Khamis, 29 April 2010

Alahai Blogger dan kisah Ahli Parlimen Dungun


Oleh Ahmad Haji Ishak

ENTAH macam mana, tiba-tiba saya terbaca tulisan yang saya turunkan semula di bawah ini, khabarnya ditulis oleh seorang wartawan hebat bernama Jailani Harun. Saya kenal wartawan Jailani Harun yang dulunya bertugas di sebuah akhbar arus perdana tetapi tidak manjangkakan dia yang menulis artikel bodoh seperti ini, kecuali ada Jailani Harun ‘baru’.

Mustahil sebagai seorang wartawan yang boleh dianggap ‘senior’ tidak tahu etika menulis berita atau artikel walaupun mungkin dia diupah menulis bertujuan mahu memburuk-burukkan atau menaikkan seseorang.

Lebih malang, ada pula seorang Ahli Parlimen yang dipujinya itu menjadi ‘mangsa’ kerana cara dia memuji kehebatan Ahli Parlimen itu menunjukkan betapa rendahnya intergriti dan kebolehannya sebagai seorang wakil rakyat.

Amatlah tidak adil jika saya menuduh Ahli Parlimen Dungun, Matulidi terlibat dengan penulisan bodoh seperti ini tetapi mustahil pula kalau ‘tidak ada angin pokok boleh bergoyang’.

Maka, saya jemputlah semua pembaca layarilah blog yang saya anggap ‘kebudak-budakan’ ini dan mengulangilah membacanya beberapa kali untuk memahami maksud sebenar mengapa tulisan itu diposting di blognya.

Ketika Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan sudah melangkah jauh ke Tokyo, menyusun satu majlis meraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima anugerah kedoktoran, ada budak-budak di sini (di Dungun) menyusun satu rancangan untuk menyalahkannya sebagai ketua bahagian.

Apa salahnya jika seseorang ketua bahagian merasakan dirinya layak menjadi Ahli Parlimen? Atau, kalau ada seseorang bermimpin menjadi raja misalnya, apakah dia bersalah?

Kalau Jailani Harun sendiri mahu dan bercita-cita mahu menjadi Setiausaha Akhbar kepada YB Matulidi jika YB Matulidi menjadi Menteri suatu ketika nanti, ia tidak salah tetapi amatlah tidak betul (baca: salah) jika dia (Jailani Harun) merasakan orang lain, khususnya ketua bahagian tidak boleh diserap kepercayaan mereka layak menjadi Ahli Parlimen.

YB Matulidi tidak perlu gusar kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Dungun tergugat jika dia ada ‘quality’ sebagai seorang Ahli Parlimen dan wakil rakyat kecualilah dia gagal menjalankan tugas tersebut.

Kenapa blogger mahu mempertikaikan Datuk Dr. Rosli Mat Hassan hanya menjadi Ahli Parlimen Dungun hanya sepenggal? Kenapa tidak mahu percaya kepada rezeki, jodoh ajal maut dan tanah kubur sebenarnya adalah kuasa Allah swt?

Kenapa tidak mahu menyebut ketika Datuk Dr. Rosli Mat Hassan bertanding kerusi Parlimen Dungun menentang calon Pas dan Berjaya merampas kerusi itu dari Pas tidak dirakamkan dalam tulisannya sebagai suatu kekuatan pengaruh Datuk Dr. Rosli selain sokongan jitu pengundi Dungun terhadap Umno dan BN?

Berbeza dengan kemenangan Matulidi, dia hanya mewarisi kemenangan BN di situ atas sokongan ketua bahagian yang digugurkan dan bukan merampas kerusi itu dari Pas. Matulidi sebenarnya tentunya masih ingat siapa yang memberikannya jawatan dalam Umno Bahagian Dungun dan siapa yang banyak membantunya untuk sampai ke tahap sekarang, walaupun dia mungkin ‘bertauke’ kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang memilihnya menjadi calon Parlimen Dungun.

Yang penting, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan tidak pernah memprotes pemilihannya sebaliknya bekerja keras menyusun jentera parti untuk menjamin kemenangannya walaupun ketika itu ramai penyokong BN memprotes pemilihan Matulidi.

Tak apalah keran itu cerita lama tetapi Matulidi tidak sepatutnya menjadi watak yang muncul dalam tulisan ‘wartawan bodoh’ seperti ini kerana isu yang cuba ditonjolkan di sini sebenarnya menjadikan YB Matulidi seperti ‘budak-budak’. Amatlah malang bagi orang-orang Dungun mempunyai seorang Ahli Parlimen yang terlalu rendah kewibawaannya, tidak ada karisma dan kebudak-budakan.

Jadi, kalau ada mana-mana Ahli Parlimen yang hanya sepenggal sahaja menjadi Ahli Parlimen, bukanlah kerana dia tidak bagus atau tidak layak tetapi ia banyak bergantung kepada rezekinya hanya setakat itu sebagai Ahli Parlimen dan kebetulan, bukan Datuk Dr. Rosli sahaja yang digugurkan ketika itu (PRU 12) sebaliknya Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Ahli Parlimen Marang dan Ahli Parlimen Kuala Nerus turut digugurkan.

Adakah mereka semuanya tidak berwibawa? Adakah hanya Matulidi sahaja yang berwibawa…kekeke, ayam serama pun tahu ketawa walaupun mungkin monyet dan beruk tersengeh-sengeh mendengar cerita hanya YB Matulidi sahaja yang berwibawa sedangkan Ahli Parlimen yang digugurkan dahulu tidak berwibawa!

Suatu yang baik perlu didedahkan di sini, ketika Datuk Dr. Rosli Mat Hassan digugurkan, beliau tidak membikin komplot untuk menyusahkan sesiapa tetapi ada orang lain yang digugurkan dari jawatannya, lahirlah ‘geng 10’ yang bertujuan mahu menggugat kedudukan Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Ahmad Said.

Cerita penduduk dihasut supaya tidak menyokong apa juga usaha baik yang mahu dilakukan Ahli Parlimen Dungun, dia kononnya mahu membela ibu tunggal dan orang miskin serta generasi kedua Felda tentunya menjadi bahan ketawa.

Orang Dungun tentunya tahu idea membela generasi kedua Felda adalah idea Datuk Dr. Rosli ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Dungun dan jika ianya baik, teruskanlah. Janganlah kalau tidak mampu melakukannya, kita mahu menyalahkan orang lain.

Bunyinya macam pembangkang aje. Bila kalah di Hulu Selangor, maka SPR dipersalahkan!

Lantas Pengerusi SPR menjawab, “salahkan diri sendiri apabila kalah.”

Begtu juga dengan projek mendalamkan Muara Dungun, eko-pelancongan di pinggir Sungai Dungun dan membina benteng penahan ombak ada kaitan dengan jumlah peruntukan yang mahu ditambah dan tiada siapa yang menghalangnya.

Walaupun mungkin Timbalan Perdana Menteri sudah dimaklumkan semua perkara ini tetapi mustahil Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mudah terpengaruh dengan cerita yang tidak berasas ini.

Satu perkara yang perlu Jailani harun dan YB Matulidi tahu ialah; hormatilah kepimpinan parti kerana tanpa jawatan Presiden Umno, datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Begitu juga tanpa jawatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Maka, hormatilah ketua bahagian walaupun Datuk Dr. Rosli Mat Hassan mungkin tidak memerlukan YB Matulidi tunduk kepadanya tetapi sebagai Ahli Parlimen, mustahil dia tidak tahu hirerki dalam Umno…hormatilah ketua!

Mengenai kenaikan harga sewa bangunan kepunyaan PBT, janganlah buat cerita lucu seperti ini kerana itu adalah keputusan PBT sendiri dan jika ada yang tidak bersetuju, keluarlah dari bangunan tersebut dan menyewalah di bangunan-bangunan swasta yang banyak di Dungun.

Lagipun, kutipan yang PBT dapat bukan hanya untuk kegunaan PBT tetapi faedahnya untuk semua pembayar cukai.

(Baca tulisan Jailani Harun ini dan nilaikanlah sendiri – redaksi)


Kebanyakan ketua bahagian Umno sudah diserap dengan kepercayaan bahawa sebagai ketua, merekalah yang layak menjadi Ahli Parlimen. Tidak kiralah berapa lama mereka memegang jawatan. Pada mereka, penjawat lain seperti timbalan ketua bahagian, setiausaha dan sebagainya tidak layak langsung ke Dewan Rakyat.

Ketua Umno bahagian Dungun masih Datuk R. Dia pernah jadi Ahli Parlimen hanya sepenggal. Jika dia seorang MP yang bagus, berwibawa dan menyumbang kepada bahagiannya, dia seharusnya masih menjadi wakil rakyat hingga kini. Bagaimanapun, pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu, Ketua Perhubungan Umno negeri ketika itu, Idris Jusoh menggugurkannya. Sebaliknya, timbalan Dtk R iaitu Matulidi dipilih sebagai calon dan memenangi kerusi Parlimen berkenaan.

Dua tahun selepas menjadi Ahli Parlimen, Matulidi menghadapi pelbagai masalah, Kebanyakan usahanya di Dungun tidak mendapat sokongan ketua bahagian. Malah dalam banyak kes, penduduk Dungun dihasut agar jangan menyertai mana-mana projek yang diatur oleh Matulidi. Khabarnya, ketua bahagian seorang yang berduit dan mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar Terengganu. Jadi, apa juga karenahnya di Dungun tidak diendahkan oleh Badan Perhubungan Negeri. Apatah lagi tidak ada siapa pun yang berani campur tangan atau menegurnya.

Matulidi seorang yang berwawasan tinggi, mahu memajukan kawasannya, ingin melihat rakyatnya meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan, mengatasi masalah ibu tunggal dan mencari jalan membantu menghuraikan masalah generasi kedua Felda.

Beliau sudah pun menemui Timbalan Perdana Menteri bagi memohon apa saja projek yang boleh dibawa ke Dungun, umpamanya hospital, jalan kampung, projek ekopelancongan di pinggir Sungai Dungun serta projek memperdalamkan muara Dungun, membina benteng penahan ombak dan mewujudkan industri perkapalan kecil di sana.

Belum pun apa-apa, sudah timbul dakyah di Dungun bahawa Ahli Parlimen ini ingin membawa projek yang menyusahkan rakyat, kononnya semua projek ini akan disertai oleh orang luar dan bukannya penduduk tempatan. Ketua bahagian, khabarnya, berkuasa penuh melulus akan menolak semua projek berkenaan sebagai kapasitinya sebagai seorang ketua.

Ketua ini juga rapat dengan pihak berkuasa tempatan. Tidak hairanlah tiba-tiba sewa Pusat Khidmat Ahli Parlimen yang disewa dari Majlis Perbandaran Dungun dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM3,000 sebulan. Di samping itu, ada ura-ura untuk menaikkan kadar sewa kedai dan pejabat di bawah PBT sebanyak 50 peratus. Ini semua akan dipersalahkan kepada Ahli Parlimen dengan harapan kebencian rakyat terhadapnya akan meningkat

3 ulasan:

mamat berkata...

Daulat Tuanku....

Salam....Budak-budak Dungun nak bercakap lagi......
Kenapa perlu memadam komen saya? Adakah Tuan takut dengan bayang-bayang sendiri? Lagi pendedahan yang saya nak buatkali ni. Kalau Tuan anak jantan jangan padamkan. Maaf.
UMNO Dungun tidak mempunyai dana di dalam akaunnya lagi. Ke mana duit dana tersebut pergi? Khabarnya Ketua Bahagian Dungun mendapat balak sebanyak 1000 ekar bagi tujuan menampungnya. Di tambah pulak dengan Projek Jalan Pintas Dari Batu Tujuh Ke Kampung Che Lijah yang bernilai 30 juta. Betul ke semua khabar ni???? Dapat lagilah Beliau menambahkan kekayaannya!!!! Dapat menambahkan lagi koleksi nombor pendaftaran kereta ‘56’. Hebat Ketua UMNO bahagian Dungun.
Sebelum jadi orang politik Beliau seorang yang hidup papa kedana merempat meraih simpati orang. Inilah kesilapan orang-orang Dungun kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada pemimpin yang selalu mengambil kesempatan demi kepentingan diri sendiri dan mengumpul kekayaan .
Sekian.....Salam.

mamat berkata...

DAULAT TUANKU....
Salam. Budak-budak Dungun ingin meluahkan lagi....
Ahli Parlimen Dungun takut dengan Ketua UMNO Bahagian Dungun.... Hebat sangat ke Ketua Bahagian Dungun? Betul ke Yb Matulidi takut dengannya???? Atau Beliau sendiri yang takut dengan bayang-bayangannya. Maklumlah orang banyak buat dosa.
Yang sebenarnya karier politik Ketua Bahagian akan berakhir. Kita tunggu dan lihat sahaja. Siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Biar keadaan dan takdir yang menentukannya. Dungun bukan haknya.Dungun bukan tanah untuk di warisinya. Dungun tidak memerlukan pemimpin yang tidak beretika, berakhlak rendah, suka memeteh “keting” dan mempunyai kepentingan peribadi semata-mata seperti Beliau. Cukuplah. “ takmboh doh ambe”. Seolah-olah Dungun ini ketandusan kepimpinan sahaja. Ramai lagi yang berkelayakan menjadi pemimpin, berpelajaran tinggi dan mempunyai ijazah yang original. Bukan beli kat Jepun punya maaa. Setakat pakai (Dr) macam tu, atuk saya pun boleh beli. Hehehehe. Ayam dan itik pun boleh ketawa melihat kebodohannya.
Kepada penulis blog ini, jadi-jadilah mencari silap orang. Cermin-cermin dulu diri tu? Janganlah menunjukkan kebodohan sangat. Jangan ikut sedap rasa je bila menulis. Semakin banyak awak menulis, semakin banyak awak membuka pekong ketua bahagian ni. Awak nak tengok Beliau jatuh tak bangun-bangun lagi ke akibat penulisan awak ini??? Tergamak awak....
Terima Kasih. Salam

mamat berkata...

DAULAT TUANKU…

Salam. Budak-budak dungun lagi ni….

UMNO Dungun perlu dirawat dan dipulihkan dari terus di rosak oleh Ketua Bahagian. Malang sekali Dungun mempunyai pemimpin yang tidak mempunyai akhlak seperti Beliau. Harap kepimpinan tertinggi Negeri atau Negara memberi perhatian dalam isu ini.
Tolonglah Bantu kami dengan memertabatkan kembali UMNO Dungun demi kepentingan Agama dan Parti.
Jangan biarkan pemimpin yang selalu mengamalkan politik wang dan rasuah ini terus berkuasa. Jangan biarkan pemimpin yang mempunyai agenda politik peribadi ini terus merosakkan UMNO. Kita perlu jatuhkannya sekali lagi seperti Beliau tidak di lantik sebagai setiausaha badan perhubungan Negeri Terengganu.YAB PerdanaMenteri, tolonglah kami ini. YAB Timbalan Perdana Menteri, bantulah kami ini. Kepada YAB Menteri Besar, gunakalah kuasa dan mandat yang diberikan itu. Singkirkanlah pertualang ini dari UMNO bahagian Dungun sebelum keadaan semakin parah lagi. Kalau perkara ini terus di biarkan,tidak mustahil kuasa kita akan jatuh ke perbangkang lagi pada pilihanraya umum akan datang.

Sekian. Salam