang tidak berasas ini.

Satu perkara yang perlu Jailani harun dan YB Matulidi tahu ialah; hormatilah kepimpinan parti kerana tanpa jawatan Presiden Umno, datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Begitu juga tanpa jawatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Maka, hormatilah ketua bahagian walaupun Datuk Dr. Rosli Mat Hassan mungkin tidak memerlukan YB Matulidi tunduk kepadanya tetapi sebagai Ahli Parlimen, mustahil dia tidak tahu hirerki dalam Umno…hormatilah ketua!

Mengenai kenaikan harga sewa bangunan kepunyaan PBT, janganlah buat cerita lucu seperti ini kerana itu adalah keputusan PBT sendiri dan jika ada yang tidak bersetuju, keluarlah dari bangunan tersebut dan menyewalah di bangunan-bangunan swasta yang banyak di Dungun.

Lagipun, kutipan yang PBT dapat bukan hanya untuk kegunaan PBT tetapi faedahnya untuk semua pembayar cukai.

(Baca tulisan Jailani Harun ini dan nilaikanlah sendiri – redaksi)


Kebanyakan ketua bahagian Umno sudah diserap dengan kepercayaan bahawa sebagai ketua, merekalah yang layak menjadi Ahli Parlimen. Tidak kiralah berapa lama mereka memegang jawatan. Pada mereka, penjawat lain seperti timbalan ketua bahagian, setiausaha dan sebagainya tidak layak langsung ke Dewan Rakyat.

Ketua Umno bahagian Dungun masih Datuk R. Dia pernah jadi Ahli Parlimen hanya sepenggal. Jika dia seorang MP yang bagus, berwibawa dan menyumbang kepada bahagiannya, dia seharusnya masih menjadi wakil rakyat hingga kini. Bagaimanapun, pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu, Ketua Perhubungan Umno negeri ketika itu, Idris Jusoh menggugurkannya. Sebaliknya, timbalan Dtk R iaitu Matulidi dipilih sebagai calon dan memenangi kerusi Parlimen berkenaan.

Dua tahun selepas menjadi Ahli Parlimen, Matulidi menghadapi pelbagai masalah, Kebanyakan usahanya di Dungun tidak mendapat sokongan ketua bahagian. Malah dalam banyak kes, penduduk Dungun dihasut agar jangan menyertai mana-mana projek yang diatur oleh Matulidi. Khabarnya, ketua bahagian seorang yang berduit dan mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar Terengganu. Jadi, apa juga karenahnya di Dungun tidak diendahkan oleh Badan Perhubungan Negeri. Apatah lagi tidak ada siapa pun yang berani campur tangan atau menegurnya.

Matulidi seorang yang berwawasan tinggi, mahu memajukan kawasannya, ingin melihat rakyatnya meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan, mengatasi masalah ibu tunggal dan mencari jalan membantu menghuraikan masalah generasi kedua Felda.

Beliau sudah pun menemui Timbalan Perdana Menteri bagi memohon apa saja projek yang boleh dibawa ke Dungun, umpamanya hospital, jalan kampung, projek ekopelancongan di pinggir Sungai Dungun serta projek memperdalamkan muara Dungun, membina benteng penahan ombak dan mewujudkan industri perkapalan kecil di sana.

Belum pun apa-apa, sudah timbul dakyah di Dungun bahawa Ahli Parlimen ini ingin membawa projek yang menyusahkan rakyat, kononnya semua projek ini akan disertai oleh orang luar dan bukannya penduduk tempatan. Ketua bahagian, khabarnya, berkuasa penuh melulus akan menolak semua projek berkenaan sebagai kapasitinya sebagai seorang ketua.

Ketua ini juga rapat dengan pihak berkuasa tempatan. Tidak hairanlah tiba-tiba sewa Pusat Khidmat Ahli Parlimen yang disewa dari Majlis Perbandaran Dungun dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM3,000 sebulan. Di samping itu, ada ura-ura untuk menaikkan kadar sewa kedai dan pejabat di bawah PBT sebanyak 50 peratus. Ini semua akan dipersalahkan kepada Ahli Parlimen dengan harapan kebencian rakyat terhadapnya akan meningkat

5 ulasan:

airman_1 berkata...

kah..kah... seronok betul tengok orang2 politik umno kat ganu kita, tak habis becakaran sesama sendiri, nanti la..kau ornag tunggu la pru13 kau orang jadi macam mahadir kat kedah atau khir toyo kat selangor baru padan muka.....kah...kah

C L J berkata...

Beza sains politik dengan silat politiking jelas kelihatan.

Silat politiking memang bijak menterjemahkan segala sesuatu untuk menjuruskan persepsi supaya memehak kepada gambaran dan selera yang diarahkan untuk mengalir mengikut kehendak pendekarnya.

Sains politik akan memikirkan sesuatu keperluan dan sekaligus mencari kaedah perlaksanaannya. Sungguh atau tidak tubian berfikir itu dapat digambarkan dari urutan tindakan sebenar yang telah dibuat. Ini semua tentulah dapat dirujuk kepada kenyataan, saranan dan cadangan berkaji yang telah dibuat. Sekadar cakap memang mudah. Tetapi kajiannya mana. Saranan ilmiah dan cadangan berkaji tentulah akan dapat dirujuk kepada kertas cadangan yang ilmiah dan cadangan yang dapat dirijuk kepada kertas kerja berkaji yang lengkap. Mana dia. Ramai pengkaji ingin nak tumpang memahami.

Akhirnya putera ingin mengulangi pesanan purba: " Orang suka makan orang lama lama dimakan orang "

= " orang suka mementes untuk kehadapan akan rebah kena pentes orang "

= " orang suka memijak belakang orang untuk memanjat akan melunsur kepangkal tiang apabila tiada lagi belakang yang boleh dipijak. "

mamat berkata...

DAULAT TUANKU......
Salam... Maaf mengganggu. Budak-budak Dungun nak bercerita sikit.
Masing-masing ada kepentingan dalam memartabatkan pejuangan melayu. Tuan Penulis yang dirahmati ALLAH SWT, sepatutnya Tuan kena banyak berfikir dan mengambil iktibar apa yang berlaku sebenarnya. Pok Rosli yang Tuan agung- agungkan itu adakah Tuan betul betul mengenalinya? Saya rasa tidak. Bahkan senario politik di Dungun pun Tuan sifar dari sudut pengetahuannya. Tapi takkan saya perlu membuka pekong didada pula bagi memperjelaskannya. Boleh juga kalau terpaksa. Biar semua orang tahu. Siapa Datuk Rosli Mat Hasan yang sebenar benarnya. Bukan ingin mengpelekehkan pemimpin yang tuan agung agungkan ini. Tapi cubalah terima kenyataan bahawasenya perjalanan politik beliau cukup kotor dan jijik dari awal sehinggakan sekarang ini. Benang yang basah tetap basah juga. Jadi tak perlulah kita menegakkannya. Tuan datanglah siasat dan selidikinya sendiri. Pastikan Tuan mempertahankan benda yang hak dan benar.
Tuan berkata Beliau tidak pernah protes terhadap pucuk pimpinan. Ingin saya tegaskan di sini, ketika beliau tidak dicalonkan dahulu, pelbagai karenah yang dilakukan termasuk memprotes di Batu Buruk kerana nama Beliau tidak di calonkan. Bahkan Beliau tidak memberi kerjasa sepenuhnya ketika kempen pilihan raya.Beliau juga banyak merosakkan krealibliiti dan mencalar imej YAB Menteri Besar Terengganu dengan mencampuri urusan dan menghasutnya .Saya percaya YAB Menter Besar bijak mengatasi dan menangani permasalahan ini.Di sebabkan ini jugalah berlaku kepada perubahan barisan kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri.Pok Rosli tak ubah seperti duri dalam daging UMNO. Pandai berlakon dan bergerak seperti menarik rambut dalam tepung. Lihatlah apa yang terjadi kepada UMNO Dungun. Berpecah belah dan huru hara jadinya kerana Beliau. Tulisan Tuan ini ada menyatakan bahawa pemimpin boleh berangan menjadi raja. Kamus mana yang tuan pakai? Pandangan kiblat mana yang tuan mengadap?. Agak-agaklah. Jangan jadi seperti Mat Jenin. Hanya pandai berangan sahaja.
Apa tujuan Pok Rosli ke Jepun? Rakyat Dungun bangga keBeliau ke sana? Tuan Jawablah sendiri. Tuan juga ada menyatakan rezeki , jodoh ajal maut dan tanah kubur adalah kuasa ALLAH SWT. Tapi itu kata Tuan. Bukan kata beliau yang tak dapat menerima kejatuhan dan kesilapan percaturan Beliau sendiri. Monyet pun terlompat-lompat dan bergolek-golek kesukaan melihat telatah Beliau.
Tuhan itu Maha Adil dan Lagi Maha Mengetahui. Setiap perbuatan baik di balas baik. Hari ini lihatlah keegoan beliau. Dengan bongkak dan sombongnya bila bercakap.” Suatu hari nanti Aku akan ambil semula kedudukkan Ahli Parlimen Dungun”. Kata Pok Rosli yang selalu di ucapkan di merata rata tempat sambil berkata Beliau lagi...” Mung tengok Ahli Parlimen Cap Ayam mung, Matulidi....” Terbahak-bahak ketawa penyokong-penyokong setianya. Ini yang Tuan Penulis kata pemimpin yang baik? Kesian Tuan Penulis. Malang sekali nasib Tuan hamba. Malang sekali....... Maaf.
Salam.....

mamat berkata...

DAULAT TUANKU......
Salam... Maaf mengganggu. Budak-budak Dungun nak bercerita sikit.
Masing-masing ada kepentingan dalam memartabatkan pejuangan melayu. Tuan Penulis yang dirahmati ALLAH SWT, sepatutnya Tuan kena banyak berfikir dan mengambil iktibar apa yang berlaku sebenarnya. Pok Rosli yang Tuan agung- agungkan itu adakah Tuan betul betul mengenalinya? Saya rasa tidak. Bahkan senario politik di Dungun pun Tuan sifar dari sudut pengetahuannya. Tapi takkan saya perlu membuka pekong didada pula bagi memperjelaskannya. Boleh juga kalau terpaksa. Biar semua orang tahu. Siapa Datuk Rosli Mat Hasan yang sebenar benarnya. Bukan ingin mengpelekehkan pemimpin yang tuan agung agungkan ini. Tapi cubalah terima kenyataan bahawasenya perjalanan politik beliau cukup kotor dan jijik dari awal sehinggakan sekarang ini. Benang yang basah tetap basah juga. Jadi tak perlulah kita menegakkannya. Tuan datanglah siasat dan selidikinya sendiri. Pastikan Tuan mempertahankan benda yang hak dan benar.
Tuan berkata Beliau tidak pernah protes terhadap pucuk pimpinan. Ingin saya tegaskan di sini, ketika beliau tidak dicalonkan dahulu, pelbagai karenah yang dilakukan termasuk memprotes di Batu Buruk kerana nama Beliau tidak di calonkan. Bahkan Beliau tidak memberi kerjasa sepenuhnya ketika kempen pilihan raya.Beliau juga banyak merosakkan krealibliiti dan mencalar imej YAB Menteri Besar Terengganu dengan mencampuri urusan dan menghasutnya .Saya percaya YAB Menter Besar bijak mengatasi dan menangani permasalahan ini.Di sebabkan ini jugalah berlaku kepada perubahan barisan kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri.Pok Rosli tak ubah seperti duri dalam daging UMNO. Pandai berlakon dan bergerak seperti menarik rambut dalam tepung. Lihatlah apa yang terjadi kepada UMNO Dungun. Berpecah belah dan huru hara jadinya kerana Beliau. Tulisan Tuan ini ada menyatakan bahawa pemimpin boleh berangan menjadi raja. Kamus mana yang tuan pakai? Pandangan kiblat mana yang tuan mengadap?. Agak-agaklah. Jangan jadi seperti Mat Jenin. Hanya pandai berangan sahaja.
Apa tujuan Pok Rosli ke Jepun? Rakyat Dungun bangga keBeliau ke sana? Tuan Jawablah sendiri. Tuan juga ada menyatakan rezeki , jodoh ajal maut dan tanah kubur adalah kuasa ALLAH SWT. Tapi itu kata Tuan. Bukan kata beliau yang tak dapat menerima kejatuhan dan kesilapan percaturan Beliau sendiri. Monyet pun terlompat-lompat dan bergolek-golek kesukaan melihat telatah Beliau.
Tuhan itu Maha Adil dan Lagi Maha Mengetahui. Setiap perbuatan baik di balas baik. Hari ini lihatlah keegoan beliau. Dengan bongkak dan sombongnya bila bercakap.” Suatu hari nanti Aku akan ambil semula kedudukkan Ahli Parlimen Dungun”. Kata Pok Rosli yang selalu di ucapkan di merata rata tempat sambil berkata Beliau lagi...” Mung tengok Ahli Parlimen Cap Ayam mung, Matulidi....” Terbahak-bahak ketawa penyokong-penyokong setianya. Ini yang Tuan Penulis kata pemimpin yang baik? Kesian Tuan Penulis. Malang sekali nasib Tuan hamba. Malang sekali....... Maaf.
Salam.....

Mat Ming Mamat berkata...

Salam 1 Malaysia…
Daulat Tuanku…..Daulat Tuanku…..Daulat Tuanku…..
Kesian ambe melihat Datuk Proton Wira kita.( Ketua Umno Bahagian Dungun ) Gila meroyang. Dah jadi macam orang hilang akal bila tiba musim PRU-13 ni. Mencari nama dan terus mencari nama agar mendapat tempat atau perhatian pucuk pimpinan parti. Bagi ambe usaha murni beliau patut di hargai dan di beri ruang agar dapat bersara lagi awal dari parti Keramat kita. Pertualang seperti beliau harus dinyahkan dari bumi Dungun yang tercinta ini.
Dengan saluran Akbar Sinar Harian, hari-hari beliau memukul canang bahawa beliau yang terbaik di Dungun. Tiada calon lain dah melainkan beliau yang terbaik dari ladang. Kesian saya tengok wartawan Sinar yang menggunakan nama Cik Kiah Kepok. Merosakkan intigeriti kewartawanan je. Mengikut telunjuk dan telah di beli oleh Datuk Proton Wira kita. Tulis tidak mengikut fakta sebenar. Kalu setakat Datuk Mustapha atau Cikgu Pa calon Pas bertanding di Parlimen Dungun, “Taiko” Pas, takdop goyang langsung bo Dungun tu. Calon Pas yang rakyat Terengganu takmboh doh khususnya di Dungun. Letok Dato Maat atau Cikgu Badi boleh menang. Berat Nanang mung mek. Dok tahu hal politik, sibuk cakap hal politik. Dok payoh buang masa r. Care ke kain mung dulu takot koyok je. Mung ingat Datuk Proton Wira tu hebat sangat ke jentera parti dia. Sabotaj calon hok bertanding pada PRU-12. Siap ator sms mengasut lagi jangan keluor mengundi. Gini mung kate bagus? Memecoh beloh Umno Dungun sape lagi, dia r Datuk Wira Rosli Mat Hassan. Ni plok Ahli Majlis Tertinggi Umno, ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Wira Ir Idris Haron megeluarkan kenyataan bahawa calonkan semula ketua bahagian. Mengapa beliau mengeluarkan kenyataan yang berbau bangang dan bodoh di Dungun. Siapa dia yang hendak memcampuri urusan Umno Terenggganu. Jaga hal kat Melaka doh r. Jangan duk wat panda sining. Mung duk Melaka pong dok berape nok betol gok mari wat tunjuk panda sining. Bakpe? Mentang-mentang mung kawang baik dia mung boleh wat punoh Umno dan merosakkan Barisan Nasional di Dungun ni. Blah rrr.
Untuk pengetahuan semua, kes Datuk Proton Wira kita masih tersangkut lagi di SPRM berhubung kes MRR2 yang bernilai RM3 juta. Di sebabkan itu juga kualiti MRR2 rendah dari segi pembinaannya. Ini tidak temasuk lagi dengar-dengarnya kes penyalahan penggunaaan duit Yayasan Pelajaran Mara yang berjumlah RM1.8 juta semasa beliau menjawat jawatan Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM ).
Dia tidak layak menjadi Ahli Umno kerana merosakkan nama parti dan Barisan Nasional. Mensebotaj Umno pada PRU12. Mengamalkan politik wang. Memecah belahkan Umno Dungun. Dun Sura kalah pun di sebabkan oleh beliau, Datuk Wira Rosli Mat Hassan. Semua YB di Dungun semuanya dok betul. Dia je yang betul. Tidak sebulu dengan semua YB plok tu. Pakar memeteh keting dan memburukkan orang. Pandai bermuka-muka.
Harap pucuk pimpinan ambil tindakan gok. Jangan lop gok. Kohor mete doh ning. Wajib ambik tindokkang. SPRM bakpe diam je. Jangan wat rakyat jadi hilang kepercayaan plok ke mung….
Wassalam….