Oleh Malek Saiful Muda
BUKAN main meradang seorang dua blogger bila Ketua Penerangan Umno Malaysia, YB Ahmad Maslan bercakap mengenai peranan Ketua Penerangan Umno di peringkat bahagian dan cawangan yang dilihat tidak berfungsi. Lihat http://konspirasipolitikmelayu.blogspot.com/ dan http://malaysia-hariini.com.
Inilah masalah blogger. Mereka tidak faham tetapi mereka buat-buat faham. Mereka tidak boleh ditegur tetapi mereka seronok menegur. Bukan setakat menegur, malahan mereka menyerang.
Kini, sasaran nampaknya dihalakan ke arah YB Ahmad. Nasib YB Ahmad sudah menjadi ‘malang’ hanya kerana beliau berani menegur dan berkata benar. Dalam Umno, kalau bercakap benar, mereka yang tidak boleh menerimanya, bukan setakat terkejut malahan, cuba menyerang semula dengan peluru angin.
Mereka yang mempertahankan ketua-ketua penerangan cawangan-cawangan ini bukan dari kalangan mereka yang kenal siapa ketua penerangan cawangan di cawannganya sendiri, malahan ketua penerangan bahagiannya sendiri pun dia kurang mengenalinya.
Maka, kenapa mereka pertahankan ketua-ketua cawangan ini? Kerana mereka memang jenis manusia yang tidak boleh ditegur. Maka, mereka menyerang YB Ahmad kononnya YB Ahmad takbur dan terlebih cakap.
Apa pun ayat yang mereka gunakan, sebenarnya memang manusia tidak boleh ditegur. Sedangkan dalam Islam, tegur menegur dan ingat mengingati ini adalah suruhan agama. Malangnya mereka tidak bersedia menerima teguran.
YB Ahmad bukan bercakap soal semua ketua penerangan atau semua ahli Umno mesti pandai berceramah. Bukan semua perlu pandai bercakap. Bukan semua mesti banyak duit. Bukan semua mesti pandai duduk di kedai kopi. Yang YB Ahmad maksudkan, mereka mestilah pandai memainkan peranan sebagai pegawai penerangan supaya yang samar dan pudar, akan terang apabila pegawai penerangan ‘memainkan peranan sebenar mereka’.
Kalau semua Ketua Penerangan (cawangan, Puteri, Pemuda dan Wanita) dapat menerima teguran ini secara positif, tiada apa yang perlu dimarahkan. Cuba baca Perlembagaan Umno, apa tugas Ketua Penerangan sebenarnya? Kalau rasa tidak tahu, bertanyalah kepada mereka yang tahu dan kalau tidak pandai, belajar.
Itulah sebabnya, dalam Islam, yang pandai, kena mengajar, yang kurang pandai, kena belajar dan yang tidak tahu dia pandai atau dia kurang pandai, dia kena ikut orang mengajar dan ikut orang belajar.
Dalam Umno, bercakap itu satu pekerjaan. Bukan semua orang boleh bekerja dengan bercakap. Ada orang pandai bercakap, tetapi dia sendiri tidak melakukan apa yang dia percakapkan. Dia tidak mengamalkan apa yang dia cakap. Dia tidak buat apa yang dia cakap.
Orang yang pandai bercakap, biasanya dia tidak boleh bercakap di kedai-kedai kopi sahaja. Untuk bercakap di depan ahli-ahli parti, orang yang pandai bercakap hendaklah mempunyai fakta. Jangan bercakap seberangan seperti blogger menulis, tanpa rasa bertanggungjawab.
Bila Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden parti melantik YB Ahmad Maslan, mereka yang kurang waras mula marah-marah. Kononnya tidak sesuai jawatan itu yang selama ini disandang Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, Datuk Mustapa Mohamed dan Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, tiba-tiba disandang YB Ahmad. Kononnya, YB Ahmad tidak layak!
Mereka tidak tengok siapa yang Pas lantik menjadi Ketua Penerangan. Mereka tidak lihat siapa Ketua Penerangan DAP dan siapa Ketua Penerangan PKR. Apabila DAP, PKR dan Pas menamakan Ketua Penerangan masing-masing, tidak ada langsung ahli-ahli partinya mempertikaikan.
Kenapa mereka tidak mempertikaikan perlantikan tersebut? Kerana mereka terdidik sebagai ahli parti yang akur dengan keputusan pucuk pimpinan. Berbeza dengan Umno, mereka merasakan mereka bebas untuk mengkritik sesiapa sahaja termasuk Presiden parti dan Ketua Penerangan parti.
Apakah mereka yang mengkkritik ini lebih hebat dari kebolehan yang YB Ahmad Maslan miliki…uh, uh, uh…lu fikirlah sendiri.
YB Ahmad Maslan, jangan menoleh ke belakang lagi. Teruskan amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu, menjadi ‘jambatan’ kepada golongan muda dengan Umno.
Masalah Umno ialah kehilangan sokongan golongan muda kepada parti. Maka, menjadi tugas YB Ahmad dan semua Ketua Penerangan Umno negeri-negeri, bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan untuk memberi penerangan kepada rakyat supaya kembali menyokong Umno.
Kalau YB Ahmad melayan semua mereka ini, yang tentunya ahli-ahli Umno yang kurang masak, hanya membuang masa. Mereka yang kaki kritik ini, hanya mengkritik kerana sesuatu yang mereka baca itu, kurang memuaskan hati mereka walaupun ianya suatu kebenaran dan kenyataan.
Tentulah Datuk Seri Mohd Najib tahu kemampuan dan kebolehan YB Ahmad. Jika tidak, mustahil Perdana Menteri melantiknya ke jawatan itu, selain dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beri YB Ahmad tiga tahun sekurang-kurangnya menjalankan tugasnya ini dan jika dia gagal, masa itu adalah masa yang paling sesuai untuk mengkritiknya. Malangnya, para pengkritik yang tidak mempunyai ijazah dari mana-mana universiti tempatan hanya tahu mengkritik tetapi mereka tidak perlu tidur di rumah peneroka, mengadakan tazkirah dan kuliah Subuh seperti yang YB Ahmad sudah mulakan di Felda Ghafar Baba di Melaka.
Lebih baik, jika YB Ahmad membenarkan mana-mana blogger yang mengkritiknya mengikuti programnya sekali, bersembahyang Mahgrib di surau-surau di mana-mana Felda atau, mengajak para blogger menghadiri kuliah Subuh selepas selesai menunaikan solat Subuh di mana-mana madrasah di mana-mana Felda yang jauh di pendalaman.
Jom blogger semua, yang berminat untuk mengkritik perlantikan YB Ahmad sebagai Ketua Penerangan Umno supaya kita sama-sama menjejaki program YB Ahmad di pendalaman. Bila mahu dimulakan? Tentunya sekarang!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan