Oleh Zainal Yusof
citra_bangsa@yahoo.com
NAMA Mohamad Nizar Jamaluddin sudah tidak sesuai jika disebut dia adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak. Banyak publisiti yang diberikan memperlihatkan Mohamad Nizar seolah-olah pemimpin DAP di Perak dan kebetulan, wajahnya memang ada mirip wajah orang Cina.
Penyokong Pas di Perak khabarnya sudah membeli banyak lilin sekarang kerana mereka mahu ikut apa juga tingkah laku Mohamad Nizar. Bagi mereka, kalau dapat berguling atas jalan raya dan kalau mati, nanti ada lilin yang akan dipasang bagi memperingati kematian.
Ketika Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak meminta ulama Pas mengeluarkan fatwa mengenai perbuatan Mohamad Nizar memegang lilin yang bernyala, bersama-sama sahabat baiknya Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memperlekehkan Menteri Besar Perak itu.
“Dia (Dr. Zambry) bukan pengkaji Islam,” sebagai tanda tidak mahu menjawab saranan Dr. Zambry untuk mendapatkan fatwa dari ulama Pas. Nik Aziz juga berkata, Dr. Zambry adalah orang politik.
Maka, bertanyalah beberapa penyokong Pas di Perak yang belum sempat berguling-guling atas jalan raya; “Apakah Nik Aziz bukan orang politik?” Kalau bukan orang politik, kenapa Nik Aziz masuk bertanding dalam pilihan raya? Kalau bukan orang politik, kenapa bila Pas menang, dia hendak menjadi Menteri Besar dan tidak mahu memberi laluan kepada orang lain walaupun sudah empat penggal dia memegang jawatan itu?
Mohamad Nizar mahu membawa budaya dan anutan baru dalam Pas. Menyalakan lilin dalam satu siding akhbar bersama-sama ‘taukenya’ Ngeh dan Nga menjadikan rangkaian 3N ini (Nizar, Ngeh dan Nga) memang boleh digelar ‘Bintang Tiga’. Bintang Tiga ini bukan sama dengan kisah Bintang Tiga yang dulu, yang bunuh orang Melayu, ini lain.
Bintang Tiga ini tidak bunuh sesiapa. Bintang Tiga yang ini adalah Bintang Tiga yang baru, yang membawa budaya mogok lapar dan bukan puasa sunat. Tahlil mungkin akan ditukar kepada menyalakan lilin dan nanti, apa yang mereka buat, termasuk membaca ayat Quran ketika berucap oleh Nga Kor Ming akan dipertahankan Nik Aziz.
Nik Aziz pun mula namanya dengan huruf N. Maka, boleh jadi 4N lah sekarang iaitu Nizar, Ngeh, Nga dan Nik Aziz. Maka, kalau 4N ini senada, selangkah dan sehayun, jangan sesiapa terkejut. Mereka boleh bergerak bersama-sama, kerana mereka sefahaman.
Nik Aziz baru akan mempertahankan kes liwat Anwar Ibrahim. Nik Aziz baru akan menyalahkan sesiapa yang menjadi mangsa liwat, jika bersumpah dengan menjunjung al-Quran. Nik Aziz baru akan mempertahankan kalau ada wakil rakyat PKR yang berbogel di rumah kerana itu haknya. Nik Aziz baru akan mempertahankan kalau ada sesiapa yang marahkan wakil rakyat dan Exco yang gambar separuh bogelnya disebarkan bekas kekasihnya.
Nizar tidak perlu risau kerana apa sahaja yang dia buat, termasuk mogok lapar dan memakai pakaian serba hitam, seperti kaum Cina meratapi kematian keluarganya, dibolehkah kerana Nik Aziz akan pertahankan dia.
Nik Aziz kata, yang tidak boleh upacara agama tetapi kalau adapt boleh. Nik Aziz dan Nizar ni bila dia mengkaji yang mana upacara agama dan yang mana adat dalam Buddha? Nik Aziz ni, kalau bercakap sebenarnya dia tidak cukup maklumat. Dia kurang membawa surat khabar dan maklumar terkini dalam internet dia tidak tahu.
Itu pasal, kalau dia bercakap, orang yang mendengar percakapannya sedar, Nik Aziz, anggota Geng 4N terbaru ini kurang tahu apa sebenarnya rentetan cerita itu. Bila ada wakil rakyat anak dara dari PKR dating jumpa dia, siap pakai tudung kepala lagi, untuk mengucapkan selamat jalan kepadanya kerana mahu menunaikan umrah, Nik Aziz akan mempertahankan kalau selepas buka tudung wakil rakyat anak dara ini bukan seluar dan buka baju dan gambar dalam keadaan separuh bogel itu pula dirakamkan. Nik Aziz kata, jangan serang orang ini kerana itu hak peribadinya.
Maka, berguling-gulinglah orang-orang Melayu berserban di Bukit Chandan kerana Pas membenarkan mereka ‘mati sahid’ mempertahankan kerajaan DAP. Pas tidak akan menghalang penyokong-penyokongnya untuk berbuat apa sahaja, kerana DAP bersama mereka.
Nik Aziz sanggup ‘menghalau’ Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas untuk keluar dari Pas kerana mengeluarkan kenyataan bersedia untuk bercakap soal kerajaan perpaduan.
Orang Pas ingat, Pas itu Nik Aziz punya. Orang Pas yang taksub kepada serban Nik Aziz, yang mengaku memandang gambar Nik Aziz pun dapat pahala cukup yakin Pas adalah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah Pas. Maka, sesiapa yang silap cakap dalam Pas, Nik Aziz akan ‘halau mereka supaya segera meninggalkan Pas.
Nik Aziz bukan pemimpin yang dipilih perwakilan untuk memegang jawatan Mursyidul Am. Jawatan itu hanya jawatan ‘direka’ untuk letakkan orang tua yang sudah menunggu masa untuk bersara. Tapi, lagak Nik Aziz, macam dia terlalu berkuasa. Halau sesiapa sahaja yang dia fakir tidak menguntungkan DAP.
Makin hari makin ramai yang ketawa dengan gelagat Nik Aziz, anggota 4N bila dia bercakap. Kata mereka yang selalu mengikuti perkembangan Nik Aziz, mereka kata, kesihan dia ni. Di penghujung usia, perangai dia jadi begitu teruk. Mempertahankan DAP sampai hilang rasional dan kewarasan. Dia fakir, kalau dia meninggal dunia, DAP yang akan tahlilkan dia. Nyalakan lilin bolehlah!
Bolehlah Nik Aziz beli banyak-banyak lilin untuk simpanan di hari kemudian. Nanti, takut apabila Ngeh dan Nga datang ke Kelantan, lilin tidak ada bekalan, susah juga nanti. Kata orang, sediakanlah bekalan sebelum mati. Lilin cukup sesuai untuk anggota 4N terbaru ini.
Jumaat, 24 Julai 2009
Antara Nizar, lilin, Dr. Zambry dan Nik Aziz
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
saya cadangkan korang tengok video ni dan lihat saat di 0:50. perhatikan orang yang tengah 'mengimam'kan sembahyang jenazah ni. lihat dengan hati terbuka, dan nilai.
http://www.youtube.com/watch?v=TjeBRTe3UIo
Catat Ulasan