Jumaat, 25 Oktober 2013

PRK DUN Sg Limau, Kedah

PAS jangan janji syurga

 
PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang kelihatan berceramah di Dun Sungai Limau.
Macam biasa, beliau mengkritik BN dengan mengatakan BN tidak tahu mentadbir negeri.

Kalau tak silap, beliau menyebut, menguruskan jemaah haji, BN pandai tetapi memerintah sebuah negeri, BN tidak boleh dipercayai.

Seperti biasa, ramai penceramah PAS akan berada di sekitar DUN Sungai Limau untuk berkempen.
Biasanya mereka menjual ‘air liur’ atau ayak lioq ke hulu- ke hilir kerana apa yang boleh mereka janjikan lagi, selain syurga dan hukum-hukum Allah?

Di sinilah, seperti yang sering diberitahu oleh pemimpin-pemimpin BN, pengundi kena berlapang dada, berminda terbuka dan melihat kenyataan.

Yang mampu membantu dan membawa pembangunan ialah Umno dan BN, bukan PAS. Perlu disebut, PAS itu bukan agama dan PAS tetap parti politik. Membawa pembangunan bukan kerja komunis, seperti yang dikatakan oleh Mursyidul Am PAS kerana pembangunan itu adalah keperluan.

Mustahil orang di Sungai Limau tidak memerlukan jalan raya. Membuat jalan raya itu adalah pembangunan. Jalan raya yang kerajaan BN buat itu ialah untuk kemudahan orang ramai. Kemudahan kita. Kemudahan anak-anak kita dan kemudahan semua yang berniaga, yang ingin mencari rezeki dan beribadat.

Kalau kerajaan BN tidak membuat pembangunan, tidak membuat jalan raya, sukar untuk kita ke masjid, ke kedai dan anak-anak mahu ke sekolah.

Jadi, kalau Nik Aziz tidak dapat membuat pembangunan selama dia menjadi Menteri Besar Kelantan, itu namanya kegagalan.

Walaupun dia berkata, mengundi PAS masuk syurga, tetapi amalan kita di dunia diambil kira untuk kita ke syurga Allah nanti.

Kunci pintu syurga bukan berada di tangan orang-orang PAS.
Kelmarin, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad datang di Simpang Tiga, Sungai Limau Dalam. Yayasan Felda memberi bantuan kepada ramai pengundi di Dun Sungai Limau, untuk memperbaiki rumah kediaman yang sudah uzur.

Terima kasih Yayasan Felda dan sifat keprihatinan Pengerusi Felda kepada masyarakat miskin di DUN Sungai Limau.

Orang PAS pun terima bantuan dari BN. Cuma, mereka akan kata, bila ada pilihan raya, barulah BN datang membantu.

Itu cakap-cakap orang yang tidak tahu berterima kasih terhadap setiap bantuan yang diterima.
Ajaran pemimpin PAS, ambil apa sahaja yang kerajaan bagi, yang Umno bagi, yang BN bagi, tetapi undilah PAS.

Orang PAS nak undi, tetapi membantu dan menolong orang miskin mereka tak mahu. Jom pakat undi BN demi masa depan yang lebih baik! (DHI)



Tiada ulasan: