Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah
citra_bangsa@yahoo.com
MEMETIK berita yang dilaporkan dalam ‘mstar’Hishammuddin beri amaran kepada ADUN DAP (Skudai) yang membuat kenyataan samakan dasar bumiputera dengan dasar apartheid, banyak email yang diterima khususnya dari pembaca blog ini yang mahukan Hishammuddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu turut bertindak sama terhadap Geng 10 di Terengganu.
Kata mereka, selagi tiada tindakan dan amaran yang keras diberikan kepada mereka ini (Geng 10), tindakan tanduk mereka sebenarnya lebih buruk dan teruk jika dibandingkan dengan kenyataan ADUN DAP itu, yang merupakan musuh nyata.
Malangnya, di Terengganu, tindak-tanduk Geng 10 yang berterusan memboikot program Umno yang dianjurkan Umno bahagian dan melibatkan Menteri Besar, disifatkan banyak pihak sebagai ‘perbuatan musuh dalam selimut’ dan pengkhianatan kepada Umno yang memberi mereka tempat di dalam politik negeri itu.
Email dari Ku Seman Ku Salleh, Besut menuduh Geng 10 adalah golongan Yahudi yang merasakan ‘tanah haram yang mereka miliki adalah hak mereka dan mahu menghalau penduduk di tanah halal’. Menurutnya, jika tiada keberanian dari kepimpinan Umno di Terengganu bertindak terhadap tindak-tanduk Geng 10 ini, Umno akan menghadapi masalah apabila sampai pilihan raya umum akan datang.
Tanpa menyebut apakah yang patut dilakukan terhadap Geng 10 ini, Ku Seman menulis, dia terlalu kecewa dengan apa yang berlaku di Terengganu termasuk pemboikotan siding DUN Terengganu dalam bulan April yang lalu dan mengharapkan ahli-ahli Umno menolak Geng 10 ini daripada terus menjadi Adun dalam PRU 13 yang akan datang.
Tulisannya lagi, lebih malang, mereka berarak ke Kuala Lumpur dengan tujuan mahu memburuk-burukkan kepimpinan Menteri Besar sedangkan Geng 10 ini tentunya tahu perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar direstui parti dan mendapat perkenan Baginda Sultan Terengganu.
“Bagaimana seorang ADUN dari Geng 10 sanggup mencerca Datuk Ahmad Said di depan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hanya kerana mahu menunjukkan dia adalah penyokong kuat kepada bekas Menteri Besar?” tulisannya lagi dalam email itu.
Sebelum ini, satu sumber mendedahkan, Datuk Din Adam yang merupakan ADUN Bukit Besi dalam Parlimen Dungun yang kalah dalam usaha merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Dungun mengambil kesempatan pertemuan semua ADUN BN dengan Menteri Dalam Negeri, mencerca kepimpinan dan keperibadian Datuk Ahmad Said yang turut dihadiri tokoh pujaan Geng 10, Datuk Seri Idris Jusoh.
Mereka tidak pula mendedahkan rancangan mereka yang tidak henti-henti mahu memalukan Datuk Ahmad Said dan Umno Negeri Terengganu hingga mereka membuat dakwaan menerima ancaman bunuh melalui SMS hingga menyebabkan mereka terpaksa berkumpul di Hotal Felda (Felda Residence) dan tidak ke sidang DUN Terengganu.
Mereka berkumpulan makan dan minum di restoren berhampiran hotel tersebut dan mereka (tiga dari ADUN yang cetek fikiran ini) membuat laporan polis bagi memjamin keselamatan diri mereka dan apabila pihak polis menyiasat, ternyata bukan orang yang mereka dakwa sebenarnya yang menghantar SMS bernada ugutan itu sebaliknya, geng mereka sendiri yang kini sudah pun dihadapkan ke mahkamah atas 4 tuduhan berkaitan.
Geng 10 masih tidak beruashati dengan apa yang sudah mereka lakukan. Mereka masih meneruskan aktiviti mereka, bermesyuarat ‘di kedai gelap’ dekat Kuala Berang, dengan tujuan mahu meneruskan usaha menjatuhkan Datuk Ahmad Said dari kerusi Menteri Besar dan menggantikan dengan orang mereka boleh ‘perkudakan’ khususnya dalam hal-hal projek pembangunan di Terengganu.
Cerita mereka tidak dilantik menjadi Penyelaras DUN dan perlantikan JKKK hanyalah isu yang mereka cipta bagi menunjukkan Datuk Ahmad Said tidak berlaku adil kepada mereka tetapi yang mereka tidak berlaku adil kepada Umno dan Menteri Besar, mereka sembunyikan dalam setokin busuk mereka.
Seorang lagi pembaca, Mohd Rejab Saadon dari Ajil pula berpendapat, sikapADUN DAP dari Skudai, Johor, Dr. Boo Cheng Hau memang boleh difahami kerana menjadi kebiasaan bagi DAP yang tidak mempunyai apa-apa agenda selain dari menyerang kepimpinan dan kerajaan tetapi agenda Geng 10 di Terengganu mestilah dipandang serius oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Biasalah DAP, mereka mana tahu berterima kasih dan bersyukur. Mereka sebenarnya tidak layak tinggal di Malaysia tetapi tindak-tanduk Geng 10 di Terengganu ini bolehlah dianggap sebagai pengkhianat kepada Umno, kepada BN dan kepada Negeri Terengganu,” tulisnya lagi.
Menurut Mohd Rejab, mereka ini sanggup memfitnah kononnya ada pegawai dari Pejabat Menteri Besar menghantar SMS bernada ugutan kepada mereka tetapi sebenarnya itu semuanya angkara kawan-kawan dalam ‘geng’ mereka sendiri.
Jika mereka ini boleh dianggap sebagai ‘10 budak hitam’ – inilah sejarahnya kejahatan 10 budak hitam yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa hukuman di atas perbuatan mereka yang melampau dan merosakan imej parti.
“Bagi saya, Umno tersilap memilih mereka ini. Bagi saya Umno tersalah membuat penilaian terhadap mereka ini. Bagi saya Umno benar-benar mencatat sejarah hitam dengan perbuatan dan tingkah laku Geng 10 ini yang mesti diperbetulkan semula,” sambungnya lagi.
Mohd Rejab berkata, dia tidak terkejut jika ada ADUN PKR, DAP atau Pas yang melakukan pengkhinatan kerana kerja-kerja seumpama itu tidak menjadi ‘dosa’ kepada perjuangan mereka tetapi amatlah malang jika Umno menyimpan pengkhianat seperti Geng 10 ini.
“Sampai masa, singkirkan mereka. Biar sejarah menulis siapa mereka ini sebenarnya. Bukukan kisah pengkhinatan mereka ini supaya generasi akan datang tahu dan kenal siapakah pengkhianat kepada Umno Terengganu dan perosak kepada imej Umno keseluruhannya,” catat Mohd Rejab.
Rata-rata email pendek yang diterima merayu dan mendesak Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno tidak memberi muka kepada Geng 10 ini walaupun mungkin mereka adalah kawan peribadi kepada Hishammuddin kerana ‘menolak mereka bukan kerana bencikan mereka tetapi kita kena sayangkan Umno lebih dari sayangkan mereka’.
Sebelum ini, Hishammuddin dalam satu kenyataannya dipetik;
Jangan ulangi kenyataan samakan dasar bumiputera dengan aparteid
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
KOTA BHARU: Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Skudai, Dr. Boo Cheng Hau yang sekali lagi menyamakan konsep bumiputera dengan dasar aparteid Afrika Selatan.Boo yang juga Ketua Pembangkang di DUN Johor didakwa mengeluarkan kenyataan itu dalam ucapannya pada majlis pidato Persatuan Cina dan disiarkan akhbar bahasa Mandarin Selasa lalu.Dakwaan tersebut bukan kali pertama keluar daripada mulut Boo kerana pada 26 Februari lalu wakil rakyat itu yang juga Pengerusi DAP Johor pernah mengeluarkan kenyataan sama dengan mendakwa konsep bumiputera menyamai ideologi aparteid.Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kemeteriannya akan mengambil tindakan tegas terhadap Boo jika kenyataan beliau itu mengandungi unsur hasutan."Saya sedang kaji secara serius isu ini. Ini kali kedua dia buat macam tu."Saya minta dia berhenti kerana mengatakan sesuatu yang boleh memecahbelahkan rakyat di sidang Dewan Undangan Negeri merupakan perkara yang saya tidak akan kompromi."Itu merupakan kenyataan yang cukup jahat niat dan matlamatnya," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata:"Dia (Boo) tidak boleh sembunyi di belakang DUN untuk membuat kenyataan-kenyataan seperti itu.""Saya sendiri pun tidak boleh meletakkan diri melebihi undang-undang sedia ada. Apatah lagi dia yang menimbulkan isu sensitif khususnya kepada rakyat di Johor," katanya.Ditanya adakah ADUN DAP itu akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata: "Banyak lagi undang-undang lain yang boleh digunakan selain ISA."
¬¬¬
Sabtu, 11 Julai 2009
Amaran Hishammuddin kepada ADUN DAP : Geng 10 macam mana?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan