Jumaat, 15 Januari 2010

Kementerian siasat dakwaan MB Terengganu

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengenai dewan bedah di beberapa buah hospital di negeri itu yang dikatakan tidak berfungsi dan lambat siap.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bagaimanapun berkata, buat masa ini, maklumat lengkap melibatkan dakwaan Menteri Besar Terengganu itu belum diterima oleh kementerian.

"Kami akan memaklumkan perkembangan situasi dewan bedah di hospital-hospital berkenaan sebaik sahaja maklumat lengkap dikumpul oleh pegawai kementerian di sana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ahmad hari ini yang melahirkan rasa kecewa di atas kegagalan pihak kontraktor berwajib menyiapkan projek pembinaan dan membaik pulih dewan bedah di beberapa buah hospital mengikut jadual.

Antaranya adalah dewan bedah Hospital Besut yang hampir enam tahun lewat, Hospital Kemaman (tiga tahun) dan dewan bedah Hospital Setiu sejak tujuh tahun lalu.

Ahmad mengaitkan masalah hama dan kebocoran sebagai antara punca utama kesemua dewan bedah berkenaan tidak berfungsi atau lambat disiapkan.

(Dipetik dari http://utusan.com.my/)

Tiada ulasan: